Saturday, December 31, 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011




Survey berbayar dari PaidViewPoint

Salam semua,

Satu lagi inesitif menarik daripada blog Denaihati  yang sangat bertepatan dengan slogan blog ini iaitu "Hidup untuk memberi" . Segmen "5 blog paling kerap dilawati 2011" pernah dianjurkan oleh Denaihati sekitar bulan March 2011, masa tu aku kurang aktif berblog, jadi memang tak menyertainya. Sempena tahun 2011 yang hampir ke penghujungnya, Denaihati sekali lagi membuka segmen ini untuk semua blogger - blogger menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati. 

Tujuan segmen ini dipetik dari blog Denaihati:

"Tujuan utama projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar dan MEMBERI PENGHARGAAN kepada BLOG paling kerap dilawati tanpa perlu memaksa rakan blogger mengundi. Bayangkan kalau ada lebih 1000 rakan blogger Malaysia dan Indonesia memilih 5 blog paling kerap dilawati pasti kita akan mengetahui blog mana yang menjadi kesukaan rakan blogger sepanjang 2011 secara semulajadi bukan secara paksa melalui undian atau klik LIKE Facebook."

Sebenarnya sejak aktif berblog dalam bulan Oktober 2011, banyak juga blog yang rajin saya lawati, memang lebih dari 5. Di bawah, saya senaraikan 5 yang paling kerap dilawati:

1) Denaihati.com - ini blog yang mula - mula menarik minat saya untuk aktif secara serius dalam dunia blog. Serius tak ingat macam mana boleh jumpa blog ni, tp dari blog denaihati saya mula mendapat inspirasi dan dapat maklumat macam mana nak berkawan dengan blogger - blogger lain

2) Conteng - conteng - dapat tahu blog ni dari kawan - kawan. Tertarik dengan cara entri dipersembahkan melalui contengan oleh pemilik blog. Entri berkisar tentang kisah zaman kanak - kanak yang begitu sinomin dengan saya.

                              Dalam tidur termimpi - mimpi Iphone4s...wajib klik sini

3) Puanbee.com - blog ini saya suka lawati sebab puanbee rajin update entri baru, suka berkongsi tentang masakan, kadang - kadang kalau masa tu perut lapar, memang mendugalah tengok gambar makanan yang dipamerkan.

4) Budaknakal  - blog ini banyak info - info terlaris bak kata tuan punya blog. Rajin update entri baru, dan design pun cantik. Inilah kelebihan blog yang owner seorang designer.

5) Blackrosehunter - tertarik dengan blog ni sebab namanya, teringat kepada satu kumpulan yang popular dulu - dulu, Blackrose. Rajin berkongsi informasi tentang kesihatan yang kadang - kadang tidak kita sedari. Memang boleh dapat banyak info di blog ini.


Kelima - lima blog diatas antara blog - blog terawal yang saya jumpa. Sehingga sekarang sudah ada hampir 50 blog yang agak rajin saya kunjungi sekiranya terdapat entri baru daripada mereka. Antara blog - blog tersebut ialah:


Kalau hendak disenaraikan, memang banyak. Anda boleh rujuk senarai di list "blog yang saya follow". Senarai ini yang pasti akan bertambah dan terus bertambah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia