Friday, September 21, 2012
Blog...kenapa ia wujud??
Salam semua,
Blog...kenapa ianya wujud dalam hidup saya? Satu persoalan yang mungkin ramai orang tertanya - tanya. Secara jujurnya, blog mylifemyprimaryplan ini wujud ketika saya bosan. Bosan sampai tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Bosan sebab tidak ada kerja nak dibuat. Bosan tidak ada kawan untuk bercakap, berborak dan berkongsi cerita. Tragis saja sejarah blog saya ini, tapi sejarah tetap perlu dikenang, sebab disitu bermulanya dan penyebab blog ini wujud.
Lama kelamaan, dari bosan sedikit demi sedikit rasa minat tumbuh dalam diri. Semuanya bermula dengan membaca blog dari blogger yang sudah lama bertapak di dunia maya ini. Berbagai - bagai jenis blog yang saya jumpa, dan bermacam - macam ilmu saya pelajari yang terus menambahkan minat untuk meneruskan blog ini.
Pada awal menulis di blog, saya ingat bila kita publish entri baru, pasti akan ada orang membacanya. Tidak terfikir bagaimana hendak menarik orang datang ke blog. Saya ingat pengunjung akan datang sendiri. Bila diingatkan kembali, terasa sangat naif saya saat itu.
Daripada blog otai ini saya dapat banyak ilmu, baru tahu apa itu blogwalking, baru berani meninggalkan komen di blog orang lain. Banyak ilmu yang saya dapat dari membaca entri - entri yang disiarkan. Itulah sedikit sebanyak cerita di sebalik blog saya. Mula dengan bosan, kemudian timbul minat. Harapanya semoga saya dapat mengekalkan blog ini. Walaupun kadang - kadang tidak dapat dinafikan saya terpaksa meninggalkan blog untuk fokus kepada kehidupan di alam realiti. Bagaimana pun, blog saya ini tetap dihati dan sentiasa diingati.
Comments (16)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Good luck, Kimmie. Samalah kita. Sya pun start buat blog sebab bosan. sebab dah tak tahu nak buat apa. teman berborak pun takde..hihi.. :D
My recent post RUNTUN QALBU TV3 (SLOT ZEHRA) | SINOPSIS DAN PELAKON
My recent post RUNTUN QALBU TV3 (SLOT ZEHRA) | SINOPSIS DAN PELAKON
blog memang boleh mengisi masa luang yang ada
boleh berhibur, juga menambah ilmu
kalau dapat menjana pendapatan, itu dah satu bonus
My recent post Gajah Depan Mata
boleh berhibur, juga menambah ilmu
kalau dapat menjana pendapatan, itu dah satu bonus
My recent post Gajah Depan Mata
teruskan berblog
My recent post Biodata Shila Amzah Pemenang Asian Wave 2012
My recent post Biodata Shila Amzah Pemenang Asian Wave 2012
hoho..aku memang suka tulis blog..
My recent post Malam ini, gua terasa dihargai.
My recent post Malam ini, gua terasa dihargai.
Menulis blog di awalan memang bosan,
Lama-lama bila dah ramai komen di entri,
Timbullah rasa sayang nak tinggalkan,
Sampaii duk je depan komputer sampai sehari.
#Semoga Berjaya Dalam Pencarian pemenang.
My recent post Tiga Tahun Akan Datang! - Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.

Kita punya hoby yang sama, tetap semangat :)
My recent post Mengambalikan Tenaga Sehabis BerSepatu roda
My recent post Mengambalikan Tenaga Sehabis BerSepatu roda
Di kala sunyi, memang tak dapat dinafikan, dengan blog boleh menghilangkan perasaan bosan dan sebagainya, tapi bila lama-lama, blog ni boleh berikan motivasi dan pelbagai lagi... indahnya berblogging... :D
My recent post Perancangan dan impian yang ingin dicapai
My recent post Perancangan dan impian yang ingin dicapai
Good Luck, teruskan berblogging dan jangan sampai bosan :)
My recent post WW : Alhamdulillah dapat juga merasa :)
My recent post WW : Alhamdulillah dapat juga merasa :)
salam
semoga terus berblog yer
selamat berjaya untuk contest
My recent post Bermulanya Kisah Seorang Blogger
semoga terus berblog yer
selamat berjaya untuk contest
My recent post Bermulanya Kisah Seorang Blogger
Good Luck Kimmie, Azie pun cuba nasib dalam contest Eizil ini. Kasi meriah lagi.
My recent post Mengapa dan Kenapa Ku Terjerat “Perjalanan Meniti Mencari Sesuatu”
My recent post Mengapa dan Kenapa Ku Terjerat “Perjalanan Meniti Mencari Sesuatu”
Ni mesti suka bermonolog sorang2 dulu nih. :)
My recent post Kos Penghasilan iPhone 5 Sekitar $207 – $238
My recent post Kos Penghasilan iPhone 5 Sekitar $207 – $238
Kadang-kadang memang kita perlu tinggalkan blog untuk realiti hidup kita..Semoga berjaya
My recent post Siaran Langsung Bajet 2013
My recent post Siaran Langsung Bajet 2013
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Blog...kenapa ia wujud??
2012-09-21T22:58:00+08:00
akusipeminatbuku
contest|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)