Tuesday, June 26, 2012

Apa yang mempengaruhi anda?

Salam semua,

Entri kali ini saya ingin bertanya kepada anda semua, apa yang membuatkan anda akan mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan. Barang yang dimaksudkan ialah produk - produk yang memerlukan budget yang besar contoh seperti kereta, peti sejuk, laptop, televisyen, mesin basuh ( semua ini contoh sahaja). 

Sama ada kita sedar atau tidak, setiap kali kita ingin membuat keputusan untuk membeli sesuatu seperti ini, perkara pertama yang akan kita lakukan adalah mencari sebanyak mungkin maklumat tentang produk tersebut. Kita akan mengumpulkan dan membandingkan produk yang ada, kita akan ambil kira pendapat orang lain yang pernah menggunakan produk tersebut. 

Antara perkara yang biasa kita lakukan ialah membandingkan harga, spesifikasi produk,  kualiti produk, tempoh jaminan dan komen dari pengguna - pengguna lain tentang produk tersebut. Biasanya pendapat pengguna yang telah menggunakan produk tersebut agak mempengaruhi pengguna lain untuk membeli produk itu. Terutamanya, sekiranya pengguna ini merupakan dari kalangan keluarga, kawan - kawan rapat. Ini adalah kerana kepercayaan kita terhadap mereka adalah lebih tinggi.

Sebelum ini saya tidak pernah sedar akan proses yang saya lakukan apabila ingin membuat keputusan untuk membeli sesuatu produk. Sedar atau tidak, apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian ini ada kaitan dengan sifat kita sebagai seorang pengguna. Sifat - sifat ini dikaji dan mereka yang melakukan rancangan pemasaran akan menggunakan strategi pemasaran mereka untuk menarik minat pengguna seperti kita. 

Sifat - sifat pengguna ini dikaji supaya mereka boleh merancang strategi pemasaran yang berkesan. Bila saya belajar subjek 'consumer behavior' banyak yang dapat kita fahami tentang sifat kita sendiri bagaimana kita membuat keputusan, apa yang mendorong kita untuk mengambil keputusan sedemikian dan banyak lagi.


Jadi, apa yang mendorong anda untuk membeli sesuatu produk baru, keinginan, kehendak atau keperluan? Bagaimana anda membuat keputusan dalam memilih produk yang ingin dibeli? Mari kongsikan bersama, moga jadi manfaat untuk kita semua.

Monday, June 25, 2012

Butterfly : Dejavu di Kinabalu

Salam Semua,

Siapa tengok drama Dejavu di Kinabalu? Sila komen... hehehe. Saya tengok juga drama ini. Drama ini telah menjadi sebab saya balik rumah awal. Pada saya drama ini lain dari drama melayu yang lain. Masa tengok episod pertama dah tertarik dengan drama ini. Drama ini dilakonkan oleh Tiz Zakiyah dan  Aqasha selaku pelakon utama.

Sehingga ke hari ini, perasaan tidak sabar untuk menantikan sambung drama ini masih ada. Jadi kepada sesiapa yang menonton drama ini, mesti ada dengar lagu tema untuk drama ini. Inilah lagu temanya 'Butterfly' nyanyian Melly Goeslow feat Andhika.



ketika waktu mendatangkan cinta
aku putuskan memilih dirimu
setitik rasa itu memitis dan semakin parah

bisaku rasa getar jantungmu
mencintaiku apa lagi aku
jadikan lah diriku pilihan
terakhir hatimu

butterfly terbanglah tinggi
setinggi angan ku untuk meraihmu
memeluk batinmu yang sempat kacau
kerna merindu

butterfly fly away so high
as high as hopes and pray
to come and reach for you
rescuring your soul
that previous messed up
touching
me and you

jalan ini jauh
namun kita tempuh
bagai bumi ini
hanya milik berdua

biar ku berlebihan
mendekatimu
namun ku tunggu

Sunday, June 24, 2012

Happy Birthday Berry

Kepada Kawanku Khairul Bariah Bt Awang,

Di kesempatan ini, ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah S.W.T. Sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dan juga pelajaran. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan. Ceria selalu :)




p/s untuk Berry: Video ini kiranya mewakili aku, kak kay dan Syad. Yang mula - mula masuk tadi adalah kak kay..sebagai ketua...hehehehe.

Friday, June 22, 2012

Batuk yang masih belum sembuh

Salam semua,

Nampaknya batuk masih sayang untuk meninggalkan diri saya. Seperti dalam iklan di TV, mungkin virus batuk dah buat rumah banglo dalam tekak saya ini. Sampai sekarang tak tahu dah berapa banyak ubat yang saya makan, tapi masih belum lagi betul - betul sembuh. Jadi sekarang dah berenti makan ubat klinik. Dah tidak rasa keberkesanannya. 

Cuba pula cara tradisional, mak saya suruh minum air panas yang di campur madu. Katanya dalam badan saya sejuk, sebab itu batuk tidak juga baik. Bila kita minum madu, dapat panaskan badan dari dalam. Memang ada kurang sikit, tapi tidak betul - betul sembuh lagi. Kawan pula beri petua, lagi bagus kalau madu itu dicampurkan dengan perahan air limau. Erm...belum cuba lagi yang ini. 

Batuk memang sangat memenatkan badan, perut pun sakit bila selalu batuk. Sejarah diri saya kalau batuk memang susah nak sembuh. Saya rasa salah satu sebab adalah bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin. Jadi virus terperap dalam pejabat, udara pun berpusing dalam ruangan yang sama. Memang susah nak sembuh kalau sakit.

Saya pun tidak tahu nak buat macam mana lagi, pantang makan sudah, nak minta MC lama - lama dari doktor memang tak dapatlah. Batuk saja, doktor tak akan bagi MC. Nasib baiklah kerja saya tidak banyak sangat memerlukan saya berinteraksi secara berdepan dengan orang. Selalunya melalui email atau telepon saja. Jadi masih boleh bertahan lagi. 

Anda ada petua yang boleh dikongsikan dengan saya? Mungkin saya boleh cuba untuk mengurangkan batuk saya ni.

Thursday, June 21, 2012

Pening kepala mencari idea

Salam semua,

Saya sedang pening kepala ni sebenarnya, memikirkan projek apa yang hendak dilakukan untuk subjek "consumer behavior". Pensyarah ada memberi pilihan sama ada untuk memanggil seorang daripada mana - mana syarikat untuk memberikan ceramah / ucapan / perkongsiaan pengalaman dengan pelajar - pelajar tentang bagaimana syarikat tersebut menjalankan atau merangka kertas cadangan untuk menempatkan produk mereka di pasaran.

Satu lagi pilihan ialah menjalankan kaji selidik tentang sifat - sifat pengguna yang ada di Malaysia. Pensyarah juga memberi pilihan, sekiranya ada idea selain yang beliau berikan, boleh lah dikemukan kepadanya. Ini yang sedang saya fikirkan, projek apa agaknya yang boleh dilakukan selain daripada 2 yang dicadangkan. 



Tujuan projek ini supaya pelajar dapat belajar dan mengaikan teori yang dipelajari dalam kelas dengan dunia sebenar. Jadi setiap projek yang ingin dilakukan mestilah dapat memberikan pelajaran dan pengalaman yang berguna kepada setiap pelajar lain. 

Jadi sekarang saya buntu, tidak dapat memikirkan apa projek yang sesuai...erm...anda boleh bantu? Anda ada idea menarik...boleh kongsikan dengan saya. 

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday 29: Rezeki Blog








Tuesday, June 19, 2012

Lagu: Harapan (Hyper Act)

Salam,

Ini lagu yang jadi OST drama Seindah Sakura (dah habis pun drama ini). Bila dah nak habis, baru perasan lagu ni sedap juga untuk didengar. Jom layan lagu ni:


Nyanyian: Hyper Act

bicara mimpi itu
mengheret ku ke dasar
gelap tanganya mengapai tanganku
dan munculnya dirimu

dipinggir laman itu
hangatmu menyambut ku kembali
dan ku mengerti
mengapa masih berdiri
hadirnya siang berteman mentari
dan ku bersama
bintang malam mu mencari kasihku


harapan
harapan menjadi layu
ingin ku bahgia bersama
menjadi kenangan
memburu impian masa kita
selamanya...

dan angin kan memanggil
bagai ada musafir
hadirnya pergi tiada berjanji
mungkin seketika

kumerasa cintanya
bagai dibelai mimpi sempurna
dan taman ini
tak bererti dan berseri
tiada indah tanpa mu disini

dan kujejaki
walaupun hanya secebis kasihmu

harapan
harapan menjadi layu
ingin ku bahgia bersama
menjadi kenangan
memburu impian masa kita
selamanya...

hatiku meratap setinggi gunung
pastiku mencari bintangnya
menjadi cahaya
menyinar impian hidup kita
selamanya


Monday, June 18, 2012

Jerebu yang datang



Salam semua,

Gambar ini diambil pada hari jumaat lepas sekitar jam 2.45pm. Jerebu yang melanda telah menjejaskan pemandangan. Nampak macam berkabus. Kebetulan sekarang ini tidak ada hujan, jadi mungkin akan mengambil masa untuk keadaan jerebu ini pulih. 

Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah mengeluarkan perintah larangan pembakaran terbuka, kecuali untuk aktiviti - aktiviti keagamaan dan barbeku. Semoga perintah larangan ini dapat membantu mengurangkan kadar pencemaran udara di negara kita.

Semoga jerebu akan pergi jua satu hari nanti

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday 28: Keputusan Sem II


Sunday, June 10, 2012

MBA: Keputusan Bakal Diketahui

Salam semua,

Nampaknya apa yang ditunggu bakal tiba, keputusan untuk semua usaha yang telah dilakukan sepanjang semester II bakal diketahui pada 11-June-2012. Harap semua usaha membuahkan hasil yang baik dan memuaskan. Serius...saya berdebar menanti saat tersebut. Perasaan yang tidak dapat digambarkan. Apa pun saya berdoa semua saya dapat keputusan yang baik dan dapat meneruskan pengajian ke semester seterusnya.

Harap anda pun doakan kejayaan untuk saya.

Terima kasih semua!!!

Friday, June 8, 2012

Terima kasih semua.

Salam,

Walaupun sekarang sedang bercuti daripada belajar, nampaknya kesibukan di dunia realiti ini tidak mahu lari daripada saya. Sehingga sekarang rasanya sudah banyak aktiviti di dunia maya yang saya tinggalkan. Terutamanya melawat blog - blog anda semua. Kesibukan yang teramat sangat ditempat kerja tidak dapat dielakkan lagi. 

Kesibukan yang disebabkan sekarang team saya sudah kekurangan pekerja, hanya tinggal 3 orang sahaja daripada 5 orang. Jadi kalau di pejabat memang tanya ini tak berhenti membaca email, reply email, menyelesaikan masalah - masalah pelanggan, menjawab panggilan telepon dan macam - macam lagi. Sehingga tidak sedar masa berlalu. 


Kalau sebelum ini, balik boleh 'on-time', sekarang sudah tidak ada lagi, sudah pukul 6 petang pun kerja masih banyak. Jika ditinggalkan, esok lagi bertambah. Percaya atau tidak, rasanya hampir setiap hari sekarang ini saya bekerja lebih 10 jam. Balik rumah sudah penat, apa lagi perasaan ingin tidur yang sangat tinggi. Hehehehehe......

Walau bagaimana pun, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi juga singgah di blog saya ini. Sudah makin tidak terurus rasanya blog ini. Betapa saya kagum dengan semua tuan blog yang mampu menjaga dan menulis entri setiap hari di blog mereka. Betapa mereka mempunyai displin yang kuat dalam memastikan blog mereka berjaya. 

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih :)

Thursday, June 7, 2012

Lirik Lagu: Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor)


ketika kau ucap kata selamat tinggal
ku sangka diriku kan hancur
nestapa menyiksa
membuat aku sedar
hanya ku yang bisa
mengubah arah hidup

lihatlah ..lihatlah
aku buktikan kepadamu
walaupun ku jatuh
tapi tak tersungkur
biakanr biarkan
ku berdiri sendiri
kerana ku yakin
masih lagi mampu
bernyawa
dengan sebelah jiwaku

ku tahu kau mahu melihat aku sugul
tapi takkan ku menzahirkannya
mesikpun hatiku
berderai bagai kaca
ku kutip serpihannya
dan cantumkan semula

lihatlah ..lihatlah
aku buktikan kepadamu
walaupun ku jatuh
tapi tak tersungkur
biarkan biarkan
ku berdiri sendiri
kerana ku yakin
masih lagi mampu
bernyawa
dengan sebelah jiwaku

takkan ku biarkan
mata mengeringkan
air mata jiwa
kini ku berani
lebih berdikari


Monday, June 4, 2012

Movie : Snow White and Huntsman

Salam semua,

Minggu lepas dalam batuk - batuk ini, sempat lagi pergi ke panggung di GSC Mid Valley untuk menonton filem "Snow White and Huntsman". Sebenarnya kawan saya dapat tiket percuma untuk pra tonton filem ini di GSC. Dapat tiket percuma, apa lagi, laju saja pergi. 

Siapa sudah menonton filem ini, sila komen apa pendapat anda tentang filem ini. Bagi saya setelah menonton, filem ini tidak lah membosankan, sebab saya memang minat filem seperti ini. Ada babak - babak dalam filem ini yang mengingatkan saya kepada filem - filem popular lain. Antaranya, babak apabila Ravenna, menyedut roh keremajaan wanita muda lain - seperti dalam filem Harry Potter apabila Dementor menyedut roh - roh manusia. 

Ada lagi satu babak, apabila tentera - tentera jahat menyerang, seperti dalam drama bersiri Merlin. Saya rasa macam serupa, tapi tidak sama. Lagipun filem ini berkisarkan kisah dongeng inggeris yang sememangnya popular iaitu Snow White. Bagaimanapun dalam filem ini, telah diubah suai, jika sebelum ini, bila kita dengar tentang Snow White mesti akan teringat kisahnya dengan 7 orang kerdil. Snow White termakan apple beracun dan telah tidak sedarkan diri dan dijaga oleh orang kerdil ini.

Kisah Snow White termakan apple beracun ini masih ada diselitkan dalam filem ini, tapi itu bukanlah plot utama. Babak itu dimasukkan ditengah - tengah cerita dan masih banyak babak - babak lain yang menarik dan menguatkan jalan cerita filem ini.

Filem ini dilakonkan oleh:-


Kristen Stewart   - Snow White
Chris Hemsworth - The Huntsman
Charlize Theron - Ravenna
Sam Claflin - William
Sam Spruell - Finn

Jadi terpulang kepada anda sendiri, sama ada ingin menonton filem ini atau tidak. Jom layan triller filem Snow White and Huntsman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia