Monday, March 23, 2015

BUKU PILIHAN SAYA: TOMBIRUO 'PENUNGGU RIMBA'

Assalamualaikum,

Saya telah memutuskan untuk membuat satu ruangan di blog saya untuk berkongsi buku - buku pilihan saya. Sebagai entri pembukaan, saya nak berkongsi sebuah buku thriller karya novelis terkenal - Ramlee Awang Murshid - Tombiruo Penunggu Rimba.


Synopsis buku:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda.
Empat nama telah disenaraikan.
Nama kelima telah disingkirkan.
Dua belas pembunuhan kemudian dilakukan.
Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana
nafsu, wang, kuasa dan dendam!
Dan setelah 30 tahun,
mereka dipertemukan untuk mengatur semula
episod hidup yang penuh ngeri.

Tombiruo - kisah tentang 2 individu, Amiruddin dan Ejim. Kisah hidup yang berbeza, mereka tidak pernah bertemu tetapi mempunyai ikatan yang mereka sendiri tidak pernah tahu. Seorang hidup sebagai manusia normal manakala seorang lagi hidup di dalam hutan belantara.

Ketentuan Allah itu sangat luar biasa, hanya DIA telah mengatur segalanya tanpa pengetahuan hambanya. Kita sebagai manusia terlalu kerdil untuk memahami, tetapi percaturan ALLAH itulah yang terbaik. Ikuti kisah hidup Amiruddin dan Ejim dalam novel thriller ini. Ianya sebuah cerita yang tidak akan mengecewakan anda.

Sunday, March 22, 2015

Akhirnya....saya berjaya bayar semuanya.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, akhirnya saya berjaya bayar semua hutang PTPTN. Rasa seperti satu ketul batu besar telah berjaya dialihkan dari atas kepala. Kurang satu comitmment setiap bulan, sekali lagi syukur ke-hadrat Allah yang telah memudahkan semua urusan. Misi seterusnya, habiskan bayar hutang beli kereta...insya allah...akan dipermudahkan.



Untuk peminjam - peminjam PTPTN yang mungkin tidak tahu, sekiranya anda menyelesaikan baki tertungga sebelum 31 March 2015, anda akan diberi diskaun 20%


Langkah - langkah yang perlu dilakukan:-

2.  Anda boleh pilih sama ada bayaran secara tunai atau KWSP
3.  Bawa borang ini ke mana - mana kauter PTPTN dan mereka akan mengeluarkan penyata baki akhir selepas diskaun 20%.
4. Sekiranya anda memilih untuk membayar secara tunai, anda boleh terus membuat bayaran di kaunter atau anda boleh membayar mengunakan online banking.
5. Kemudian anda dikehendaki email resit tersebut kepada pegawai PTPTN yang berkenanan.

Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran menggunakan pengeluaran KWSP, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan.Dokumen ini diperlukan semasa anda menghantar permohonan ke KWSP. PTPTN hanya akan mengeluarkan surat rasmi, dan anda sendiri yang perlu menguruskan permohonan tersebut dengan pihak KWSP. 

Anda boleh baca FAQ ini untuk mendapatkan lebih penjelasan.

Disebabkan masa sudah suntuk, saya rasa sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun ini boleh memilih membuat bayaran secara tunai kerana pembayaran melalui KWSP akan mengambil masa - macam dah tak sempat je sebab tinggal lagi 9 hari sahaja.

Saturday, March 21, 2015

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak berkongsi tentang percutian saya bersama keluarga abang - abang saya di Melaka. Percutian singkat semperna cuti sekolah, saya pun sibuk nak ikut sekali. Dah lama rasanya tak pergi jalan - jalan. Ini adalah kali ke-2 saya berjalan - jalan di Melaka. Nama je orang Malaysia...baru kali ke-2 sampai Melaka. Macam lah jauh sangat kan. Kali pertama saya ke Melaka masa saya tingkatan 4, ikut rombongan sekolah. Melaka dah berubah banyak, macam - macam ada. 

Pintu Masuk - Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Harga tiket boleh tengok kat sini Melaka Wonderland Ticket Price. Untuk masuk ke sini, parking RM5 dikenakan sekali masuk - ni masa cuti sekolah.Masuk saja dah nampak banyak replica dinasour...hehehe....excited je budak - budak ni, tak sabar nak main air.

Ada banyak juga permainan air kat sini, ada donat, ada yg macam tepi pantai tu, tak tahu lah apa nama dia, jom tengok gambar kat bawah:



ini donut besar....hehehehe





Yang lain ni saya pun tak tahu apa nama permainannya...tapi seronok lah kan, budak - budak main air, berjam - jam tak nak naik. 


Pelampung pun ada untuk disewa, RM15 gunalah selama yang mampu.Untuk main permainan memang kena ada pelampung lah kan.


Cuma budak kecik ni sorang je susah sangat nak ajak main air. Berkepit je dengan mak dia....hehehehe...anak mak dia ni. Lepas abg-abgnya dah main air 2-3 jam baru dia nak turun main air sekali.


Ok, untuk destinasi seterusnya, kita sambung dalam next entri ye.

W'salam.


Friday, March 13, 2015

Sinki Pecah

Assalamualaikum semua,

Nak nangis, itulah perasaan saya bila sampai di rumah petang tadi lepas seharian di pejabat. Huhuhuhu...serius nak nangis, tak tahu nak buat apa. Macam mana sinki bilik air ni boleh pecah.....huhuhuhu.
Saya tak dapat berfikir apa yang dah jadi kat sinki ni sampai boleh jatuh dan pecah.

Ada tak siapa - siapa pernah mengalami kejadian seperti ni? 




Monday, March 9, 2015

Passion

Assalamualaikum,

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini, dah bersawang rasanya. Nampaknya saya bukan seorang blogger tegar yang mampu untuk menulis entri baru setiap hari. Nampak sangat tak de passion untuk menulis. Saya masih tercari - cari, apa sebenarnya passion. Sehingga kini masih belum bertemu dengannya. Mungkin anda semua sudah berjumpa dgn passion anda.

Mencari bukan sesuatu yang mudah, macam - macam sudah dicuba, mungkin pada masa itu kita rasakan perkara tersebut adalah minat kita, tapi lama kelamaan ianya hilang sedikit demi sedikit. Ramai orang berkata, "LOVE WHAT YOU DO"....this is passion. Realitinya tidak semudah kata-kata....hahahaha.

Kalau anda semua tanya, adakah saya mempunyai passion dalam apa yang saya lakukan, jawapannya 'YES'. Jika tidak masakan mampu untuk meneruskannya sehingga sekarang, terutama kerja yang kita lakukan sehari - harian. Cuma setinggi mana passion itu yang menjadi persoalannya. Jadi terlalu banyak '????' pun susah jugakan. Takkan semua benda kita nak persoalankan, bila asyik menyoal, bila sudahnya. Hidup kita sebagai manusia biasa memang tidak akan sempurna.

Sumber: Google.com


Pada saya mudah, selagi itu merupakan punca rezeki kita, lakukan sebaik mungkin. Sekiranya satu hari nanti kita sudah tidak lagi disitu, tidak ada apa yang hendak dikesalkan kerana kita telah melakukan sebaik mungkin.Passion sesuatu yang terlalu subjektif pada saya, setiap orang mempunyai tafsiran yang berbeza.

Walau apa pun yang kita lakukan, passion itu penting dan perlu. Ianya umpama rencah dalam masakan, sekiranya tiada maka masakan itu tidak lengkap, tidak cukup rasa. Maka tak sedaplah rasa masakan tersebut dan mungkin tiada siapa yang hendak memakannya. Terbazir begitu saja.

Passion sesuatu yang boleh dipupuk, dibentuk dan ditanam dalam diri kita. Semua terletak pada diri sendiri, apa yang penting teruskan usaha, teruskan mencari kerana ianya tidak pernah ada penghujungnya.


Sunday, March 8, 2015

Bosan....bila tidak ada aktiviti yang nak dilakukan.

Assalamualaikum semua.

Bosan pulak bila tak de aktiviti untuk dilakukan di hari cuti. Baju dah gosok untuk seminggu, masak pun sudah untuk makan tengah hari dan malam. Siaran TV pulak memang tidak membantu, patutnya time hujung minggu ni lah dihidangkan cerita yang menarik. Ini tidak, semua cerita ulangan baik stesen tv swasta atau berbayar.

Bila saya bosan, apa yang jadi ialah saya akan asyik ulang alik ke dapur. Buka peti tengok apa yang boleh dimakan. Hahahaha...inilah masalah paling besar bila bosan dan duduk dirumah. Duduk depan laptop sambil kononnya nak siapkan kerja. Kerja yang berjaya disiapkan peratusannya amat rendah...peratusan makan je yang tinggi. Macam mana ni??

sekadar gambar hiasan


Dari tadi saya tengok rancangan masakan kat AFC, so memang menyebabkan rasa nak makan meningkat. Apasal...lah bila tengok rancangan masakan, mesti rasa nak makan. Siapa boleh tolong jawab ni.

Maaflah, tertaip pulak entri bosan, sebab penulisnya tengah rasa bosan...hahahahaha.

Jumpa lagi.

Saturday, March 7, 2015

March yang sibuk

Assalamualaikum semua,

Entri pertama untuk tahun 2015, fuh..dah lama tak menaip kat blog sendiri. Macam kena start semua dari awal...blogwalking yang dah lama ditinggalkan. 

Bulan March 2015 rasanya akan menjadi sangat sibuk, semua kawan - kawan saya yang kebanyakkan berkerja dalam bidang IT begitu sibuk. Kalau ajak keluar pun, semua akan menjawab..."tak free sampai awal bulan April". Rasanya ramai yang tahu sebab apa....kekangan masa untuk memastikan perlaksanaan GST berjaya lancar pada 1 April 2015 nanti.

Saya pun tidak terlepas tempiasnya, walaupun tidak secara langsung. Sikit - sikit kena juga, memang banyak yang nak kena tukar untuk mengikut standard yang ditetapkan Kastam bagi GST.



Sebagai pengguna kita perlu tahu apa yang dikenakan cukai GST dan apa yang tidak dikenakan cukai. Sila layari laman web GST Malaysia.

Kalau ingin mengetahui apa itu GST, sila ke laman web ini - Apa itu GST?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia