Sunday, September 23, 2012

Email satu bentuk cara penipuan

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman mendapat email - email pelik dari mereka yang kononya bermurah hati. Anda ada pengalaman mendapat email seperti ini?



Saya pernah mendapat email seperti ini banyak kali. Mula - mula dapat rasa macam .."eh..betul ke orang ini nak bagi aku duit?" Ada unsur perasaan tamak disitu, tapi bila otak menjadi rasional semula, macam - macam keraguan timbul. Antaranya "erm..kalau dah baik hati sangat bagi je lah dekat badan - badan kebajikan, kenapa perlu beri kepada orang perseorangan", " tak kan dia ni tak de langsung saudara mara, atau pun kawan yang rapat untuk diberi harta ini", " kenapa pula dia pilih aku, macam mana dia dapat email aku ni" dan macam - macam lagi bermain difikiran.

Petikan dari email tersebut:

Assalamualaikum,

Saya adalah seorang insan yang mulia yang tidak dikenali tetapi saya hendak mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk mengendalikan sebidang hartanah saya untuk didermakan kepada persatuan Barah Malaysia.

Saya baru diberitahu yang saya menghidap penyakit barah tahap terakhir yang tidak ada harapan untuk hidup di dunia ini. Saya menyesal kerana tidak membuat perubatan bila mula mengetahui tentang penyakit barah saya. Saya harap Allah akan memaafkan saya kerana tidak meminta pertolongan sebelum ini.

.........

Saya sangat mengharapkan duit yang didermakan sebanyak 2 juta sterling pound digunakan dengan tujuan baik. Bila anda menerima email ini, sila hubungi dan memberi informasi anda kepada penguam saya untuk arahan selanjutnya.



Bila dibaca lagi email ini, harta yang dinyatakan mesti berjuta - juta pound sterling, bukan sikit hartanya yang ingin diberi. Kalau diikutkan perasaan tamak dan haloba mesti kita akan ditipu. Bila perasaan menguasai akal, manusia tidak dapat berfikir secara rasional lagi.

Mungkin dalam banyak - banyak email yang dihantar, akan ada yang menjadi mangsa, macam yang saya katakan tadi, apa yang ingin diberi oleh si pengirim email memang lumayan. Bagaimana pun satu yang perlu kita ingat dan pegang, rezeki datang dari Allah dan rezeki tidak dalam bergolek. Tanpa usaha, duduk diam saja tidak ada apa yang akan kita perolehi.

Semoga perkongsiaan ini dapat menjadi peringatan untuk kita semua, supaya tidak mudah tertipu dengan taktik sebegini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia