Sunday, March 3, 2013

Hari Ahad, hari berehat.

Salam semua,

Macam - macam perkara yang telah berlaku dalam hidup saya sepanjang minggu ini. Penat dan lelah masih terasa, jadi hari ini hari ahad, hari berehat untuk saya. Macam mana pun tidak lah rehat 100%, masih ada kerja - kerja yang perlu diselesaikan seperti kain perlu dicuci dan dijemur, buku perlu dibalut dan semua dilakukan sambil menonton TV. 

Cuaca diluar pun kelihatan mendung, angin pun bertiup sepoi - sepoi bahasa, kalau ada goreng pisang pun sedap dimakan ni....hehehe. Tapi dirumah tidak ada pula pisang untuk digoreng, jadi saya goreng nudget saja. Boleh lah juga sebagai pengganti.

Cuaca yang mendung bertukar hujan yang lebat...bosan pulak rasanya, jadi layan movie Harry Potter. Tengok movie sambil makan nudget, minum air milo. Kain pun terpaksa keringkan pakai kipas, maklumlah dah hujan lebat kat luar, memang tak kering la kain di jemuran.

Apa aktiviti anda di hari ahad ni, mesti ramai yang menghabiskan masa bersama keluarga. Ceritalah sikit..kongsi - kongsi.


Friday, February 22, 2013

MBA: 5 kali pinangan ditolak

Salam semua,

Rasanya sudah lama betul saya tidak berkesempatan untuk menulis entri baru. Kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Bila sudah lama tidak menulis, mula lah perasaan malas itu datang. Satu perasaan yang tidak sihat, jadi harus dilawan. :)

Hari ini saya cuma ingin bercerita, tentang perjalanan saya dalam mendapatkan master. Akhirnya sudah sampai ke semester terakhir, yang mana saya dapat rasakan akan menjadi semester yang paling mencabar. Sebenarnya cabaran itu telah bermula sebelum saya mendaftar untuk semester ini lagi. Cabaran pertama yang perlu dilalui ialah mendapatkan supervisor untuk research paper. 

Berdasarkan apa yang terjadi kepada saya, jadi ingin saya nasihatkan kepada bakal - bakal pelajar yang akan memasuki semester akhir, sila cari supervisor anda lebih awal. Jangan jadi macam saya, 5 kali 'pinangan' ditolak kerana baru saya tahu yang saya dah lambat. Pelajar lain dari semester lepas sudah mula mencari supervisor mereka.

Bagaimanapun, alhamdulilah, setelah 5 kali ditolak, akhirnya saya berjumpa dengan supervisor yang dapat menerima tajuk saya. Terima kasih Prof, kerana sudi menjadi supervisor untuk research paper saya. Dengan itu selesai satu tugasan mencari supervisor. 

Cabaran bakal diteruskan dengan menunggu keputusan komuniti di GSB, sama ada tajuk yang dipilih saya dan dipersetujui oleh Prof, diluluskan oleh komuniti atau tidak. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, mensyuarat tersebut telah berlangsung pagi tadi di UKM. Bagaimana pun saya masih belum mendapat keputusannya. Jadi sedang menanti dengan sabar.

Seperti biasa, semester ini 3 lagi subjek baru akan dipelajari iaitu Corporate Finance, International Marketing  dan Strategic Management. Minggu pertama kelas telah bermula minggu lepas, perkara yang menarik ingin saya kongsikan ialah mantera di bawah:

Mantera untuk Public Speaking - Practice, Practice, Practice
Mantera untuk Property - Location, Location, Location
Mantera untuk Leadership - Execution, Execution, Execution
Mantera untuk Management - Communication, Communication, Communication

Jadi, tak sabar rasanya meneruskan pengajian dan saya harap dapat berkongsi lebih banyak ilmu dengan anda semua.

Sampai jumpa lagi.

Saturday, January 5, 2013

Semester 4: Hampir ke penghujungnya

Salam semua,

Sangat sibuk bila tiba penghujung semester, banyak masa dihabiskan untuk mentelaah pelajaran, menyiapkan  diri untuk menghadapi peperiksaan dan siapkan presentation. Tiga minggu ini, setiap sabtu akan ada peperiksaan. Satu sudah selesai dijalani siang tadi, ada 2 lagi menunggu.

Esok bersamaan dengan ahad (6 Jan 2012) ada presentation yang perlu dilakukan. Wish me luck ya !. Walaupun setiap semester ada presentation, saya masih lagi rasa gemuruh. Normal kan perasaan itu. Apa yang perlu dilakukan, kawal perasaan gemuruh tersebut supaya tidak menguasai diri.

Esok nak present apa, ada 2 projek yang perlu dibentangkan. Satu investment project dan satu lagi research.

Investment project

Melakukan penyelidikan tentang stock market di Malaysia. Pilih 60 syarikat yang berprestasi tinggi dan lihat stock dalam industri mana yang mempunyai prestasi yang stabil.

Research - Online shopping

Mengkaji faktor - faktor yang mempengaruhi pengguna di Malaysia membeli di atas talian.



Jadi sekarang tengah berlatih untuk buat presentation. Harap semua berjalan lancar.

Jumpa lagi!!!

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Salam semua,

Alhamdulillah nampaknya umur kita dipanjangkan dan kita masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan pada tahun baru 2013.


"SELAMAT MENYAMBUT 
TAHUN BARU 2013"

Hari ini 1 Jan 2013, merupakan hari cuti umum untuk semua rakyat Malaysia. Jadi gunakan masa cuti ini dengan baik. Selamat bercuti dan kepada yang dalam perjalanan semoga selamat sampai ke destinasi anda. Berhati - hati di jalan raya. 

Semoga di tahun baru 2013, lebih banyak pencapaian dan kejayaan yang bakal kita perolehi. Lebih banyak kegembiraan dan kebahagian dapat kita kongsi bersama dalam tahun 2013 yang akan kita tempuhi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia