Saturday, March 18, 2017

Movie Review: J REVOLUSI



Tajuk Movie: J Revolusi

Pelakon: Zul Ariffin
Izara Aisyah
Fazura
Farid Kamil
Azad Jasmin
Iedil Putra

Arahan Zulkarnain Azhar

Terbitan bersama Grand Brilliance dan Infinitus Productions 





Sinopsis:

Jay Zulkarnain adalah ketua Unit Tindakhas (UTK). Pasukan di pimpin Jay sangat digeruni oleh musuh kerana ketangkasan dan rekod mereka yang sentiasa berjaya dalam setiap misi. Malang tidak berbau bila mana, dalam misi memerangkap seorang penjenayah yang di kehendaki, Jay telah diperangkap. Dia dituduh membunuh semua rakan sepasukannya. Jay perlu merungkai misteri yang telah terjadi kepada dia dan menangkap penjenayah sebenar.


Kata saya:

Ingat tak masa tahun lepas bila drama korea Descendants of the Sun meletop - letop kat seluruh dunia. Tiba - tiba saya ada nampak post kat FB orang share gambar Zul Ariffin berpakaian uniform lengkap dan Fazura yang berpakaian seperti seorang doktor di bilik bedah. Masa tu ada lah keluar gosip ingatkan ada drama korea ni di terbitkan semula versi Malaysia...hehehe...rupanya bukan lah.

Filem aksi tempatan yang mengagumkan. Pada mulanya saya ada juga mempunyai tanggapan negatif.."ala mesti cite polis banyak cakap je ni.". Bila dah tengok, tanggapan ini hilang sama sekali. Mula - mula cerita je dah masuk aksi, terus misi penting. Wah...jalan cerita pantas...tak bertanggung atau meleret. Watak Jiman lakonan Iedil Putra begitu menjadi. Benci betul dengan Jiman ni..terbawa - bawa sampai akhir. Masa dapat tahu Jiman dah kahwin, dalam hati saya terdetik "ada juga orang nak kahwin dengan orang macam ni....hehehehe" jangan marah ya. Bila anda tengok, baru anda tahu nape saya cakap macam ni.


Lagi satu watak Skodeng lakonan Azad Jasmin juga sangat hidup. Teknologi yang digunakan dalam filem ni memang berada di tahap yang lain. Tak macam sebelum ini, ala - ala je kan. Skodeng ni intelligent IT + pak lawak pada masa yang sama.

Cuma saya rasa, kalau watak jahat lagi cool, cerita ni lagi mengancam lah. Watak jahat saya rasa kena ada sifat yang sangat jahat dan kejam. Dia sanggup buat apa saja. So pada pandangan saya watak jahat dalam filem ni tak cukup jahat + cool lagi.  

Seperkara lagi, jalan cerita tentang Jay, Dian dan Komander perlu ada sejarah yang lagi tragik sehingga menyebabkan apa yang jadi pada Dian hari ini. Ini penting untuk menyuntik emosi sedih, kecewa dan dendam. 

Secara keseluruhan, filem ini tidak mengecewakan dan aksi UTK dalam misi - misi mereka memang mantap. Saya bagi 3 1/2 bintang untuk filem J Revolusi.

Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan filem ini. Moga ada lagi filem aksi sebegini di masa akan datang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia