Sunday, March 6, 2016

Konvensyen Ketamadunan Dunia 2.0





Assalamualaikum.

Hari ni nak berkongsi cerita tentang satu konvensyen yang telah saya hadiri semalam (05 March 2016). Konvensyen ini berlangsung selama satu hari saja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kawan saya yang mendaftar untuk sertai kemudian beliau dapat satu seat percuma. Jadi saya dijemput untuk menyertainya. Program ini diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama GPTD, DBP, PNM, Kong Zi Institute, IDFR, KarangKraf dan Sinar Harian.




Konvensyen kali ini  bertujuan untuk mengupas tajuk "Menyingkap Hubungan Melayu dalam Tamadun China". Antara ahli - ahli panel yang telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja mereka adalah seperti berikut:

1) En. Chen Zhong - "A few Glimpse Into Chinese Culture"
2) Prof. Yusuf Lio Baojun - "Pengembaraan Cheng Ho di Alam Melayu"
3) Prof Madya Dr. Mat Rofa Bin Ismail - "Pengaruh Taman China dalam Masyarakat Melayu - Islam"
4) Dr. Poey Tiang Peow - "Sejarah Asimilasi Cina Muslim dengan Melayu Muslim di Tanah Melayu"
5) Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan - "Islam di China, Cabaran Masa Kini"


Selain daripada mendengar pembentangan kertas kerja dari pada ahli - ahli panel yang dijemput, terdapat juga aktiviti - aktiviti lain yang disediakan di luar dewan. Antaranya Pameran Manuskrip Melayu yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara. 






Replika Hikayat Hang Tuah yang dipamerkan oleh Perpustakaan Negara.



"Naskhah ini disalin pada tahun 1282 H (1865M). Hang Tuah adalah seorang
pahlawan Melayu yang terkenal dengan kegagahan dan keberaniannya serta
sikap taat setainya pada raja. Hikayat ini mengisahkan peristiwa - peristiwa
yang berlaku dari pertengahan abad ke-14 sehingga Belanda menakluki Melaka
pada tahun 1614. Manuskrip ini mendapat pengiktirafan daripada World Register
, Memory of the World pada tahun 2001."

Replika Manuskrip 'Pamor Keris'


Terdapat banyak lagi replika manuskrip yang dipamerkan antaranya Misa Melayu, Hukum Kanun Melaka, Syair Siti Zubaidah dan ada beberapa lagi. 

Apakah itu Manuskrip Melayu?

Manuskrip Melayu ialah karya yang bertulis tangan dalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal kurun ke-16 sehingga awal kurun ke-20. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan, undang - udang, ketatanegaraan serta azimat dan petua.

Sumber daripada Perpustakaan Negara Malaysia.









GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER



Sebelum itu kalau nak join GA ni pastikan area tempat anda ada MBO Cinema ok!! Hehehe Voucher ini luput pada 31/3/16. Sempat lagi tu..


SYARAT PENYERTAAN:


1. FOLLOW BLOG NI murnialysa.blogspot.
2. FOLLOW IG @murni.alysa
3. LIKE PAGE Projek Blogger Utara
4. FOLLOW IG @projekbloggerutara
5. COPY N PASTE ENTRY ni dekat blog korang.
6. KOMEN N MASUKKAN LINK entry korang kat sini ya.


***TARIKH TUTUP PENYERTAAN 6 Mac 2016***

Wednesday, March 2, 2016

SEGMEN PERTAMA TAMAT DENGAN JAYANYA!!!

Assalamualaikum.

Hi kawan - kawan.....happy saya hari ini sangat. Pertama kali cuba buat segmen...mula - mula tak yakin, ramai ke yang akan join. Lepas tamat tempoh segmen dari 1-Feb-2016 ke 29-Feb-2016, saya dapat 27 penyertaan. Alhamdulillah

TERIMA KASIH SEMUA SUDI JOIN SEGMEN BLOGLIST SAYA.

Untuk menyatakan perasaan terima kasih, saya dengan ini berbesar hati memasukkan ke semua 27 peserta ini ke dalam bloglist di blog saya sepanjang tahun 2016.

Saya harap kita akan saling kunjung - mengunjungi blog masing - masing dan berkongsi maklumat, cerita dan apa saja yang mendatangkan faedah kepada semua.



p/s: Senarai bloglist dah di update....boleh rajin-rajinkan diri untuk blogwalking ya :)

Tuesday, March 1, 2016

e-Filling Income Tax 2016

Assalamualaikum semua.

Bulan March telah tiba, bagi pekerja - pekerja di luar sana, jangan lupa tentang kewajipan kita setiap tahun. Kena isi borang income tax ni sebelum 31 March 2016. Kalau tak isi nanti tak pasal - pasal kena denda dengan LHDN.

Jadi, hari ini saya dah terima borang EA daripada majikan saya. Boleh lah mula mengisi, lagi cepat lagi bagus. Kalau isi lambat sangat, nanti online system ini hang sebab terlalu banyak user masuk. Sementara masih fresh ni, apa kata isi terus.

Apa yang perlu anda lakukan, pergi saja ke laman web LHDN, lepas tu boleh klik pada icon "e-Filing" - macam saya redbox kan dalam gambar di bawah.


Nak lagi mudah dan cepat, taip saja "e-Filing" kat Google, terus dapat link ke login page seperti dibawah. 

Kemudian, anda perlu login guna No K/P @ No Passport @ No Tentera @ No Polis. Mana - mana yang bersesuaian dengan anda lah. Kalau macam saya ni bukan tentera, bukan polis, guna No K/P la kan. 


Kemudian, masukkan password anda. Ini yang paling mencabar, sebab login kat 'e-Filing' ni setahun sekali saja. Jadi pastikan anda ingat password anda ya. Kalau terlupa juga, boleh klik pada link "Terlupa kata laluan" dan ikut arahan selanjutnya.


Oh ya, satu lagi, tahun ini LHDN dah mengaplikasi kan standard kata laluan yang baru untuk memastikan tahap keselamatan maklumat lebih baik. Sekiranya kata laluan anda tidak mengikut standard yang ditetapkan, anda akan diminta untuk menukar kata laluan sebaik sahaja berjaya login ke laman "e-Filing" ini.



Bila sudah berjaya login, anda kan dapat lihat menu - menu seperti di atas. Untuk mengisi cukai taksiran bagi tahun 2015, sila klik pada butang "e-Borang". Skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

Peringatan: Pastikan anda menutup fungsi pop-up blocker, kalau tidak borang taksiran tidak akan dipaparkan.






Bila borang taksiran telah dipaparkan, anda boleh mula mengisi maklumat dan menyemak kembali maklumat peribadi seperti nama, no k/p, no income tax, PCB, bank akaun no. Isilah maklumat yang diperlukan berpandukan borang EA yang majikan anda telah sediakan.

Setelah semuanya lengkap diisi, sila semak sekali lagi dan anda boleh "tandatangan" (key-in semula ID dan password). Kemudian klik 'hantar'.

Peringatan: Apabila anda telah "hantar" borang cukai taksiran ini, tidak ada lagi pindaan boleh dibuat secara online. Sila pastikan anda print borang cukai taksiran ini untuk simpanan anda.


Selamat berjaya!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia