Saturday, September 29, 2012

3 tahun akan datang...apa yang bakal terjadi


Salam semua,

Bila kita berbicara tentang masa hadapan, tentulah sesuatu yang belum pasti. Walau bagaimana pun tidak salah kita menyimpan impian dan cita - cita tentang apa yang kita inginkan di masa hadapan. Saya sebagai seorang manusia biasa, memang tidak lari dari menyimpan impian. Apa yang penting dalam setiap impian yang diingini, perlu diiringi dengan perancangan dan tindakan yang bakal menjadikan impian satu kenyataan.

Blog saya ini sudah hampir mencecah usia 2 tahun, tapi mungkin disebabkan penumpuaan yang saya tidak begitu konsisten, blog ini masih kelihatan seperti dulu. Tidak banyak perubahan yang berlaku, trafik masih rendah, page view pun masih rendah. Jika diteliti semula, asal kejadian blog saya ini adalah kerana rasa bosan saya. Bagaimanapun, rasa itu telah berubah seperti yang saya ceritakan sebelum ini.

Sebenarnya, saya mempunyai banyak impian yang ingin direalisasikan bersama - sama blog ini. Terlalu banyak sehingga saya rasakan seperti tidak tahu yang mana harus didahulukan. Kalau dulu masa interview kerja, selalu ada soalan " Apakah yang anda akan lihat dalam diri anda 5 tahun akan datang?". Bagaimana saya jawab soalan ini, saya akan ceritakan impian saya, apa yang ingin saya capai dalam bidang kerjaya.

Jadi, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kisah dan impian saya bersama blog. Sebelum ini saya pernah menulis tentang perancangan untuk blog ini di tahun 2012. Jadi perancangan ini saya jadikan panduan untuk mencipta impian saya.


Dalam masa 3 tahun akan datang yang berharap dan mengimpikan:-

1) Blog saya yang akan berdomain sendiri...[dot][com], tapi masih memikirkan sama ada untuk menggunakan platform blogspot atau wordpress.

2) Harap akan lebih ramai pengujung ke blog ini, tinggalkan komen dan jejak anda..target boleh dapat komen 100 per entri. Saya suka baca komen - komen dari anda semua. Setiap komen anda boleh buat saya tersenyum di depan laptop.


3) Akan berusaha untuk menaikkan ranking blog, pageview dan menambahkan bilang unique visitor ke blog ini, menaikkan bilang kawan di G+ dan fanpages FB. Kepada yang belum add G+ dan like fanpages FB saya. Dalam masa 3 tahun akan datang, saya harap dapat capai target 500 G+ dan Like.

Jadi, walau apa pun yang terjadi saya tidak akan menyerah kalah, akan terus berusaha untuk mengapai impian. Ianya sesuatu yang indah untuk dimimpikan , tetapi perlukan usaha yang keras dan kuat untuk menjadikan ianya satu kenyataan.


Comments (9)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
InsyaAllah,... pengalaman yang menarik + impian nak naikkan pagerank
akan tercapai.. mudah2an...

Gd luck and all d best
My recent post Cara membuat jus biji aprikot B17 dan kebaikannya
semoga berjaya dgn perancangan 3 tahun akan datang. insyaAllah kejayaan bermula dr perancangan yg baik.
semoga berjaya dengan impian yg bro ingin capai
My recent post Google Adsense Earnings – September 2012
moga2 semuanya berjalan dengan baik ikut rancangan yang dibuat
My recent post Haruan Makan Anak
Cuba tuliskan impian didalam sekeping kertas kemudian tulis stratergi yang perlu dilakukan untuk mencapai impian tersebut.
My recent post Cash out earning Nuffnang untuk senyuman Monday Blues.
insyaAllah Kimmie, semua tu boleh dicapai...tak mustahil...tapi perlukan usaha..
My recent post Bukan Cinta Muka Buku
Goog Luck Kimmie, Semoga tercapai impian yea.
My recent post Cheese Kek Blueberry King
Semoga berjaya :-)
My recent post Perancangan Untuk 3 Tahun Akan Datang
Semoga berjaya. Sebaiknya di percepatkan tukar domain, nanti kalau makin lama kat blog ni, makin sayang, makin susah nak lepas. Saya cadangkan guna wordpress kalau guna domain sendiri. Beeesst. hehe
My recent post Tip blogging Terbaik

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia