Monday, December 7, 2015

Farm In The City

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak kongsi satu lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga. Terutama untuk mereka yang ada anak - anak kecil yang sukakan binatang.


Hari ini saya telah mengunjungi "Farm In The City" di Seri Kembangan, Selangor. Lokasinya di belakang Giant Taman Equine. Mudah saja untuk ke sana, jadi kalau ada masa lapang bolehlah anda ke sana bersama keluarga.

Harga tiket untuk masuk seperti berikut:
Dewasa (MyKad) - RM32 (termasuk GST), harga tiket tanpa MyKad ialah RM48
Kanak-kanak umur bawah 12 tahun (MyKid) -RM25 (termasuk GST), harga tiket tanpa MyKid RM38. Untuk kanak - kanak yang tinggi kurang daripada 90cm, boleh masuk secara percuma.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah:
1) Memberi makan kepada kura-kura dan makanan disediakan.


2) Memberi makan burung - burung di dalam sangkar besar. Makanan juga disediakan.


3) Menangkap ikan longkang


4) Bergambar bersama burung kakak tua


5) Menunggang kuda, bayaran sebanyak RM7 dikenakan dan tiket boleh di beli semasa di kaunter tiket




Antara spesis kanggaro ke-2 terkecil di dunia.

Burung merak sedang mempamerkan kecantikan bulu ekornya



Nama Ular ini ialah : Albino Red Tail Boa

Tempat ini menarik untuk dikunjungi bersama keluarga, sambil bersantai bolehlah melihat gelagat haiwan - haiwan yang ada di sini. Kalau berkesempatan, bolehlah anda bawa keluarga ke sini. 


Comments (6)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Sempena cuti sekolah boleh bawa anak-anal ke sini untuk mengenal haiwan liar.
My recent post asing sampah dahulu baru buang.
1 reply · active 486 weeks ago
musim cuti sekolah memang sesuai bawa anak2 ke sini
memang best tempat ni, pernah bawak anak2 ke sana
My recent post Kulit Tegang dan Anjal Dengan Protein Soya
1 reply · active 485 weeks ago
betul tu, ramai ibu bapa yang bawa anak2 mereka ke sini
Mawar Melati's avatar

Mawar Melati · 485 weeks ago

Boleh laa pergi ni..dekat sangat ngan putrajaya
wahh..nice sharing dear :)

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia