Tuesday, September 18, 2012

Informasi: Klinik Cure & Care

Salam semua,

Pagi tadi semasa dalam perjalanan balik dari kampung, saya mendengar satu iklan di radio. Iklan itu menyatakan sekiranya ibu bapa mempunyai anak - anak yang ketagih menghidu gam, mereka boleh membawa anak mereka ke klinik Cure & Care. 

Pada masa itu, apa yang saya ingat ialah satu papan tanda di lebuhraya karak, dekat dengan penjara Bentong, ada satu papan iklan Cure & Care. Dah lama saya perasan papan tanda itu, tapi baru hari ini saya tahu apa maksud papan tanda itu. Teruk betul rasanya, jadi saya pun mencari maklumat lanjut tentang klinik ini. Mungkin ada juga yang seperti saya, tidak tahu apa fungsi sebenar klinik ini. 

Latar belakang Klinik Cure & Care (sumber laman web Anti Dadah Kebangsaan):-


Bermula pada 1 Julai 2010, Malaysia telah melakukan transformasi di dalam merawat dan memulihkan penagih dadah apabila melalui Agensi Antidadah Kebangsaan telah mengubah PUSPEN kepada Klinik C&C 1Malaysia iaitu Klinik C&C Sg Besi, Bukit Mertajam, Tampoi, Tampin, Kota Bharu, Kuching dan Papar. 

Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik C&C 1Malaysia adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi. 

Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C 1Malaysia. 

Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.

Perkhidmatan utama yang disediakan adalah

      1) Detoksifikasi Menggunakan Ubat-Ubatan
      2) Rawatan perubatan
      3) Rawatan Terapi Gantian Menggunakan Metadon
      4) Program Psikososial
      5) Rujukan dan Advokasi

Maklumat lanjut di  ADKK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia