Monday, December 31, 2012

iPhone 5 gadget impian

Salam semua,

Satu lagi contest menarik dan wajib disertai dari DenaiHati. Contest 'iphone 5 gadjet impian'  yang saya perlu sertai. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bagaimanapun, sebagai seorang manusia tak salah rasanya kita mencuba. Jadi apa yang perlu saya lakukan ialah menyenaraikan entri - entri berkaitan iphone 5 di blog DenaiHati. Senarai entri seperti dibawah:









Sumber: Google


Saya sangat berminat dengan iphone 5 kerana iphone 5 mempunyai kamera yang baik kualitinya. Saya tengok kawan - kawan yang menggunakan iphone, gambar yang diupload cantik - cantik belaka. Kalau dah ada iphone tak perlu lagi menggunakan kamera untuk mengambil gambar. Untuk berjalan - jalan pun senang, satu gadget pelbagai fungsi seperti iphone 5 sudah memadai.

Pergi ke pasar di pagi hari,
Untuk membeli si ikan keli,
Iphone 5 memang dihajati,
Putih atau hitam sama berseri.

Ikan keli dimasak sendiri,
Untuk santapan di tengah hari,
Hidup pasti lebih berseri,
Ditemani iphone 5 setiap hari.

Maklumat lanjut sila layari iphone 5 gadjet impian

 “Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh eQurban.comStudioAksara.comAbangEnsem.comAriffShah.comEizil.comSweetkurma.comNoehas.comServerfreak.comAnarm.net dan Denai.my


NOTA: Saya sedang mengikuti contest iPhone 5 Gadjet Impian dan amat memerlukan pertolongan anda. Apa yang perlu anda lakukan hanya klik G+ untuk entri ini. Jasa anda semua saya ucapkan ribuan terima kasih.

Thursday, December 27, 2012

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

Salam semua,

Hari ini saya menyempatkan diri untuk menyertai bloglist setahun dari ciklaili.com.


Saya merupakan seorang pekerja sepenuh masa, pelajar separuh masa di UKM. Blog saya lebih kepada cerita peribadi, kisah hidup saya sebagai seorang pelajar hujung minggu, juga banyak entri bila saya masuk giveaway atau peraduan. 

Masih lagi sedang cuba sedaya upaya untuk meningkatkan trafik kat blog saya. Usaha yang masih kurang disebabkan kurang masa diberikan kepada blog saya ini. Lagi satu info penting, saya seorang perempuan, mungkin kerana nickname saya, selalu orang ingat saya lelaki.

Blog saya sudah berusia hampir 2 tahun, sebelum ini pernah ada blog lain, tapi tak lama, hanya bertahan dalam masa sebulan saja rasanya. Lepas itu terus dilupakan.

Entri pilihan: Percutian di Bukit Tinggi Pahang

Saya pilih entri ini kerana saya dah lama teringin nak pergi melawat ke Bukit Tinggi ni, tapi sampai sekarang masih tak sampai - sampai lagi. Tiap kali balik kampung mesti lalu jalan nak ke Bukit Tinggi ni. Nampaknya saya belum lagi berkesempatan untuk pergi ke sana.

Friday, December 14, 2012

Segmen Review Sesama Blogger

Salam semua,

Dalam sibuk - sibuk promosi dan meraih undi untuk peraduan iphone 5 gadjet impian, saya jumpa satu segmen menarik di blog PuanBee yang diberi nama "Segmen Review Sesama Blogger". Menarik untuk disertai.

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan kepada PuanBee semoga berjaya untuk contest iphone5 gadjet impian



MYLIFEMYPRIMARYPLAN.BLOGSPOT.COM

Blog ini mula didaftarkan di blogspot pada bulan Januari 2012. Semuanya bermula bila saya bertukar kerja di tempat baru di Petaling Jaya. Asalnya kerana bosan, memang betul kerana bosan. Maklumlah mula kerja baru mesti tidak sibuk sangat lagi. Banyak masa terluang, penat baca semua manual sistem yang ada dan sampai sudah tidak tahu mahu buat apa lagi. 

Satu hari kawan cadangkan saya, "apa kata ko tulis blog". Saya fikirkan sejenak, macam menarik. Kemudian saya tanya kepada dia, macam mana nak mula buat blog. Dia cadangkan saya mula dengan blogspot atau wordpress, katanya semua dah ada tinggal tulis entri saja. 

Entri pertama saya "blur + bosan" ditulis pada 19 Januari 2011. Bila dibaca semula, nampak sangat menulis ikut perasan saja. Tak ada tapisan dan editing untuk entri pertama. 

Blog saya lebih kepada cerita peribadi, kisah hidup saya sebagai seorang pelajar hujung minggu, juga banyak entri bila saya masuk giveaway atau peraduan. Sekali sekala diselitkan entri informasi yang saya baca di surat khabar, majalah atau internet.

Kenali Kimmie:-

Nama panggilan di ruang maya: Kimmie / Rosezha
Umur: Kalau ikut tahun dah masuk 29 tahun
Tarikh lahir yang unik: 31.12.1983
Pekerjaan: Application Support / Pelajar hujung minggu (MBA)
Facebook / Twitter: KimmieMylife / @rose_zha



Blog PuanBee.com sudah agak lama saya kenali. Blog ini antara blog terawal yang saya jumpa, blog yang berkisarkan kisah kekeluargaan, drama, movie dan isu semasa (mungkin ada lagi yang saya tertinggal). Lagi satu, saya rasa puanbee ini sangat suka dan minat dengan iphone, sebab itu beliau sertai peraduan iphone 5 gadjet impian ni. :)

Walau pun saya tidak pernah bersemuka dengan pemilik blog ini, tapi kemesraan beliau dapat dirasai melalui komen - komen di blognya. 



Pertama kali singgah di blog ini, saya rasa suka sebab susun atur diblog yang kemas, latar belakang berwarna putih yang menyenangkan pandangan mata. Blog mempunyai kategori yang jelas seperti isu semasa, hiburan, kerjaya (menarik kategori ini), resepi dan sukan. Saya doakan blog ini akan terus berkembang maju di masa hadapan.

Cuma saya tidak jumpa cara untuk menghubungi pemilik blog (ruangan contact). Mungkin ada mana - mana pengiklan yang berminat untuk meletakkan iklan di blog ini tidak tahu bagaimana untuk menghubungi pemiliknya. 


” Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com  , Pondokkecil.com ,  Servis Tempahan Design  ,Anarm.net  , PaPaMifz.com , Ciklaili.com  ”


Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday 45:Kembar sama tapi tidak serupa




Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday 44: Apa yang tidak kena??


Tuesday, December 4, 2012

Cabaran ketiga bermula...Undian anda diperlukan

Salam semua,

Nampaknya cabaran ketiga dah bermula, masing - masing mula menjalankan pelbagai cara untuk mendapatkan undian. Rasa macam demam pilihanraya pula...hehehe. Ini adalah kali pertama saya masuk pertandingan sebegini. Sebelum ini tengok orang lain saja pasang strategi untuk mendapatkan undi.

Pening juga ini, fikir macam mana nak dapatkan undi, jadi saya rasa macam nak buat simple giveaway saja.
Caranya senang saja, apa yang anda perlu lakukan ialah:

1) Like fanpage FB MYLIFEMYPRIMARYPLAN
2) Sila G+ entri iphone 5 gadget impian (Boleh undi sekali saja)
3) Sila undi blog MYLIFEMYPRIMARYPLAN di IPHONE 5 blogger paling hebat (Boleh undi setiap hari sekali)

Untuk step ke-3, apa yang anda perlu lakukan adalah klik pada button seperti dibawah di entri DenaiHati IPHONE 5 blogger paling hebat



Anda perlu login terlebih dahulu, jika belum ada akaun di DenaiHati, hanya perlu daftar dengan alamat email anda



Kalau sudah ada akaun terus saja login di page berikut, jika tidak daftar dahulu..mudah saja.



Kemudian, undi lah blog saya MYLIFEMYPRIMARYPLAN, sehari maximum boleh undi 3 blog. 



Bila sudah selesai ketiga - tiga perkara di atas, sila tinggalkan nama anda di ruangan komen. Nanti saya akan senaraikan dan saya akan berikan hadiah seperti dibawah kepada mereka yang bertuah (ada 5 keping). 


Kemudian, jika anda ada blog, saya akan masukkan link blog anda di bloglist saya.

p/s: tengah fikir lagi apa yang boleh diberi kepada anda semua.



Saturday, November 17, 2012

Cerita saya

Salam semua,

Nampaknya saya dah lama tidak menerbitkan entri baru di blog ini. Tak tahu la kenapa, buat draf separuh jalan, lepas tu simpan, tak juga siap. Teruk betul perangai buat kerja separuh jalan ini. Apa nak jadi, dengan diri sendiri.

Apa yang lebih merugikan, saya terlepas tarikh tutup contest anjuran eizil.com. Tak sempat menyiapkan tugasan ke tiga. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik, jadi dah memang sah saya tak akan menang sebab tak dapat siapkan semua tugasan. Itulah akibatnya kalau buat kerja separuh jalan. 

gambar hiasan.

Jadi sekarang fokus kepada contest "iphone 5 gadget impian" yang mana saya berjaya menyenaraikan diri sebagai salah seorang peserta. Kalau tak percaya tengok di sini "iphone 5 gadjet impian peserta terpilih"




Friday, November 9, 2012

Ianya datang lagi, mari kumpulkan semuanya.

Salam semua,

Nampaknya Shell melancarkan sekali lagi koleksi exclusive model kereta. Kali ini dalam bentuk lego, tengok kepada gambar di akhbar The Sun..menarik untuk dijadikan koleksi.

Penjualan koleksi ini bermula semalam (8 Nov 2012). Dengan setiap pembelian bernilai RM40 ke atas dan anda perlu swipe Bonuslink kad untuk membeli model - model ini dengan harga RM12.90 setiap satu.



Tiga model ini akan mula dijual pada 29th Nov 2012.


Tiga model ini mula dijual semalam 8th Nov 2012.

Jadi kepada peminat - peminat model kereta, apa tunggu lagi, mari pergi dapatkan segera. Saya pun nak pergi dapatkan juga model kereta ini. Harap dapat kumpulkan semua model yang ada.

Kredit Gambar: Akhbar The Sun.

Wednesday, October 31, 2012

Wordless Wednesday 43: Buah yang unik


Wednesday, October 17, 2012

Wordless Wednesday 42: Nasib telefon awam


Friday, October 12, 2012

Bermulanya semester baru

Salam semua,

Lama sudah saya tidak menulis entri baru. Hari ini kita bercerita secara santai saja. Saya ingin berkongsi rasa kegembiraan saya setelah mendapat keputusan peperiksaan di awal minggu. Alhamdulilah saya berpuas hati dengan keputusan tersebut. Terima kasih atas semua doa yang anda semua berikan kepada saya.


Sumber: Google


Sabtu ini bakal bermula semester baru iaitu semester 4. Untuk semester baru ini, ada 3 lagi subjek baru iaitu Business Research Methodology, Investment dan Organizational Behaviour. Semua ini akan saya pelajari dalam tempoh 14 minggu dari sekarang.

Nampaknya masa berehat sudah tamat (cuti semester), bakal kembali mengharungi kesibukan sebagai seorang pelajar separuh masa. 

Terus berusaha untuk mencapai kejayaan :)

Friday, October 5, 2012

Lagu khas untuk Wanita

Thursday, October 4, 2012

Filem: Untuk Tiga Hari

Salam,

Baru - baru ini saya berpeluang untuk menonton movie Untuk 3 Hari lakonan Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Ayu Raudah dan ramai lagi pelakon popular tanah air.

Sebelum saya menonton filem ini, saya ingatkan ianya adalah filem air mata, perlu bawa tisu sekotak semasa menonton, sebagai persediaan kalau menangis semasa menonton filem ini. Sejujurnya saya tidak pernah baca novel Untuk 3 Hari sebelum ini. Jadi memang tidak tahu bagaimana jalan ceritanya.



Selepas menonton filem ini, persepsi saya berubah. Filem ini rata - ratanya kelakar, tetapi ada juga babak serius dan sedih. Ceritanya nampak ringan tapi membawa pengajaran yang sangat penting - "usahkan mainkan jodoh / takdir Allah". 

Sebagai manusia kita perlu redha dengan ketentuaan ilahi dan tidak mempermainkannya. Perkahwinan bukan untuk 3 hari sahaja...kalau memang sudah ditentukan Allah, perkahwinan yang telah termaktub itu adalah untuk selama - lamanya. Sehingga akhir hayat.

Pendapat saya, filem ini menarik, kisah yang tidak meleret - leret dan gabungan lakonan yang mantap daripada barisan para pelakonnya. Dah lama sebenarnya tidak layan filem melayu, jadi filem ini tidak menghampakan. 

Sinopsis Filem Untuk 3 Hari:

Mengisahkan tentang pasangan kekasih yang merancang untuk berkahwin dengan pilihan keluarga masing - masing selama 3 hari sahaja. Hasrat mereka ialah untuk tidak menghampakan kedua ibu bapa dan menjadi anak yang taat. Apa yang dirancang tidak menjadi dan mereka akhirnya sedar yang ketentuaan Allah adalah yang terbaik untuk mereka.



Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesday 40: Sudah jatuh hati.



Saturday, September 29, 2012

3 tahun akan datang...apa yang bakal terjadi


Salam semua,

Bila kita berbicara tentang masa hadapan, tentulah sesuatu yang belum pasti. Walau bagaimana pun tidak salah kita menyimpan impian dan cita - cita tentang apa yang kita inginkan di masa hadapan. Saya sebagai seorang manusia biasa, memang tidak lari dari menyimpan impian. Apa yang penting dalam setiap impian yang diingini, perlu diiringi dengan perancangan dan tindakan yang bakal menjadikan impian satu kenyataan.

Blog saya ini sudah hampir mencecah usia 2 tahun, tapi mungkin disebabkan penumpuaan yang saya tidak begitu konsisten, blog ini masih kelihatan seperti dulu. Tidak banyak perubahan yang berlaku, trafik masih rendah, page view pun masih rendah. Jika diteliti semula, asal kejadian blog saya ini adalah kerana rasa bosan saya. Bagaimanapun, rasa itu telah berubah seperti yang saya ceritakan sebelum ini.

Sebenarnya, saya mempunyai banyak impian yang ingin direalisasikan bersama - sama blog ini. Terlalu banyak sehingga saya rasakan seperti tidak tahu yang mana harus didahulukan. Kalau dulu masa interview kerja, selalu ada soalan " Apakah yang anda akan lihat dalam diri anda 5 tahun akan datang?". Bagaimana saya jawab soalan ini, saya akan ceritakan impian saya, apa yang ingin saya capai dalam bidang kerjaya.

Jadi, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan kisah dan impian saya bersama blog. Sebelum ini saya pernah menulis tentang perancangan untuk blog ini di tahun 2012. Jadi perancangan ini saya jadikan panduan untuk mencipta impian saya.


Dalam masa 3 tahun akan datang yang berharap dan mengimpikan:-

1) Blog saya yang akan berdomain sendiri...[dot][com], tapi masih memikirkan sama ada untuk menggunakan platform blogspot atau wordpress.

2) Harap akan lebih ramai pengujung ke blog ini, tinggalkan komen dan jejak anda..target boleh dapat komen 100 per entri. Saya suka baca komen - komen dari anda semua. Setiap komen anda boleh buat saya tersenyum di depan laptop.


3) Akan berusaha untuk menaikkan ranking blog, pageview dan menambahkan bilang unique visitor ke blog ini, menaikkan bilang kawan di G+ dan fanpages FB. Kepada yang belum add G+ dan like fanpages FB saya. Dalam masa 3 tahun akan datang, saya harap dapat capai target 500 G+ dan Like.

Jadi, walau apa pun yang terjadi saya tidak akan menyerah kalah, akan terus berusaha untuk mengapai impian. Ianya sesuatu yang indah untuk dimimpikan , tetapi perlukan usaha yang keras dan kuat untuk menjadikan ianya satu kenyataan.


Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday 39: Madu Itu Manis




Sunday, September 23, 2012

Email satu bentuk cara penipuan

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman mendapat email - email pelik dari mereka yang kononya bermurah hati. Anda ada pengalaman mendapat email seperti ini?



Saya pernah mendapat email seperti ini banyak kali. Mula - mula dapat rasa macam .."eh..betul ke orang ini nak bagi aku duit?" Ada unsur perasaan tamak disitu, tapi bila otak menjadi rasional semula, macam - macam keraguan timbul. Antaranya "erm..kalau dah baik hati sangat bagi je lah dekat badan - badan kebajikan, kenapa perlu beri kepada orang perseorangan", " tak kan dia ni tak de langsung saudara mara, atau pun kawan yang rapat untuk diberi harta ini", " kenapa pula dia pilih aku, macam mana dia dapat email aku ni" dan macam - macam lagi bermain difikiran.

Petikan dari email tersebut:

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini. Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya. Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

.........

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak 2 juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik. Bila anda menerima email ini, sila hubungi dan memberi informasi anda kepada penguam saya untuk arahan selanjutnya.



Bila dibaca lagi email ini, harta yang dinyatakan mesti berjuta - juta pound sterling, bukan sikit hartanya yang ingin diberi. Kalau diikutkan perasaan tamak dan haloba mesti kita akan ditipu. Bila perasaan menguasai akal, manusia tidak dapat berfikir secara rasional lagi.

Mungkin dalam banyak - banyak email yang dihantar, akan ada yang menjadi mangsa, macam yang saya katakan tadi, apa yang ingin diberi oleh si pengirim email memang lumayan. Bagaimana pun satu yang perlu kita ingat dan pegang, rezeki datang dari Allah dan rezeki tidak dalam bergolek. Tanpa usaha, duduk diam saja tidak ada apa yang akan kita perolehi.

Semoga perkongsiaan ini dapat menjadi peringatan untuk kita semua, supaya tidak mudah tertipu dengan taktik sebegini.



Friday, September 21, 2012

Blog...kenapa ia wujud??



Salam semua,

Blog...kenapa ianya wujud dalam hidup saya? Satu persoalan yang mungkin ramai orang tertanya - tanya. Secara jujurnya, blog mylifemyprimaryplan ini wujud ketika saya bosan. Bosan sampai tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Bosan sebab tidak ada kerja nak dibuat. Bosan tidak ada kawan untuk bercakap, berborak dan berkongsi cerita. Tragis saja sejarah blog saya ini, tapi sejarah tetap perlu dikenang, sebab disitu bermulanya dan penyebab blog ini wujud. 

Lama kelamaan, dari bosan sedikit demi sedikit rasa minat tumbuh dalam diri. Semuanya bermula dengan membaca blog dari blogger yang sudah lama bertapak di dunia maya ini. Berbagai - bagai jenis blog yang saya jumpa, dan bermacam - macam ilmu saya pelajari yang terus menambahkan minat untuk meneruskan blog ini. 

Pada awal menulis di blog, saya ingat bila kita publish entri baru, pasti akan ada orang membacanya. Tidak terfikir bagaimana hendak menarik orang datang ke blog. Saya ingat pengunjung akan datang sendiri. Bila diingatkan kembali, terasa sangat naif saya saat itu.


Daripada blog otai ini saya dapat banyak ilmu, baru tahu apa itu blogwalking, baru berani meninggalkan komen di blog orang lain. Banyak ilmu yang saya dapat dari membaca entri - entri yang disiarkan.  Itulah sedikit sebanyak cerita di sebalik blog saya. Mula dengan bosan, kemudian timbul minat. Harapanya semoga saya dapat mengekalkan blog ini. Walaupun kadang - kadang tidak dapat dinafikan saya terpaksa meninggalkan blog untuk fokus kepada kehidupan di alam realiti. Bagaimana pun, blog saya ini tetap dihati dan sentiasa diingati.


Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday 38: Selamat ke??



Tuesday, September 18, 2012

Informasi: Klinik Cure & Care

Salam semua,

Pagi tadi semasa dalam perjalanan balik dari kampung, saya mendengar satu iklan di radio. Iklan itu menyatakan sekiranya ibu bapa mempunyai anak - anak yang ketagih menghidu gam, mereka boleh membawa anak mereka ke klinik Cure & Care. 

Pada masa itu, apa yang saya ingat ialah satu papan tanda di lebuhraya karak, dekat dengan penjara Bentong, ada satu papan iklan Cure & Care. Dah lama saya perasan papan tanda itu, tapi baru hari ini saya tahu apa maksud papan tanda itu. Teruk betul rasanya, jadi saya pun mencari maklumat lanjut tentang klinik ini. Mungkin ada juga yang seperti saya, tidak tahu apa fungsi sebenar klinik ini. 

Latar belakang Klinik Cure & Care (sumber laman web Anti Dadah Kebangsaan):-


Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. 

Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C 1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi. 

Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia. 

Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.

Perkhidmatan utama yang disediakan adalah

      1) Detoksifikasi Menggunakan Ubat-Ubatan
      2) Rawatan perubatan
      3) Rawatan Terapi Gantian Menggunakan Metadon
      4) Program Psikososial
      5) Rujukan dan Advokasi

Maklumat lanjut di  ADKK

Sunday, September 16, 2012

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)




Hafiz:
cinta terpisah ruang waktu
tetap cinta bersatu dalam hatiku
walau raga kita tidak mungkin bersama
ku yakin hati kan tetap setia

Siti:
ku percaya ke mana pun kau berjalan
suara cinta menuntunmu kepadaku
kerna bila cinta sudah bersemadi
takkan terpisah hati

Hafiz & Siti:
demi cinta dalam hatimu
ku yakin engkau untuk ku
mesti jejak pisahkan kita
cintakan bawa kembali
padamu

aku ada kerna engkau ada
tercipta hatiku hanyalah untuk mu
jalan ku tertuju padamu
ke mana pun kau pasti kembali

Friday, September 14, 2012

Final Exam: Doakan saya.


Salam semua,

Esok bersamaan dengan 15 Sept 2012 merupakan hari di mana saya akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 3. Esok dari pagi pukul 9 pagi sehingga 6 petang, peperiksaan akan berjalan untuk 3 subjek iaitu Consumer Behavior, Operation Management dan Decision Analysis.






Saya berharap anda semua doakan semoga saya dapat menjawab soalan dengan baik esok. Untuk tatapan anda, jom tengok satu video menarik tentang Supply Chain Management Program. Ini merupakan salah satu topik dalam subjek Operation Management. Tengok jangan tak tengok...



Saya menang 2 tiket movie Resident Evil: Retribution





Salam semua,

Entri santai hari ini, saya ingin berkongsi berita gembira bila saya menang 2 tiket wayang percuma dari ZeniaSpotlight iaitu tiket movie Resident Evil: Retribution. 

Minggu lepas ZeniaSpotlight telah mengadakan satu contest mudah di laman page FB mereka iaitu share gambar saja untuk menang 2 tiket percuma. Apa lagi laju saja saya buat, tak sangka menang pulak. 




ZeniaSpotlight ini satu kedai online yang menjual baju - baju dan aksesori seperti rantai, gelang dan macam - macam lagi. Kalau anda berminat apa kata lawat fanpages mereka di FB ZeniaSpotlight. Mana tahu ada lagi contest lain yang akan dianjurkan oleh mereka kan.

Sekali lagi terima kasih kepada ZeniaSpotlight kerana pilih saya sebagai pemenang.


Thursday, September 13, 2012

Teman Pengganti - Malique & Black




Black: Ketawa bersama, menangis bersama
            ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Malique: Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau ia kan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah


Black: Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Malique:  Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna


Sumber:LirikLaguMuzika

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday 37: You are AW-esome!


Tuesday, September 11, 2012

Selamat Berjuang Amir

Salam semua,

Hari ini bersamaan dengan 11 Sept 2012 merupakan sebuah tarikh penting dalam kehidupan Amir. Siapa Amir ini, dia merupakan anak ke - 4 abang saya. Anak sedara saya, yang sedang menduduki peperiksaan UPSR hari ini di Sekolah Kebangsaan .....Temerloh Pahang. Semoga dapat menjawab soalan UPSR dengan baik.


Selamat berjuang dan selamat berjaya juga untuk semua adik - adik yang menduduki peperiksaan UPSR hari ini, baca bismillah, doa kemudian jawab soalan dengan tenang. Insya Allah segala usaha anda akan membuahkan hasil. 


Friday, September 7, 2012

Rezeki di Aidilfitri - Duit Raya dari DenaiHati

Salam semua,

Selamat hari jumaat, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan baik - baik sahaja. Di pagi jumaat yang mulia ini, saya gembira kerana dapat duit raya dari DenaiHati

Duit raya yang tidak disangka - sangka, ingatkan bila dah bekerja ni tak dapat lagi dah duit raya. Tak sangka, daripada 10 orang pemenang, DenaiHati telah bermurah hati untuk memberikan semua peserta yang menyertai segmen "Bonus Raya Aidilfitri 2012". Ini bermakna seramai 63 blogger telah menerima duit raya dari DenaiHati.


10 entri terbaik DenaiHati yang telah memberikan saya duit raya untuk tahun ini. Sekali lagi terima kasih saya ucapkan. Semoga rezeki DenaiHati terus bertambah, sesuai dengan tagline beliau iaitu "Hidup Untuk Memberi"

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday 36: Jem teruk di Sg. Besi


Wordless Wednesday 35:Kanak - kanak riang berhari raya





Tuesday, September 4, 2012

Info: CFM bantu pengguna

Salam semua,

Di pagi hari ini, saya ingin berkongsi maklumat yang saya baca di Kosmo Online mengenai sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan membantu menyelesaikan masalah pengguna berkaitan telefon atau perkhidmatan jalur lebar.

Badan tersebut diberi nama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia) atau dikenali sebagai CFM. Ianya merupakan sebuah badan dibawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (SKMM).

Tujuan ditubuhkan ialah untuk menguruskan aduan - aduan pengguna yang lebih kecil bermaksud untuk masalah yang dihadapi oleh pengguna perseorangan, contoh seperti caj bil telefon berlebihan dan sebagainya lagi.

Kebanyakkan dari pengguna tidak menyedari akan kewujudan CFM dan masih ramai lagi yang tidak menggunakan perkhidmatan mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. CFM bertindak sebagai orang tengah dalam mencari penyelesaian antara pengguna dan penyedia perkhidmatan. 

Setiap laporan atau aduan yang diterima akan dihantar kepada penyedia perkhidmatan untuk disiasat dan CFM akan membuat keputusan berdasarkan hasil siasatan tersebut.

Jika anda ke laman web penyedia perkhidmatan telefon dan jalur lebar, anda pasti terlihat logo di bawah.


Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan dengan perkhimatan telefon dan jalur lebar, jangan lupa menggunakan CFM sebagai medium untuk menyelesaikan masalah anda. 

Maklumat lanjut sila layari lawan web CFM di http://cfm.org.my/.


Artikel penuh di Kosmo! Online - Varia

Friday, August 31, 2012

31 August 2012: Selamat Hari Kemerdekaan

Salam semua,

Hari ini bersamaan dengan 31 August 2012, jadi saya ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE - 55".

Selamat bercuti semua!!!



Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday 34: Cara baru memasak menu di hari raya.


Tuesday, August 28, 2012

10 entri terbaik DenaiHati

Salam semua,

Semalam melawat blog DenaiHati, kebetulan ada entri Bonus Raya Aidilfitri, jadi saya pun mencuba untuk memeriahkan lagi program ni. Tak susah cuma cari 10 entri terbaik di blog DenaiHati. Antara 10 entri terbaik yang saya suka seperti di bawah:-

1)   First Impression Penting Untuk Blogger
2)   Pengurusan Laman Blog
3)   Aku seorang blogger
4)   Cara jadi top blog personal Malaysia
5)   Siapa blogger traffik hunter
6)   Cara nak popularkan blog di Google, Yahoo dan Bing
7)   Plan 100 hari blogging
8)   Idea untuk blogger baru
9)   Ilmu tidak pernah berhenti
10) Jadi blogger syok sendiri pun kadang - kadang tak boleh

Ini antara entri yang banyak memberi ilmu kepada saya dalam dunia blog, tapi masih banyak yang belum dibuat. Jadi link - link ini penting untuk rujukan masa akan datang.

Kepada kawan - kawan pembaca yang lain...jom serbu blog DenaiHati.com


“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri untuk semua pembaca dan rakan blogger,
semoga Aidilfiltri kali ini lebih bermakna dan ceria
di samping keluarga tersayang.

Maafkan segala kesilapan, andai kata ada komen - komen
yang menyentuh kalbu atau kata - kata yang
menguriskan perasaan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Sunday, August 12, 2012

Iftar di Restoran Intai - Intai

Salam semua,

Semalam saya sempat berbuka di Restoran Intai - Intai, terletak di Ampang Ulu Kelang. Sebenarnya tidak merancang pun untuk berbuka di luar, tapi sebab semalam kelas terakhir di bulan Ramadhan, jadi kawan - kawan sekelas ajak berbuka sekali diluar. Minggu depan masing - masing dah sibuk pulang ke kampung masing - masing.

Untuk pengetahuan semua, buffer Ramadhan di Restoran Intai - Intai ialah RM50 seorang untuk dewasa dan RM25 untuk kanak - kanak. ini je gambar yang sempat diambil sebab bila dah sibuk berbuka, memang dah lupa nak ambil gambar. Surau ada disediakan, jadi lepas berbuka boleh terus solat maghrib dulu di sini sebelum pulang ke rumah.

Antara menu yang saya makan semalam, roti jala, bubur pulut hitam, kambing golek, laksa sarawak, laksam, tom yam, daging masak merah, ikan sambal, rojak buah, ais kacang, spegatti dan macam - macam lagi. Memang tak larat nak makan semuanya. 




ada tasik di tengah - tengah
Restoran ini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia