Thursday, October 4, 2012

Filem: Untuk Tiga Hari

Salam,

Baru - baru ini saya berpeluang untuk menonton movie Untuk 3 Hari lakonan Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Ayu Raudah dan ramai lagi pelakon popular tanah air.

Sebelum saya menonton filem ini, saya ingatkan ianya adalah filem air mata, perlu bawa tisu sekotak semasa menonton, sebagai persediaan kalau menangis semasa menonton filem ini. Sejujurnya saya tidak pernah baca novel Untuk 3 Hari sebelum ini. Jadi memang tidak tahu bagaimana jalan ceritanya.



Selepas menonton filem ini, persepsi saya berubah. Filem ini rata - ratanya kelakar, tetapi ada juga babak serius dan sedih. Ceritanya nampak ringan tapi membawa pengajaran yang sangat penting - "usahkan mainkan jodoh / takdir Allah". 

Sebagai manusia kita perlu redha dengan ketentuaan ilahi dan tidak mempermainkannya. Perkahwinan bukan untuk 3 hari sahaja...kalau memang sudah ditentukan Allah, perkahwinan yang telah termaktub itu adalah untuk selama - lamanya. Sehingga akhir hayat.

Pendapat saya, filem ini menarik, kisah yang tidak meleret - leret dan gabungan lakonan yang mantap daripada barisan para pelakonnya. Dah lama sebenarnya tidak layan filem melayu, jadi filem ini tidak menghampakan. 

Sinopsis Filem Untuk 3 Hari:

Mengisahkan tentang pasangan kekasih yang merancang untuk berkahwin dengan pilihan keluarga masing - masing selama 3 hari sahaja. Hasrat mereka ialah untuk tidak menghampakan kedua ibu bapa dan menjadi anak yang taat. Apa yang dirancang tidak menjadi dan mereka akhirnya sedar yang ketentuaan Allah adalah yang terbaik untuk mereka.



Comments (8)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Ada yang sanggup mempermainkan hukum Allah untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Moga filem ini dapat memberi mesej.Ada yang sanggup mempermainkan hukum Allah untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Moga filem ini dapat memberi mesej kepada yang menontonnya.
1 reply · active 651 weeks ago
harap kita sama - sama ambil pengajaran dari filem ini. Ada mesej penting yang cuba disampaikan.
hahaha, siap nak bawa tisu untuk persediaan ya.
1 reply · active 651 weeks ago
plan je nak bawak...tak bawak pun hehehe
beberapa hari lepas kecoh pasal dialog lafas talak dalam filem ni
My recent post Anak Lelaki Atau Anak Perempuan
tiga beradik mmg mantap sllu .kumpulan ni suri minat dri dulu lagi.suka sgt lagu uh la..la..
kwin utk selama2 kekal klu blh hinga hujung nyawa.. tpi kita mmpu rancang dari kita hendakkan smua tu bila tsunami dtg tiada spa mmpu melawannya...
best jgk cerita.klu nak tgk kena bawa pasangan hahaha..
My recent post PAKAIAN ROBOT CYBERDYNE’S “HAL” (Hybrid Assistive Limb)

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia