Showing posts with label 2018. Show all posts
Showing posts with label 2018. Show all posts

Monday, October 22, 2018

MOVIE REVIEW: PASKAL



Aku agak ragu dengan filem ini pada awalnya. Bila tengok barisan pelakon, aduh...Hairul Azreen dah terasa sedikit drop kebarangkalian untuk menonton. Yelah, yelah...don't jugde movie by actor name. ðŸ˜‚
Bila baca ulasan korang semua yang dah pergi menonton, erm tak sabar pula aku nak pergi tengok juga. Jadi, apa lagi beli tiket. Kalau dulu filem seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Darah Satria dan Leftenan Adnan antara yang menjadi kegemaran. Nampaknya tahun 2018, boleh tambah lagi 1 tajuk baru. PASKAL.

Pendapat aku, tak rugi bayar tiket wayang, sebab apa?
1) Filem ini smart, sebab apa aku suka betul dengan cara pasukan PASKAL ditonjolkan. TEAMWORK. Setiap ahli dalam kumpulan ada tugas masing-masing, bila mereka dalam operasi, ikut arahan ketua dan tidak bertindak terburu-buru. Contoh, masa mereka ingin memasuki sesebuah ruang/bilik, mereka akan berbaris, yang pertama akan mengawasi sekeliling dan ahli yang terakhir akan tepuk bahu yang ahli pertama tadi untuk memberi isyarat.
2) Jalan cerita filem ini tidak merapu, takde watak heroin yang asyik nak kena selamatkan dia je. Kisah ahli keluarga mereka ada, tapi itu bukan fokus. Jadi selitan kisah keluarga mereka just nice untuk bagi penonton faham apa yang ahli keluarga mereka lalui. Macam satu scene ketika Gagak tengah makan bersama keluarga di restoran. Kemudian dia dapat panggilan bertugas, dia terpaksa tinggalkan keluarga dan terus ke kem untuk melaporkan diri.

Satu lagi yang menarik, awal-awal lagi penonton telah ditayangkan dengan paparan grafik lokasi kapal dan Teluk Aden. Ini pun dah menampilkan kelainan serta berjaya menarik perhatian aku.

3) Filem ini juga memaparkan bagaimana latihan yang dihadapi oleh anggota tentera sebelum mereka berjaya diserap ke pasukan PASKAL. Secara tidak langsung ini memberi pendedahan kepada orang luar. Kalau ada yang berminat, boleh la bersiap sedia, tahan dengan tak tahan je nak hadap semua latihan tu.
4) Ada juga aset-aset dan kelengkapan tentera lain yang digunakan dalam filem ini. Baru nampak real bila mereka melakukan operasi.
5) Geng jahat dalam filem ini pun ada ditunjukkan taktical plan mereka. Tidaklah main redah je. Kita boleh nampak game plan yang mereka buat, so best team win. ðŸ˜Ž
6) Sedih, masa Ah Boon mati. ðŸ˜­ðŸ˜­
Cuma...
1) Eizlan Yusuf tak berapa menjadi bawa watak Panglima, aku rasa lah. 
2) Watak Mak Arman, macam 2 orang mak cik yang berbeza. Awal cerita lain, tengah cerita lain pula perwatakannya.
3) Ada satu plot tu, masa Arman jumpa balik Jep di rumah Lily. Kamera goyang-goyang, memang saja dibuat begitu ke atau macam mana? Ke aku je yang perasan?

Watak lain...
1) Namron - memang sesuai dia bawa watak sebagai Jurulatih Komander PASKAL
2) Ammar Alfian @ Jeb - aku rasa dia dah macam The Rock Malaysia. Dia sesuai bawa watak antagonis, menjadi. 
3) Watak-watak lain semua ok, takde apa nak komen sangat.

Jadi tontonlah PASKAL, sesuai untuk seisi keluarga.

Sunday, March 4, 2018

DRAMA REVIEW: DOSA



Tajuk Drama: DOSA
Tayangan: Astro First
Harga: RM19.08 untuk tayangan 10 hari
Terbitan: Astro, Arie Zaharie Production & Capitol Entertainment Production (Indonesia)
Arahan: Ifa Isfansyah
Pelakon:
  • Ashraf Sinclair
  • Remy Ishak
  • Hisyam Hamid
  • Datuk M.Nasir
  • Shenty Feliziana
  • Reuben Elishama
  • Daniella Sya
  • Roy Marten
  • Maudy Koesnaedi
  • Hannah Al Rashid
  • Tegar Satrya

Sinopsis

Kisah tentang Fuad anak sulung kepada Latif yang diberi tugas oleh bapanya untuk menjaga keselamatan adik-adiknya (Farid, Farhad and Fara). Mereka berempat telah dilatih bersilat sejak dari kecil lagi. 

Kedatangan Arian telah mengubah kehidupan mereka. Fara bertemu Arian dan dia merasakan ada sesuatu rahsia kenapa Arian datang mencari abangnya Fuad. Bila Arian pulang ke Indonesia, Fara nekad untuk menjejakinya di sana. Malangnya dia diculik. Apa rahsia disebalik penculikan Fara? Berjayakah Fuad menyelamatkan adiknya.

"Siapkan beg, kamu perlu cari Fara sampai jumpa." - Latif

Antara dendam dan pengampuanan - DOSA





Pendapat saya

Bila kita perlu membayar sesuatu, pasti kita mengharapkan produk yang berkualiti, setimpal dengan harga yang telah dibayar. Jadi, drama ini memang berbaloi untuk dibeli dan ditonton. Sesungguhnya, telah lama kita tidak melihat hasil karya sebegini, ada isi, lakonan yang mantap dan yang paling penting tidak ada yang nak control cantik atau handsome. 

Paling geram watak Remy Ishak (Farid), pergh!!! menyakitkan hati betul dari awal sampai akhir. Degil, keras kepala dan pemarah telah ditonjolkan dengan begitu baik oleh Remy. 

Marco, bos Gerbang Utara. Satu perkara yang aku suka, dia ditonjolkan suka dengan sastera. Suka membaca buku. Ini memang sifat yang bagus, malangnya dia jahat. Sangat jahat dan tidak ada hati perut. Matlamat dia cuma satu untuk menguasai Gerbang Utara secara total. Mungkin sebab sifat dia yang suka membaca, menjadikan dia bijak dalam mengatur strategi. 

Fighting scene dalam drama ini memang hebat, membabitkan 22 koreografi persilatan. Watak Fara ni memang dahsyat, banyak aksi lawan antara Fara dengan geng Gerbang Utara. Dia nampak tangkas dan pantas. Walaupun pada awalnya dia perlu diselamatkan, tapi selepas berjaya lari dari geng Gerbang Utara Fara menjadi sebahagian dari pasukan untuk menewaskan Marco.

Lagi satu, drama ini menunjukkan kesan buruk bila pemimpin yang sepatutnya menjaga hak rakyat telah menerima rasuah. Kesanya, kejahatan susah untuk dibendung, yang baik terus ditindas tanpa pembelaan sewajarnya.  

Selepas berakhir drama 8 episod ini saya rasa akan ada sambungan. Saya tidak mahu nyatakan kenapa, sebab akan jadi spoiler nanti. Unexpected twist dalam drama ini menjadikan jalan cerita lebih menarik dan mengujakan. 

Sekiranya anda mencari kelainan dalam drama melayu, ini adalah pilihan yang terbaik. Tonton dan rasainya sendiri.



Lagu tema drama DOSA di Astro First
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia