Tuesday, December 13, 2011

Kenduri Akikah dan Cukur Jambul

Salam semua,

apa khabar...harap korang semua sihat. Aku masih lagi merasai kepenatan kerana baru saja balik dari kg pagi tadi. Aku bertolak selepas subuh dan terus menuju ke pejabat. Kepenatan menguruskan kenduri akikah ahad lepas pun masih belum hilang. Penat - penat pun tak kisah, alhamdullilah semua berjalan lancar, cuma cuaca saja mendung dan hujan renyai - renyai. Keseronokan bergotong - royong memang tak dapat dinafikan, masa ini lah kita berkumpul bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Meriah...sambil memasak...sambil berkongsi cerita, sedar tak sedar sampai pukul 2 pagi. Masa berkumpul tak terasa letihnya, bila dah masing - masing pulang ke rumah, masa tu la baru rasa penat dan letih. Bukan selalu dapat berkumpul macam ini.



Di kampung aku, amalan gotong royong masih lagi kekal, kalau nak buat kenduri kendara ni memang meriah, ramai orang - orang di kampung akan datang menolong. Kerja yang berat menjadi ringan bila kita bergotong - royong. Kalau di kampung aku, anak - anak tuan rumah biasanya akan jadi macam pengantara antara ketua tukang masak dengan ketua keluarga, maksudnya macam keluarga aku (Mak adalah ketua keluarga), jadi tiap kali ada apa-apa yang diperlukan oleh ketua tukang masak atau siapa - siapa yang berkaitan, mereka akan cari anak - anak ...tak perlulah cari ketua keluarga sebab biasanya ketua keluarga ni akan dicari sekiranya ada apa-apa yang perlu diubah dan memerlukan persetujuan (kira macam nak minta approval baru cari ketua keluarga). Kalau setakat nak tahu mana periuk, mana pinggan, senduk dan perkara - perkara remeh, anak - anak boleh uruskan...hehehehe...perkara kecil je tu.

Kenduri Akikah dilangsungkan untuk 2 orang bayi comel (seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan). Bayi lelaki merupakan anak sedara aku yang baru lahir pada 10/11/2011 manakala bayi perempuan merupakan anak kepada sepupu aku. Sebelum majlis cukur jambul berlangsung, acara dimulakan dengan tahlil kesyukuran dan juga marhaban. Setelah selesai, para tetamu dijemput untuk menjamu selera, menu pada hari itu ialah daging masak kicap, kari daging, ayam goreng, sambal belacan, sayur nangka masak lemak, acar timun, sambal perut, bubur lior dan ulam - ulaman. (Tak sempat nak ambil gambar menu - menu, sebab sibuk sangat menguruskan majlis).

Ahmad Nafis
Lama sangat tunggu...tidur dulu la.
Majlis Marhaban
Ahmad Nafis dipotong jambulnya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia