Sunday, September 23, 2012

Email satu bentuk cara penipuan

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman mendapat email - email pelik dari mereka yang kononya bermurah hati. Anda ada pengalaman mendapat email seperti ini?



Saya pernah mendapat email seperti ini banyak kali. Mula - mula dapat rasa macam .."eh..betul ke orang ini nak bagi aku duit?" Ada unsur perasaan tamak disitu, tapi bila otak menjadi rasional semula, macam - macam keraguan timbul. Antaranya "erm..kalau dah baik hati sangat bagi je lah dekat badan - badan kebajikan, kenapa perlu beri kepada orang perseorangan", " tak kan dia ni tak de langsung saudara mara, atau pun kawan yang rapat untuk diberi harta ini", " kenapa pula dia pilih aku, macam mana dia dapat email aku ni" dan macam - macam lagi bermain difikiran.

Petikan dari email tersebut:

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini. Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya. Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

.........

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak 2 juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik. Bila anda menerima email ini, sila hubungi dan memberi informasi anda kepada penguam saya untuk arahan selanjutnya.



Bila dibaca lagi email ini, harta yang dinyatakan mesti berjuta - juta pound sterling, bukan sikit hartanya yang ingin diberi. Kalau diikutkan perasaan tamak dan haloba mesti kita akan ditipu. Bila perasaan menguasai akal, manusia tidak dapat berfikir secara rasional lagi.

Mungkin dalam banyak - banyak email yang dihantar, akan ada yang menjadi mangsa, macam yang saya katakan tadi, apa yang ingin diberi oleh si pengirim email memang lumayan. Bagaimana pun satu yang perlu kita ingat dan pegang, rezeki datang dari Allah dan rezeki tidak dalam bergolek. Tanpa usaha, duduk diam saja tidak ada apa yang akan kita perolehi.

Semoga perkongsiaan ini dapat menjadi peringatan untuk kita semua, supaya tidak mudah tertipu dengan taktik sebegini.



Comments (13)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
mereka ni ada je idea nak tipu orang
kalau tak hati2 memang akan terkena

harap2 tak ada yang tertipu
My recent post Juara Terbuka Jepun 2012
1 reply · active 653 weeks ago
harapnya begitu la...semoga kita sentiasa berhati - hati.
Boleh dikatakan hari2 MJ dapat email 'sedekah' ni dari macam2 orang.

Macam nak je balas kat diorang - TAKDAK KERJA LAIN KE SELAIN NAK MENIPU.

Tp fikir2 balik, malas nak layan.
My recent post WW : Alhamdulillah dapat juga merasa :)
1 reply · active 653 weeks ago
hari - hari..isk bosan ye. Saya yg dapat kadang2 ni pun naik menyampah dengan email2 macam ni.
Macam-macam cara orang nak menipu sekarang ni kan. Kalau kita silap langkah abislah termasuk dalam jerat mereka tu.
1 reply · active 653 weeks ago
itulah..kena berwaspada selalu.
Memang banyak saya dapat emel begini. Tapi ada satu dulu saya dapat emel dari syarikat photographer nak ambil gambar gambar tempat saya belajar. Saya balas. Dorang balas balik. Takda kaitan sal duit pun. Tapi saya pelik,dari mana dorang dapat emel sya. Tanya bukti, dorang bagi website. Betul ada. Memang sahih. Macam mana dorang tahu tentang saya. Tanya2. Dorang cakap dari facebook. Situ saya cop tipu terus. Sebab facebook saya privacy. Manada letak tempat belajar. Emel yang dorang emel tu pun tak guna untuk facebook. Tipu.
My recent post Lajukan blog minify HTML, Javascript dan CSS tanpa plugin
1 reply · active 653 weeks ago
biasalah tu, taktik yg digunakan macam - macam, kalau kita tak berhati - hati mungkin akan masuk dalam perangkap mereka.
Boleh dikatakan hari-hari terima email scam. :-(
My recent post Selamat Hari Lahir Abang Koning
2 replies · active 652 weeks ago
masalah juga tu, penuhkan email je
mesti hati2 cik kimiee jgn sesekli terpedaya heee
sy tak pernah dpt lagi tpi riasau gak sllu buang jer... sy slu alert pasal komen bloger reply jer huu,,
Email akaun saya tak sah kalau takde email spam macam ni,.. hampir tiap hari mesti ada. Perkara paling penting, jangan klik link email tersebut sebab dengan klik sahaja akan mendedahkan bahawa email kita adalah legit. Lepas tu mulalah datang spam email yang lebih banyak.
My recent post Kos Penghasilan iPhone 5 Sekitar $207 – $238

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia