Showing posts with label hidup saya. Show all posts
Showing posts with label hidup saya. Show all posts

Wednesday, April 9, 2014

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Saya tidak tahu kenapa, pagi ini terasa sayu dihati, teringatkan arwah kakak saya yang telah pergi dijemput Allah sudah lebih 2 bulan. Tanggal 28 Januari 2014, dia menghembuskan nafanya yang terakhir. Tidak disangka dia akan pergi dahulu meninggalkan kami semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman.

Ajal, maut semua ditentukan oleh Allah S.W.T, tidak kira usia, tempat, masa. Sekiranya sudah sampai ajal, kita tetap akan dijemput, tidak ada apa yang dapat menghalangnya. Semoga kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.


Rabbani: Pergi Tak Kembali

Setiap insan, pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana, akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas didada
Lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal
pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama
Nasib di sana
Baikkan atau sebaliknya

Amalan dan taqwa
Jadi bekalan
Sejahtera bahgia
Pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit
Seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf
Tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah
Segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiirng doa dan airmata
Yang pergi takkan kembali lagi

Sunday, March 3, 2013

Hari Ahad, hari berehat.

Salam semua,

Macam - macam perkara yang telah berlaku dalam hidup saya sepanjang minggu ini. Penat dan lelah masih terasa, jadi hari ini hari ahad, hari berehat untuk saya. Macam mana pun tidak lah rehat 100%, masih ada kerja - kerja yang perlu diselesaikan seperti kain perlu dicuci dan dijemur, buku perlu dibalut dan semua dilakukan sambil menonton TV. 

Cuaca diluar pun kelihatan mendung, angin pun bertiup sepoi - sepoi bahasa, kalau ada goreng pisang pun sedap dimakan ni....hehehe. Tapi dirumah tidak ada pula pisang untuk digoreng, jadi saya goreng nudget saja. Boleh lah juga sebagai pengganti.

Cuaca yang mendung bertukar hujan yang lebat...bosan pulak rasanya, jadi layan movie Harry Potter. Tengok movie sambil makan nudget, minum air milo. Kain pun terpaksa keringkan pakai kipas, maklumlah dah hujan lebat kat luar, memang tak kering la kain di jemuran.

Apa aktiviti anda di hari ahad ni, mesti ramai yang menghabiskan masa bersama keluarga. Ceritalah sikit..kongsi - kongsi.


Friday, June 22, 2012

Batuk yang masih belum sembuh

Salam semua,

Nampaknya batuk masih sayang untuk meninggalkan diri saya. Seperti dalam iklan di TV, mungkin virus batuk dah buat rumah banglo dalam tekak saya ini. Sampai sekarang tak tahu dah berapa banyak ubat yang saya makan, tapi masih belum lagi betul - betul sembuh. Jadi sekarang dah berenti makan ubat klinik. Dah tidak rasa keberkesanannya. 

Cuba pula cara tradisional, mak saya suruh minum air panas yang di campur madu. Katanya dalam badan saya sejuk, sebab itu batuk tidak juga baik. Bila kita minum madu, dapat panaskan badan dari dalam. Memang ada kurang sikit, tapi tidak betul - betul sembuh lagi. Kawan pula beri petua, lagi bagus kalau madu itu dicampurkan dengan perahan air limau. Erm...belum cuba lagi yang ini. 

Batuk memang sangat memenatkan badan, perut pun sakit bila selalu batuk. Sejarah diri saya kalau batuk memang susah nak sembuh. Saya rasa salah satu sebab adalah bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin. Jadi virus terperap dalam pejabat, udara pun berpusing dalam ruangan yang sama. Memang susah nak sembuh kalau sakit.

Saya pun tidak tahu nak buat macam mana lagi, pantang makan sudah, nak minta MC lama - lama dari doktor memang tak dapatlah. Batuk saja, doktor tak akan bagi MC. Nasib baiklah kerja saya tidak banyak sangat memerlukan saya berinteraksi secara berdepan dengan orang. Selalunya melalui email atau telepon saja. Jadi masih boleh bertahan lagi. 

Anda ada petua yang boleh dikongsikan dengan saya? Mungkin saya boleh cuba untuk mengurangkan batuk saya ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia