Showing posts with label jalan - jalan di selangor. Show all posts
Showing posts with label jalan - jalan di selangor. Show all posts

Monday, January 8, 2018

Jalan-jalan di Taman Botani Negara Shah Alam



TAHUKAH ANDA?

Pada awal penubuhannya pada tahun 1986 ianya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kemudian namanya ditukarkan kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam pada tahun 1991. Pada tahun 2007, namanya sekali lagi ditukarkan kepada Taman Botani Negara Shah Alam. 

Jadi sekiranya anda mendengar atau ada orang bertanya tentang Bukit Cerakah ke, Taman Botani Shah Alam ke atau Bukit Cahaya Seri Alam ianya adalah merujuk pada tempat yang sama.


CAJ TEMPAT LETAK KENDERAAN (Sekali Masuk)

Motosikal     RM 1.00
Kereta/ Van  RM 3.00
Bas / Lori     RM 5.00

BAYARAN MASUK

Dewasa (12 hingga 54 tahun) - RM 3.00

Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) - RM 1.00

Warga Emas ( 55 tahun ke atas)  - RM 1.00

Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim 
dan Orang Kelainan Upaya (OKU)  - Masuk Percuma

RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIM   

Dewasa (12 tahun dan ke atas )
RM 3.00 (MUSIM LAIN)
RM 5.00 (MUSIM SALJI)

Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)
RM 1.00 (MUSIM LAIN)
RM 3.00 (MUSIM SALJI)

Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)
Masuk Percuma

Tiket-tiket dijual di kaunter. Jadi dapatkan tiket anda sebelum masuk ya.

Ada 2 cara untuk anda mengelilingi tempat ini (yang sangat besar):

1 - Jika ingin beriadah anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau anda boleh sewa basikal

2 - Jika anda membawa warga tua (seperti ibu bapa) boleh ambil bas di perhentian yang disediakan selepas pintu masuk. Bas ini akan berhenti di setiap taman-taman yang ada di sini.



TARIKAN DI SINI

  • TAMAN HAIWAN - terdapat banyak haiwan yang dipamerkan di sini seperti burung, kucing, itik, kuda dan rusa. Sesuai untuk bawa anak-anak kecil bagi mengenali haiwan-haiwan ini.
  • RUMAH IKLIM 4 MUSIM - musim di sini akan berubah mengikut musim sebenar di negara-negara 4 musim di luar negara. Pada masa sekarang, musim salji sedang berlangsung sehingga akhir Feb '18. Jadi kalau anda ingin merasa kesejukkannya, sempat lagi pergi sekarang. 
  • TAMAN PADI - kalau anda atau keluarga anda  tidak pernah melihat sawah padi, jadi bolehlah melihat secara dekat di sini. Ada padi, ada pondok di tengah sawah. Cantik dan tenang sekali.
  • TAMAN BUAH-BUAHAN - terdapat pokok-pokok buah-buahan tropika seperti cempedak, durian, rambutan, langsat dan macam-macam lagi. Boleh dapat panduan tentang bagaimana untuk menanam pokok ini di kawasan rumah anda sendiri.
  • RUMAH IDAMAN / TRADISIONAL - rumah tradisional yang mewakili setiap negeri di Malaysia ada di sini. Anda boleh melihat secara lebih dekat seni rekaan unik rumah setiap negeri seperti Pahang, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perak dan Terengganu.

Jadi dengan bayaran masuk yang murah memang berbaloi-baloi untuk datang ke sini beriadah sambil meluangkan masa bersama keluarga.

Oh ya, untuk RUMAH ILKIM EMPAT MUSIM, anda akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil kerana bilangan yang terhad sahaja boleh masuk ke dalam pada satu-satu masa. Jadi apabila sampai sahaja di sini, pastikan anda pergi ke meja pendaftaran untuk mendapatkan nombor kumpulan untuk masuk ke dalam.


Ada rusa di rumah iklim empat musim. Sekarang musim salji

Ada aktiviti memanah untuk kanak-kanak dan orang dewasa

Burung di Taman Haiwan

Bergambar kenang-kenangan hadapan Taman Botani


Maklumat lanjut layari laman web TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM


Monday, December 7, 2015

Farm In The City

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsi satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga. Terutama untuk mereka yang ada anak - anak kecil yang sukakan binatang.


Hari ini saya telah mengunjungi "Farm In The City" di Seri Kembangan, Selangor. Lokasinya di belakang Giant Taman Equine. Mudah saja untuk ke sana, jadi kalau ada masa lapang bolehlah anda ke sana bersama keluarga.

Harga tiket untuk masuk seperti berikut:
Dewasa (MyKad) - RM32 (termasuk GST), harga tiket tanpa MyKad ialah RM48
Kanak-kanak umur bawah 12 tahun (MyKid) -RM25 (termasuk GST), harga tiket tanpa MyKid RM38. Untuk kanak - kanak yang tinggi kurang daripada 90cm, boleh masuk secara percuma.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah:
1) Memberi makan kepada kura-kura dan makanan disediakan.


2) Memberi makan burung - burung di dalam sangkar besar. Makanan juga disediakan.


3) Menangkap ikan longkang


4) Bergambar bersama burung kakak tua


5) Menunggang kuda, bayaran sebanyak RM7 dikenakan dan tiket boleh di beli semasa di kaunter tiket




Antara spesis kanggaro ke-2 terkecil di dunia.

Burung merak sedang mempamerkan kecantikan bulu ekornya



Nama Ular ini ialah : Albino Red Tail Boa

Tempat ini menarik untuk dikunjungi bersama keluarga, sambil bersantai bolehlah melihat gelagat haiwan - haiwan yang ada di sini. Kalau berkesempatan, bolehlah anda bawa keluarga ke sini. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia