Thursday, December 22, 2011

Aplikasi Mesej Keselamatan khas untuk wanita

Salam semua,

Pagi ni aku telah terbaca satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Sebuah pertubuhan di  India,  Whypoll telah mencipta satu aplikasi untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Pengguna dapat menghantar satu pesanan kecemasan SOS dengan hanya menekan satu butang di telepon bimbit mereka. Aplikasi yang dinamakan 'Fight Back' ini dapat menghantar pesanan SMS, emel dan Facebook kepada penerima.


Kredit : Kosmo




Aplikasi ini dilengkapi dengan sistem pengesanan global (GPS) untuk mengenalpasti lokasi penghantar dan seterusnya penerima dapat datang untuk memberikan bantuan.

New Delhi India merupakan salah satu bandar yang  tidak selamat. Kata pengasas Whypoll, Shweta Punj

"Saya membesar di sini dan ia sebuah bandar raya yang tidak selamat. Keadaan di sini menjadi semakin teruk. Sebagai wanita, anda berasa tidak selamat apabila berada di jalanan"

Mengikut statistik tahun lepas, sebanyak 489 aduan kes rogol dilaporkan yang mana meningkat daripada 459 kes pada tahun 2009.

Artikel penuh sila rujuk kosmo online.

Kredit: Kosmo Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia