Survey berbayar dari PaidViewPoint
Salam semua,
Satu lagi inesitif menarik daripada blog Denaihati yang sangat bertepatan dengan slogan blog ini iaitu "Hidup untuk memberi" . Segmen "5 blog paling kerap dilawati 2011" pernah dianjurkan oleh Denaihati sekitar bulan March 2011, masa tu aku kurang aktif berblog, jadi memang tak menyertainya. Sempena tahun 2011 yang hampir ke penghujungnya, Denaihati sekali lagi membuka segmen ini untuk semua blogger - blogger menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati.
Tujuan segmen ini dipetik dari blog Denaihati:
"Tujuan utama projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar dan MEMBERI PENGHARGAAN kepada BLOG paling kerap dilawati tanpa perlu memaksa rakan blogger mengundi. Bayangkan kalau ada lebih 1000 rakan blogger Malaysia dan Indonesia memilih 5 blog paling kerap dilawati pasti kita akan mengetahui blog mana yang menjadi kesukaan rakan blogger sepanjang 2011 secara semulajadi bukan secara paksa melalui undian atau klik LIKE Facebook."