Tuesday, April 10, 2012

Esok cuti umum, tapi saya tidak bercuti

Salam semua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas semua kata - kata semangat anda yang telah membantu saya untuk menyiapkan beberapa tugasan. Antara yang telah berjaya disiapkan Financial Management (tugasan 1 dan 2).  


Tugasan mingguan untuk satu lagi subject Business Ethic juga telah siap draf pertama dan telah di hantar kepada ketua kumpulan untuk semakan. Doakan tugasan tersebut diterima oleh ketua kumpulan saya.  

Bagaimanapun kegembiraan cuti umum esok tidak berpanjangan apabila pensyarah untuk subject Financial Management telah memberikan satu lagi tugasan untuk dibuat ketika cuti umum ini. Beliau telah menghantar email siang tadi kepada semua pelajar dan emailnya berbunyi begini :-

"Tomorrow public holiday is for the rest of the public, not for MBA UKM"

Jadi aktiviti esok sudah pasti melakukan pengiraan untuk membuat capital budgeting bagi syarikat yang telah diberikan. Esok adalah hari untuk mengira.


Mata memang sudah mengantuk sangat ini, jadi saya mahu tidur dahulu...selamat malam semua.

Comments (16)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Semoga draft kimmie diterima oleh ketua kumpulan..

Takpe Kimmie, chaiyok2, semoga lulus dengan kecemerlangan k :)
1 reply · active 676 weeks ago
ok..draf diterima :)
Seronok kalau kerja boleh dilakukan di rumah
Buat kerja sambil rehat
Hehe
My recent post Bulan Kesihatan Mulut
1 reply · active 676 weeks ago
betul juga tu
takpelah kimmie.. kerja pun kerjalah janjilah masyuk... hik3
My recent post Wordless Wednesday 40#
1 reply · active 676 weeks ago
kerja sekolah nur...bukan kerja pejabat :)
Pengorbanan perlu dilakukan untuk mendapatkan MBA.
My recent post Wordless Wednesday – #Apa yang penting kerjasama
1 reply · active 676 weeks ago
betul tu...ada pengorbanan yang perlu dilakukan
Setiap pengorbanan pasti ada ganjarannya kelak. Penat sekarang, mungkin rilex untuk akan datang.
1 reply · active 676 weeks ago
semoga pengorbanan ini berbaloi
Adat orang belajar.. Sebenarnya kesibukkan itu cuma sikit kalau nak dibandingkan di alam pekerjaan. Itu sebagai latihan tuh..
My recent post Apa Isu PTPTN Sebenarnya Ni?
1 reply · active 676 weeks ago
saya dah kerja...sambung belajar semula..jadi sekarang kesibukan kuasa 2 hehehehe
Nanti bila time exam.. lagilah.. .non stop kena study... :D
1 reply · active 676 weeks ago
ya...exam semakin hampir
semoga berjaya..insyaallah
1 reply · active 676 weeks ago
insya allah..berusaha pasti berjaya..tq.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia