Saturday, December 31, 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011




Survey berbayar dari PaidViewPoint

Salam semua,

Satu lagi inesitif menarik daripada blog Denaihati  yang sangat bertepatan dengan slogan blog ini iaitu "Hidup untuk memberi" . Segmen "5 blog paling kerap dilawati 2011" pernah dianjurkan oleh Denaihati sekitar bulan March 2011, masa tu aku kurang aktif berblog, jadi memang tak menyertainya. Sempena tahun 2011 yang hampir ke penghujungnya, Denaihati sekali lagi membuka segmen ini untuk semua blogger - blogger menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati. 

Tujuan segmen ini dipetik dari blog Denaihati:

"Tujuan utama projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar dan MEMBERI PENGHARGAAN kepada BLOG paling kerap dilawati tanpa perlu memaksa rakan blogger mengundi. Bayangkan kalau ada lebih 1000 rakan blogger Malaysia dan Indonesia memilih 5 blog paling kerap dilawati pasti kita akan mengetahui blog mana yang menjadi kesukaan rakan blogger sepanjang 2011 secara semulajadi bukan secara paksa melalui undian atau klik LIKE Facebook."

Friday, December 30, 2011

Salah ke jawapan saya?

Salam semua,

Hari ini ingin berkongsi satu cerita yang baru sahaja terjadi kepadaku petang tadi. Alkisahnya, petang tadi selepas habis waktu bekerja, saya bergegas ke Kelana Jaya untuk pergi ke Maybank. Bukan apa, untuk membuat bayaran pinjaman kereta yang perlu dibayar sebelum 1 hari bulan. Setelah selesai dengan urusan pembayaran, maka perutku berasa lapar, maklumlah waktu itu sudah hampir pukul 7 malam. 


Jadi sebelum pulang ke rumah, saya bercadang untuk membungkus apa - apa makanan yang menarik yang ada di sekitar itu. Pilihan yang ada, agak banyak seperti McDonalds, Restoran Mamak, JM Beriani House, Subway dan beberapa lagi restoran lain. Hati tertarik untuk pergi ke Subway, erm...menarik juga kalau bungkus sub of the day "Chicken Slice" hanya pada harga RM7.50. Ok, keputusan diambil dan terus berjalan menuju destinasi.

Agak bernasib baik kerana tidak ramai pelanggan di waktu yang dah hampir maghrib ini. Terus meminta pesanan dan sampai di kaunter bayaran, saya pun mengeluarkan not RM10. Tiba - tiba cashier itu berkata " tak de duit kecil ke kak? ". Saya pun membelek duit dalam dompet dan berkata " takde lah". Cashier berkata lagi "duit seringgit seringgit ke? ada?", saya menjawab "Ada, tapi tak cukup". Cashier tersebut telah menggelakkan saya. Saya cuma senyum saja. Dalam hati terfikir "salah ke jawapan aku bagi??"

Anda semua rasa, salah ke jawapan yang saya bagi?

Subway Chicken slice ni dah selamat masuk dalam perut saya...
sedap...nyum...nyum


Thursday, December 29, 2011

Teka - teki ...dimanakah si katak bersembunyi??


Salam semua,

Hari ini nak berkongsi satu aktiviti menguji ketajaman mata anda, cuba cari di mana katak bersembunyi???. 





Jawapannya:



Inilah katak yang terer menyorok tu....hehehehhe

Wednesday, December 28, 2011

Segmen Rerama berterbangan di blog Kak Yong - Jom Berkenalan



Nak menang Ipad2 dengan KLMU

Salam semua,

Satu lagi segmen menarik untuk disertai. Apa lagi sebagai blogger baru, aku tidak melengahkan masa untuk menyertai segmen ini. Walaupun sebenarnya dah agak terlambat jugak, tarikh tutup pada 31/12/2011. Segmen ini dibawa khas oleh Kak Yong dan tajuk segmen ini ialah "Segmen Rerama berterbangan di blog Kak Yong"

Segmen ini bertujuan untuk berkenalan sesama blogger. Oleh itu, disini saya nak ceritakan 5 fakta menarik tentang saya...(saya harap menarik la fakta ni...hehehehe):-

1) Saya merupakan seorang pelajar  semester pertama MBA di UKM, dulu pun ambil degree
    dalam bidang IT di UKM juga.
2) Umur pada tahun 2011 ialah 28 tahun.
3) Seorang yang pendiam,  lagi suka menulis.
4) Kalau saya marah pun saya diam je.
5) Saya ada 5 orang abang, 2 orang kakak dan seorang adik. 

Jadi selamat berkenalan blogger - blogger semua. 

*syarat - syarat penyertaan boleh lihat di sini

Wordless Wednesday 10 - Smart Towel


Tuesday, December 27, 2011

Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com

Pencarian Blogger Aktif
Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
25/12/2011 hingga 31/12/2011

Salam semua,

Aku menyertai satu lagi segmen menarik daripada Mialiana.com "Pencarian Blogger Aktif" setelah bercuti hampir 3 hari. Bukan apa, line internet di kampung agak mengecewakan, jadi terpaksalah aku menguburkan niat untuk menaip entri baru. Pada pendapat aku, segmen sebegini bagus untuk mengeratkan lagi hubungan sesama blogger. Oleh itu, marilah kita beramai - ramai memeriahkan program ini. Syarat - syarat penyertaan sangat mudah, untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Friday, December 23, 2011

Nak cepat tapi mereka yang lambat

Salam semua,

Dalam entri ini, ingin dikongsikan rasa yang  kalau lagi dipendam mungkin akan meletup dan mengeluarkan lahar yang sangat panas. Ini adalah kisah manusia biasa yang  tidak lepas daripada membuat kesilapan. Rasa marah, geram, sakit hati semua bercampur baur. Hendak dimarah, mereka lagi tinggi pangkatnya , lagi besar pengaruhnya. Entah bagaimana lagi perlu dilakukan supaya mereka faham.

                                                            berjalan untuk kesihatan

Taman Tamadun Islam

Salam semua,

Hari ini aku nak berkongsi lagi gambar - gambar sekitar Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Gambar - gambar ini diambil masa aku ke rumah abangku di terengganu pada tahun 2008. Dah lama gambar ini tersimpan dalam laptop aku. Dulu tak aktif sangat berblog, jadi sekarang bila dah aktif sikit, rasa nak kongsi gambar - gambar ni. Mungkin ada yang berminat nak berkunjung ke sana.

Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man Terengganu

Thursday, December 22, 2011

Aplikasi Mesej Keselamatan khas untuk wanita

Salam semua,

Pagi ni aku telah terbaca satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Sebuah pertubuhan di  India,  Whypoll telah mencipta satu aplikasi untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan. Pengguna dapat menghantar satu pesanan kecemasan SOS dengan hanya menekan satu butang di telepon bimbit mereka. Aplikasi yang dinamakan 'Fight Back' ini dapat menghantar pesanan SMS, emel dan Facebook kepada penerima.


Kredit : Kosmo

Wednesday, December 21, 2011

Contest & Giveaway Ibu Sihat Anak Riang





Salam semua,

Apa khabar anda semua, harap semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Hari ini aku menyertai satu lagi giveaway yang bertajuk "Ibu Sihat Anak Riang". Mula - mula aku ingat giveaway ni untuk blogger - blogger yang sudah bergelar ibu, rupanya orang bujang pun boleh sertainya. Jadi tanpa melengahkan masa, aku terus menaip entri untuk giveaway ini. Sangat gembira kerana boleh menyertai satu lagi giveaway dari blog kakyong

Wordless Wednesday 9 - Sila merokok ditempat yang disediakan


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday, December 20, 2011

Musim Perayaan dan Harga Barang

Salam semua,


Musim perayaan tiba lagi, seperti tahun - tahun sebelumnya, isu yang menjadi keutamaan apabila tiba musim perayaan ialah harga barang keperluan. Dua perkara yang sinomim dan sangat mendapat perhatian daripada pengguna - pengguna di Malaysia. Pada musim ini, KPDNKK perlu bekerja keras untuk memastikan semua peniaga mematuhi dan mengikuti penetapan harga yang telah ditetapkan oleh kementerian. Sempena sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang, KPDNKK telah menetapkan 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga. Kawalan harga ini ditetapkan selama 5 hari bermula 25 - 27 Disember 2011. (rujuk kosmo online untuk artikel penuh)

                  Lagu Hangat dari Hot Chelle Rae - I Like It Like That!

Kita sebagai pengguna perlu tahu akan senarai barang yang telah ditetapkan sebagai barang kawalan dan apakah harga maksimum untuk barang tersebut. Maklumat ini penting supaya kita tidak ditipu oleh peniaga - peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barang sempena musim perayaan ini. Sekiranya kita berdepan dengan peniaga - peniaga yang cuba mengambil kesempatan, sila laporkan kepada KPDNKK.
(Aduan kenaikan harga barang)

Sebagai pengguna bijak, kita perlu mengetahui hak sebagai pengguna. Gunakan kuasa pengguna untuk mengurangkan kuasa monopoli peniaga.


Sedikit maklumat yang mungkin berguna untuk dikongsi "jenis - jenis tuntuan yang boleh dilakukan"

Kalau anda rajin boleh menyertai Kajian Impak Kempen Beli Barangan Malaysia, saya dah memberikan maklum balas saya, semoga maklumat yang kita berikan dapat membantu meningkatkan lagi impak kempen ini.


Giveaway from Korea & Sydney

klik pada gambar untuk maklumat lanjut

Salam semua,

Aku menyertai GiveAway lagi!!! Seronok rasanya dapat menyertai GA ni. Kali ini aku menyertai GA yang diadakan di blog syazanazura. Aku jumpa GA di ruang forum syoknyerblogging. Untuk menyertai GA ini sangat senang, hanya perlu buat satu entri berkaitan GA ini. 

Pemilik blog telah berjalan - jalan ke Korea dan Sdyney dan disebabkan itu telah bermurah hati nak bagi hadiah kepada blogger bertuah yang menyertai GA ni. Mari lah ramai - ramai menyertai GA ni, memeriahkan lagi ...mana tahu kalau bertuah boleh dapat hadiah daripada Korea atau Sdyney kan. 

Akhir kata, aku doakan pemilik blog Syazanazura berjaya dalam SPM yang baru ditempuhinya. Semoga anda mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Insya Allah setelah berusaha gigih, kejayaan pasti milik anda.


Monday, December 19, 2011

SEGMEN BLOGWALKING 1 : 'JOM KE KEDAI'

Salam semua,

Hari ni aku menyertai lagi satu segmen blogwalking. Memeriahkan lagi acara ni. Jom sertai ramai - ramai.

Nak sertai klik sini

Sunday, December 18, 2011

Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com

Salam semua,


Ini ada lagi satu give away yang menarik daripada Eyriqazz.com, telah bermurah hati untuk memberikan Novel Ombak Rindu cetakkan terbaru kepada pemenang bertuah yang menyertai give away ni.






Untuk menyertainya sangat mudah, sila lihat syarat - syaratnya di sini. Apa lagi kawan - kawan mari menyertainya...terutama kepada peminat - peminat dan pembaca - pembaca novel. Dengar cerita novel cetakkan terbaru ini amat laris dipasaran ...macam goreng pisang panas :).


Entri kegemaran saya di Eyriqazz.Com adalah Jangan tabur racun dalam rezeki sendiri (klik sini) kerana satu entri yang sangat memberi kesan hanya dengan sebaris ayat yang jelas maksudnya.

Jalan - jalan di Zoo Negara

Salam semua,

Aku nak berkongsi gambar masa aku berjalan - jalan di Zoo Negara. Dah lama pergi, masa cuti sekolah bulan 6 hari tu. Tak sempat nak berkongsi gambar - gambar ni semua.

Peta - Zoo Negara

Saturday, December 17, 2011

Apa yang aku buat

Salam semua,

Seperti biasa, setiap hari sabtu aku akan kelas untuk menyambung pengajian. Untuk semester ini aku mengambil 3 subjek. Setiap subjek aku akan mengikuti kelas selama 3 jam. Kelas aku bermula seawal 9.00 pagi, masih segar dan bersemangat. Kelas pertama berkisar tentang kepimpinan, pensyarah aku seorang yang mempunyai banyak pengalaman kerja. Jadi kelas ini agak menarik kerana beliau sering berkongsi pengalamannya sebagai seorang ketua di beberapa syarikat di Malaysia. Penceritaannya memang memberi kesan, sampai ada masanya aku terpikir nak pergi minta kerja dekat syarikat yang dia pernah kerja dulu.. :).

Friday, December 16, 2011

#2 Lagu minggu ini - Penerang Hati 6ixth Sense feat Saujana



Salam semua, 
Sangat suka dengan lagu ini, pertama kali dengar terus melekat. Sebenarnya lagu ni dah lama keluar di radio, tapi aku tak pasti kenapa sebelum ni aku tak dengar lagu ni (sama ada dengar tapi tak perasan kot). Jadi minggu ni aku berkongsi lirik (yang aku salin masa aku dengar lagu ni berulang - ulang kali, mungkin ada silap dimana - mana minta maaf ye)


satu kisah untuk dikongsi bersama

Salam semua,

Semoga anda semua sihat dan bersemangat di hari Jumaat yang indah ini. Hari ini aku nak berkongsi dengan anda, tentang satu peristiwa yang agak menarik berkaitan dengan merajuk. Pagi tadi aku dengar di radio, sebuah artikel di surat khabar menyatakan bahawa sikap merajuk ini sesuatu yang positif. Aku cuba mencari artikel tersebut, tapi tak jumpa pula. Di radio tadi tidak ada pula di sebut artikel dari suratkhabar mana, jadi aku telah menggunakan google search masih tidak dapat cari artikel tersebut.Sayang tak dapat nak kongsikan artikel tersebut dengan anda semua.

Thursday, December 15, 2011

Apa pendapat anda tentang drama di TV??

Salam semua,

Hari ini aku nak bertanya pada korang semua, apa pendapat korang tentang drama - drama yang ditanyakan di TV sekarang . Topik santai - santai je hari ni. Aku boleh dikategorikan seorang yang suka menonton tv. Semua jenis cerita aku tengok, drama melayu, korea, taiwan, kantonis, sinetron semua aku layan la. Apa faktor - faktor yang mendorong korang semua untuk mengikuti sesebuah drama itu, pelakon ke? jalan cerita ke? jenis drama ke seperti drama komedi, drama cinta atau kekeluargaan?.

cubaan...


cubaan publish entri baru dari phone...cuba lihat hasilnya.

Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday 8 - Key Chain

Tuesday, December 13, 2011

Kenduri Akikah dan Cukur Jambul

Salam semua,

apa khabar...harap korang semua sihat. Aku masih lagi merasai kepenatan kerana baru saja balik dari kg pagi tadi. Aku bertolak selepas subuh dan terus menuju ke pejabat. Kepenatan menguruskan kenduri akikah ahad lepas pun masih belum hilang. Penat - penat pun tak kisah, alhamdullilah semua berjalan lancar, cuma cuaca saja mendung dan hujan renyai - renyai. Keseronokan bergotong - royong memang tak dapat dinafikan, masa ini lah kita berkumpul bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Meriah...sambil memasak...sambil berkongsi cerita, sedar tak sedar sampai pukul 2 pagi. Masa berkumpul tak terasa letihnya, bila dah masing - masing pulang ke rumah, masa tu la baru rasa penat dan letih. Bukan selalu dapat berkumpul macam ini.

Friday, December 9, 2011

#1 Lagu minggu ini - Padamu ku bersujud - Afgan

Salam semua,

Tak dapat nak dinyatakan dengan jelas mengapa lagu ini asyik bermain - main di minda aku. Mari sama - sama hayati lirik lagu ini "Afgan - Padamu ku bersujud"


ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

* esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Chorus:
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang selalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan kurnia-Mu
dalam sunyi aku bersujud


Kredit: http://liriklaguindonesia.net/afgan-padamu-kubersujud.html

Thursday, December 8, 2011

Minggu yang mencabar untuk aku.

Salam semua,

Bagaimana anda semua melalui minggu ini? Aku melalui minggu ini dengan berbagai - bagai perkara yang tidak dijangka. Ada yang baik dan ada yang kurang baik (aku lebih suka gelarkannya sebagai cabaran). Cuaca minggu ini seperti mengerti apa perasan yang aku rasai. Ada masanya panas, ada masanya mendung dan ada kalanya hujan lebat. Kalau diikutkan, hidup kita memang ada pasang surutnya, tidak akan gembira setiap masa, pasti ada kesukaran yang perlu kita tempuh. Cuba bayangkan, kalau setiap detik dan ketika, kita hanya merasai kegembiraan, pasti sampai suatu masa kita sudah tidak mengenal apa itu perasaan gembira dan suka.

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday 7 - Buku

Kesukaran kalau tidak ada asas

Salam semua

Hari dah menginjak ke tarikh baru 7/12/2011, tapi aku masih belum tidur disebabkan kesukaran yang aku alami untuk memahami satu artikel berkaitan dengan Management Accounting. Aku memang tidak ada asas dalam bidang akaun, juga tidak ada asas dalam bidang ekonomi, tapi sekarang aku sedang belajar sesuatu berkaitan kedua-duanya.

Artikel yang aku baca ni bertajuk "How Cost Accounting Distorts Product Costs" oleh Robin Cooper and Robert S.Kaplan. Secara asasnya apa yang aku faham, artikel ini membincangkan bagaimana sesebuah syarikat itu boleh mengalami kerugian atau keuntungan disebabkan pengiraan kos produk. Sekiranya pengiraan kos produk tepat atau hampir tepat, syarikat boleh menjana keuntungan yang lebih baik, juga boleh menyediakan strategi pemasaran yang berkesan. Kos sesuatu produk bergantung kepada pelbagai faktor antaranya kos bahan mentah, kos tenaga kerja dan overhead cost.

Tuesday, December 6, 2011

Novel Contengan Jalanan - Hlovate

Salam semua,

Minggu lepas aku telah membeli sebuah novel baru karya Hlovate bertajuk 'Contengan Jalanan'.


Contengan Jalanan - K2


Sunday, December 4, 2011

Jom sertai bloglist setahun dari Anastasyea

Salam semua,

Kali ini aku cuba menyertai satu lagi program menarik daripada Anastasyea iaitu bloglist setahun dari Anastasyea.

Apa salahnya mencuba sesuatu yang begitu mudah...lagi pun aku rasa ini peluang keemasan ...kepada blogger - blogger yang berminat boleh lah menyertai dan memeriahkan lagi program ini.



Saturday, December 3, 2011

penanda buku dari contengconteng

Salam semua,


Aku dengan gembiranya telah menerima penanda buku 'kucing the cat' dari contengconteng. Pemberian ini semperna tanda penghargaan dari contengconteng kerana menyertai pertandingan 10 000 interpertasi (entri aku bertajuk 10 000 satu makna). Walau pun tidak dapat menang hadiah utama iaitu berupa poster lukisan tangan dari contengconteng , tapi tidak mengapa dapat penanda buku ini pun dah rasa beruntung. Selain dari itu, turut disertakan, 3 keping nota berpelekat. Jom tengok gambar 'kucing the cat' yang comel kat bawah:-








Terima kasih lagi sekali dari aku kepada contengconteng. Lepas ini buatlah lagi peraduan yang menarik - menarik. Aku mesti menyertainya.

Thursday, December 1, 2011

Jalan - jalan di JB

Salam semua,


Cuti umum semperna Awal Muharam, ramai yang mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga. Aku juga tidak melepaskan peluang ini dan kami berkumpul di JB di rumah abang aku. Kebetulan kakak ipar aku baru bersalin anak yg ke -4. Jadi kami mengambil peluang untuk menziarah mereka sambil jalan - jalan di JB. Aku kongsikan gambar baby dan tempat - tempat yang sempat dilawati masa di JB. 


Jom tengok!!





Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday 6 - Ultra

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Salam semua,


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1433H untuk semua umat islam. Seperti yang kita semua sedia maklum, Muharam merupakan permulaan bulan bagi tahun islam. 1 Muharam sama seperti 1 Januari bagi kalendar masihi. Kalendar hijrah diambil semperna dengan peristiwa hijrah Rasullulah dari Makkah ke Madinah. Hijrah telah menjadi titik tolak perkembangan islam di seantero dunia. 


Marilah kita mengambil pelajaran dan pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah tersebut. Semoga kita semua akan dapat berhijrah kepada satu tahap yang lebih baik dalam hidup kita.


-- SALAM MAAL HIJRAH 1433 --

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday 5 - Menu

Monday, November 21, 2011

macaron yang enak...dari Yanmieonline.com

Salam semua,

Dah petang - petang ni perut terasa lapar...persoalan wajib muncul di kotak fikiran...."apa nak dimakan ni??" Erm...lagi pun suasana yang sejuk lebih menambah rasa lapar diperutku ini. Dalam blog Yanmieonline.com terpapar gambar Macaron...ah...dah terbayang keenakannya andai Maracon ini dapat masuk ke mulut....sedappppnyerrr...

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


Jom bantu beliau untuk menang gadjet impian...dah secara langsung kita dpt menikmati Macaron yg sedap ni

contest komen & menang di puanbee.com

 Salam Semua,



aku sebenarnya tengah menghitung masa untuk balik dari pejabat....dah tak larat nak wat keje. Kepala dah mengantuk, nak tidooo...jadi sambil - sambil aku menunggu tu, aku pun buat aktiviti biasa ...iaitu blog walking. Kebanyakan blog hari ni cerita pasal perlawanan bola Malaysia vs Indonesia malam nanti. Erm tak sabar jugak ni nak tengok...semangat berkobar - kobar dan dalam hati berdoa semoga Malaysia beroleh kejayaan. 


Tiba - tiba aku berhenti di satu blog yang lain dari yang lain...aik....tak de cerita pasal bola, tapi cerita pasal gadjet impian iaitu Samsung Galaxy SII. Blog it tak lain dan tak bukan ...bloggg.....puanbee.com. Oleh kerana impian yang begitu berkobar - kobar, puanbee dengan baik hati telah menganjurkan contest untuk mereka yang menyokong beliau untuk mencapai hasratnye. Caranya tak susah...klik kat link dibawah untuk maklumat lanjut.



"Saya sertai contest komen dan menang khas untuk support Puanbee.com dalam perjuangan merebut Gadjet Impiannya"





Saturday, November 19, 2011

jom beli buku murah - Big Bad Wolf Book

Salam semua,

Ni ada satu jualan buku murah-murah. Untuk pembaca - pembaca buku, boleh cari buku-buku menarik kat sini.

Friday, November 18, 2011

hati yang gembira

Salam semua,

apa khabar? harap korang semua sihat sejahtera. Aku sangat gembira sekarang sebab disebabkan beberapa perkara, antaranya aku akan dapat satu penanda buku buatan sendiri daripada contengconteng. Comel penanda buku ini dan aku dapat sebab aku salah seorang yang telah menyertai peraduan yang dianjurkan oleh blog contengconteng ni. Ingat tak entri aku yang bertajuk 10000 satu makna, walaupun tak menang hadiah utama, tapi tuan punya blog dan isterinya telah bermurah hati bagi penanda buku ni sebagai penghargaan untuk semua yang menyertai peraduan tu. Nak tengok macam mana rupanya sila klik sini (penanda buku).

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday 4

Tuesday, November 15, 2011

Paling ramai mengalami obesiti

Salam semua,

Paling ramai mengalami obesiti....tempat pertama di kalangan negara-negara Asia, bukan sesuatu yang membanggakan. Saya dengar tadi di radio pun dah terkejut, tidak sangka begitu teruk sekali tabiat pemakanan rakyat Malaysia.
Terus terpikir diri sendiri, macam mana tabiat pemakanan saya, sihat ke? Sebelum menunding jari ke arah orang lain, baik ditenung diri sendiri dulu, setiap kali makan ...mesti minum air manis...erm tabiat yg tidak sihat tu...kena berubah. Mengikut laporan dalam akhbar kosmo, kadar pengambilan gula seharian lebih dari yang di sarankan iaitu purata 51gram (yang disarankan 50gram).


Monday, November 14, 2011

Keajaiban Alam

Salam semua,


Aku telah baca satu laporan kat kosmo pasal tujuh keajaiban alam di dunia. Laporan ini berkaitan dengan satu yayasan New7Wonders yang telah buat satu undian untuk mendapatkan lokasi - lokasi baru yang akan diiktiraf sebagai 7 keajaiban alam sekitar di dunia. Antara tempat - tempat yang telah disenaraikan untuk undian ialah Pulau Jeju Korea, Komodo Indonesia, Hutan hujan Amazon Halong Bay di Vietnam dan beberapa tempat lain lagi. Semuanya ada 28 lokasi yang berjaya disenarikan sebagai finalist untuk diundi oleh seluruh dunia. Aku cuba mencari gambar - gambar tempat ni untuk melihat bagaimanakah keajaiban dan keindahan alam ciptaan Allah ini. Sayangnya tidak ada satu tempat pun dari Malaysia. 




Pulau Jeju...selalu tengok dalam drama korea....cantiknye tempat ni

Sunday, November 13, 2011

Pelajar Hujung Minggu

salam semua...

hari ni nak kongsi dengan korang berkaitan dengan buku - buku yang aku perlu baca dan dijadikan rujukan utk siapa-siapa yang ambik MBA. Setelah hampir 5 tahun meninggalkan dunia sebagai seorang pelajar, agak perit jugak untuk menyesuaikan diri semula dengan kuliah, assigment, kuiz dan macam - macam lagi yang dah lama aku tak buat. Ini semester pertama aku, jadi aku perlu bertekad sekiranya ingin menghabiskan MBA ini dengan jayanya. Bukan hanya semangat yang aku perlukan (kerana semangat boleh hilang...macam lagu XPDC tu..semangat yg hilang), aku perlu lebih tekun, perlu lebih tekad dan bermotivasi tinggi untuk meneruskan pelajaran ini. Semester ini aku ambil 3 subjek iaitu kepimpinan, pengurusan organisasi dan accounting for business decision making.

Friday, November 11, 2011

terkenangkan kisah lalu

erm...bila aku tenung-tenung dan renung-renung balik, macam mana boleh terciptanya blog ni adalah disebabkan kebosanan masa aku mula-mula bekerja kat tmpt baru ni. Aku masuk keje kat tmpt baru ni january thn ni. Masa tu yelah sebagai org baru, banyak benda yang aku tak tahu. Lagipun awal2 masuk keje, cuma kena baca manual, fahamkan flow keje kat situ. Orang yang pertama jadi kawan aku kat sini ialah hikariee. Kalau bosan atau tak tahu apa nak buat, aku akan kacau dia. Satu hari tu dia bagi cadangan kat aku, dia cakap " akak tulis la blog". Erm...menarik jugak idea tu, jadi dia ajar aku buat blog guna blogspot (yang sekarang ni lah). Masa tu aku gunakan blog untuk meluahkan apa yang aku rasa, sbb aku rasa ini salah satu medium yang boleh untuk meluahkan perasaan. Kalau pendam perasaan lama - lama boleh meletup macam gunung berapi. Kan bahaya tu..



Berita Harian Online | Penduduk Sungai Lembing kena siap sedia

Berita Harian Online | Penduduk Sungai Lembing kena siap sedia

Musim banjir tiba lagi. Sungai Lembing Kuantan ni mmg kawasan wajib banjir setiap tahun sbb kawasan ni mmg rendah. Kalau korang pernah pergi atau lalu kawasan ni, rumah-rumah kat sini di bawah tebing jalan (kiranya jalan raya lagi tinggi dari rumah). Kesian dengan penduduk-penduduk kawasan ni, yang akan menghadapi banjir tiap kali tiba musim tenkujuh. Macam mana agaknya perasaan org-org kat sini, apa persediaan mereka untuk mengadapi musim banjir.

Aku ada seorang kawan, orang kedah dan rumah dia pun dah 2 tahun berturut-turut dinaiki air. Daripada cerita dia, apa yang diorg lakukan kalau tiba musim tenkujuh ialah masukkan semua barang-barang dalam kotak plastik dan letak atas para. Kat rumah dia mmg ayah dia dah buat para tinggi-tinggi sebagai tempat untuk simpan barang-barang ni. Cuma perabot-perabot seperti sofa, katil, meja makan itu semua mmg tidak dapat diselamatkan la. Tiap kali hujan, diorg mesti berdebar-debar, yelah takut air naik. Bila air dah start naik, cepat je, tak tunggu dah, masa tu apa yang penting selamatkan nyawa dulu.



Aku sendiri tak pernah melalui pengalaman banjir ni, so aku cuma boleh bayangkan je. Korang pernah melalui ke pengalaman kena banjir?? Ce citer.



Thursday, November 10, 2011

berita baik vs berita tidak berapa baik

salam semua,

hari ni aku terima 2 berita iaitu berita baik (sebelah pagi) dan berita kurang baik (sebelah tengah hari).
Untuk berita baik tu - aku dapat seorang lagi anak buah, tahniah kat abang aku dan isterinya yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki pukul 3.40am. Jadi aku tidak sabar - sabar untuk melihat bayi yang baru dilahirkan ni. Harapnye minggu depan dapat turun ke JB untuk melawat mereka. Semoga kedua-duanya dalam keadaan sihat sejahtera.

Selepas balik dari makan tengah hari, baru je sebentar tadi, aku telah membaca satu email, iaitu big bos yang baru akan mula masuk kerje minggu depan. Itu tak pe lah lagi, yang tak berapa nak best tu .....beliau akan duduk dekat dengan tempat duduk aku...oh....tidah dapat digambarkan perasaan aku sebaik sahaja membaca email itu. Oh...tidak!!!!!!!!. Dengan ini, kebebasan yang dirasai selama ini mungkin akan lebih terbatas. Boleh kah aku menghadapi hari-hari akan datang ni. Hanya Allah yang tahu.Doakan aku terus tabah ye.


p/s: aku sebenarnya nak letak gambar, tapi tak de gambar yg sesuai untuk menggambarkan perasaan ini.

~~ Happy + A bit sad ~~

Saya Nak Samsung Galaxy S II Sebab..

                                 
Contest ini dianjurkan oleh Beta.my & ditaja oleh Mynewshub


Saya nak Samsung Galaxy S II sebab nak beli sendiri tak mampu, harganya sangat mahal, hanya mampu memandang dari jauh. Bak kata orang macam melihat bintang di langit, nak gapai tangan tak sampai.

Saya nak Samsung Galaxy S II sebab anak-anak sedara yang masih belajar pun dah guna smart phone, walaupun bukan Samsung Galaxy S II, tapi tetap smart phone. Bagaimana dengan saya yang dah bekerja, itulah bekerja tak menjamin seseorang itu mempunyai wang yang banyak.Sebab itu saya nak giveaway Samsung Galaxy S II ni.

Saya nak Samsung Galaxy S II sebab belajar dan bekerja dalam bidang IT, tapi pasal gadget-gadget ni tak up to date langsung. Bila keluar makan dengan kawan-kawan semua pakat keluar smart phone dan mula ber'tweet' dan ber'facebook'. Tinggallah saya keseorangan dalam kesunyian. Mungkin dengan adanye Samsung Galaxy S II saya tidak sunyi lagi.

Saya nak Samsung Galaxy S II sebab ianya percuma, ianya hadiah hanya dengan buat satu entry tentang kenapa saya nak samsung galaxy S II ni.


Aku mencuba dan ingin memeriahkan lagi contest anjuran beta.my dan mynewshub ni.


~~Hidup perlu terus berusaha~~


Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday 3


keindahan...dan kedamaian...

Salam Aidiladha

Salam kawan-kawan....lama aku tak menulis kat blog ni, maklumlah cuti utk sambut Hari Raya Aidiladha. Macam mana sambutan korang semua, meriah?? Aku macam biasa je, lagipun kat kampung sekarang musim hujan..jadi tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, selain daripada duduk diam-diam dalam rumah. Tahun ni tak banyak org buat korban kat kampung aku, walaupun begitu, aku tetap dapat makan daging korban. Kadang-kadang aku pun tak faham, apa istimewanya daging korban tu? Kalau nak ikutkan taraf hidup aku ni, bukanlah dikategorikan  org yg tak pernah makan daging, tapi tiap kali tiba masa kita menyambut hari raya korban, mesti ada perasaan teringin untuk makan daging korban tu. Pelik kan....kenapa ini terjadi pada aku? Aku tak tahu la kalau korang pun ada merasakan perasaan yang sama.

Tujuan asal korban ialah untuk mengajar diri kita supaya menghargai apa sahaja yang kita sayangi, dengan berkorban kita dapat menolong orang miskin yang dalam kesusahan. Setiap kali Hari Raya AidilAdha disambut, maka ramai lah orang-orang yang bermurah hati akan menyedekahkan lembu, kerbau atau kambing untuk dibuat korban, dan daging-daging ini diberikan kepada penduduk setempat. Masa ni mmg akan ada rasa...."aku dah tak nak makan daging lagi" sebab terlalu banyak daging korban yang kita dapat. Yelah dah orang bagi, takkan kita nak menolak pulak rezeki yang datang. Tapi kenapa hanya bila tiba Hari Raya AidilAdha sahaja ramai orang yg bermurah hati muncul???? Cuba fikir..

Pernah kah kita terfikir, apakah kita hanya mampu berkorban dari segi harta benda, bagaimana kalau suatu hari nanti, kita perlu berkorban lebih dari itu? Mampukah kita berkorban? Mampukah kita melakukan seperti mana Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail? Sebenarnya, sama ada perasan atau tidak, kita telah berkorban setiap hari, setiap masa, cuma sebanyak manakah kita berkorban, itu hanya diri kita sendiri yang boleh mengukurnya.


Semoga Hari Raya AidilAdha tahun ini lebih bermakna buat kita semua, bukan hanya sekadar sambutan dan tradisi semata-mata. Setiap apa yang kita lakukan, perlu diambil pengajaran dan peringatan untuk masa akan datang.


~~Selamat Hari Raya AidilAdha~~

Thursday, November 3, 2011

10 000 satu makna

contengconteng

Entri sempena 10 000 Interpretasi contest

bila tengok kepada gambar belon yg beribu-ribu lemon ni, aku terbayangkan keceriaan zaman kanak-kanak. Dulu susah nye nak dapatkan sebiji belon, tapi aku bukan nak cerita pasal belon, aku nak cerita pasal kegembiraan yang aku dapat masa kecik-kecik dulu. Masa kecik, aku rasa bila gembira, mmg betul-betul gembira, kalau sedih tu mmg serius ye sedih bukan olok2. Tak pandai berlakon-lakon ni. Apa yang mengembirakan masa kecik dulu ialah bila hari hujan. Nak tau kenapa bila hari hujan gembira, sebab boleh mandi hujan. Zaman dulu hujan ni asli lagi, takde pencemaran, so kalau mandi hujan pun tak takut demam atau selsema. Jadi bila hujan turun...perkara pertama yg dibuat ialah minta kebenaran ibu tersayang, bila ibu bagi je...terus melompat keluar tanpa berfikir panjang. Lps tu kena ada geng baru best main hujan, jadi geng aku ialah abang aku la. Sememangnye mempunyai idea kreatif setiap kali hujan turun. Hari tu kitaorg bercadang nak buat empangan (tinggi tak cita-cita kitaorg...hahahaha). Hujan semakin lebat, jadi kena bekerja kuat untuk menyiapkan empangan. Bila empangan siap je, kitaorg buat kapal kertas dan lepaskan kapal tu, nnt bila sampai kat empangan tu, kapal tu tersekat dan kena tunggu air melimpah baru la kapal tu lepas, jadi tengok kapal siapa yg melepasi empangan tu dulu. Tapi yang tragiknye...bila ayah aku balik, kitaorg kena marah sebab menyemakkan longkang dengan tanah, "nnt tersumbat la longkang tu", terus ayah aku ambik parang dan dicantasnye empangan kitaorg tu. Jadi terkulat-kulat la kitaorg, tanpa berani berkata apa-apa (ayah aku garang tu, dia jeling je tak berani nak kata apa-apa). 

Mungkin korang tertanya-tanya, dimana relevannye cite aku dengan gambar diatas, meh sini aku jelaskan:-

1) Belon yang berwarna-warni tu dan terbang ke awang-awangan - menggambarkan kegembiraan aku bila mak bagi kebenaran main hujan. 

2) Kucing dengan budak lelaki tu - mewakili aku dgn abang aku yg kamcing

3) Selipar yang terjatuh - ibarat kitaorg yg terkulat-kulat bila empangan tu dimusnahkan, tanpa boleh berkata apa apa, tengok je. Tidak dapat diselamatkan lagi.


Lebih kurang cam tu la aku mentafsirkan gambar tu ikut pada pandangan aku.

Ok, itu je la cerita aku di zaman kanak-kanak dulu, harap korang terhibur.

Wednesday, November 2, 2011

kisah sebiji kelapa di tengah laut

pernahkah korang terpikir, apa akan jadi kepada sebijik kelapa yang berada di tengah laut?? Bolehkan kelapa ini terus hidup? Ke manakah haluan kelapa ni? Mengikut saja ke mana di bawa oleh arus laut, tanpa haluan dan tujuan. Begitu juga akan terjadi kepada kita sekiranya hidup tanpa arah dan matlamat hidup. Setiap orang perlukan matlamat, baru ada usaha untuk mengejar matlamat yg telah ditetapkan. Jadi apakah matlamat hidup korang semua? Erm...nak jadi kaya raya @ nak jadi seorang yg dikenali @ Hidup bahagia selama-lamanye @ berpelajaran tinggi??


boleh kah kita dapat kesemuanya sekali gus? Aku pun tak mampu nak jawab, apa yang boleh aku katakan, aku gembira dengan kehidupan sekarang, cuma sebagai manusia, kita boleh terus berusaha selagi termampu, sekali tidak bertentangan dengan ajaran agama dan selagi tidak melupakan asal usul kita. Penting jugak supaya kita sambil berusaha untuk diri sendiri, juga tidak lokek membantu insan lain yang memerlukan.

~~Life is great~~

Wordless Wednesday 2

renung-renungkan...

Sunday, October 30, 2011

insurance untuk masa depan

hi semua, semalam aku teman member aku g jumpa agent insurance (merangkap kwn kitaorg jugak). So aku pun join sekali dgr dia bercerita pasal insurance ni. Kebanyakan org belum ada kesedaran untuk ambik insurance ni. Ramai org fikir, " aku sihat, buat apa nak ambik insurance". Mmg betul skrg kita sihat, tapi malang tak berbau, dan kita ni bukan ada kuasa nak tentukan apa yg terjadi pada masa depan kita. Aku rasa at least kita ada satu life insurance, sbb life insurance boleh katakan cover byk perkara, hospital, kemalangan, sakit-sakit kritikal. Untuk pengetahuan korang, insurance hanya boleh diambil masa kita sihat, bila kita dah sakit, satu syarikat insurance pun dah tak pandang. Life insurance ni untuk jangka masa panjang, bila sampai tempoh matang, kita akan perolehi duit (biasanya bila umor dah 60 ke 70 thn), sbb masa ni kita dah tak larat nak keje, (kalau umor panjang). Dengan insurance jugak, at least kalau la di takdirkan umor kita tak panjang, so kita tinggalkan family kita dgn sejumlah wang yg akan membantu mereka (kalau kita ada hutang yg belum habis dibayar, family boleh guna duit ni utk bayar semua hutang tu). Tidak lah kita membebankan mereka. Ini cuma pandangan aku, setiap orang ada pandangan mereka sendiri.


~~Peace Of Mind~~

Friday, October 28, 2011

gambar-gambar lucu untuk dikongsi bersama

1) Kenapa perlu ada smart car?


Perth perkenalkan siling emas gergasi


aku cuma nak share satu berita menarik yg aku baca di kosmo , aku tak tahu apa tujuan diorang buat syiling besar dan bernilai lebih RM171 juta....isk isk isk...siapa nak guna syiling ni nanti, mungkin sebagai hiasan. Siapa tahu kan...macam-macam org buat untuk jadikan sebagai record.

~~syiling terbesar di dunia~~

Thursday, October 27, 2011

Manusia semakin hilang pertimbangan

http://www.hmetro.com.my/articles/2011102701363520111027013635/Article

aku kelaparan, jadi aku tak boleh nak tido, kena cari sesuatu utk makan dulu. Sambil -sambil minum air neslo dgn makan biskut bantal, aku pun baca harian metro online. Tgk muka depan je dah seram sejuk, remaja umor 15 thn kena bunuh....apa yg terlintas difikiran aku masa tu ialah 'manusia skrg makin kejam, makin hilang pertimbangan'. Aku baca berita tu lebih lanjut untuk mengetahui apakan punca remaja itu dibunuh kejam, tapi aku rasa siasatan polis belum lagi menjumpai punca. Aku cuma mampu untuk merasa sedih dengan kejadian yg berlaku. Kalau tgk kepada keadaan sekarang, kes bunuh ni dah jadi macam perkara biasa, tiap2 hari klu baca suratkhabar atau tengok berita kat tv mesti ada. Itu kes-kes yang dilaporkan media je, kes-kes yg tidak dilaporkan, mana kita tahu. Jadi tak kira sesiapa pun, jaga diri anda ok, kalau boleh jaga tingkah laku, percakapan sebab ini semua boleh jadi punca. Kadang-kadang kita tak terfikir pun kerana salah cakap pun orang sanggup membunuh. Itulah manusia pada masa sekarang sudah kurang kewarasan fikiran mereka. Sama ada terlalu tertekan dengan keadaan hidup atau terlalu byk pengaruh yang tidak elok.


~~ Nyawa tiada ganti ~~

My Happiest Moment




Gambar ni aku ambil masa berjalan-jalan di iCity Shah Alam. Aku rasa ini antara 'my happiest moment' sebab dah lama aku tak berkumpul dgn kawan-kawan baik aku ni. Dulu kita org semua bekerja di pejabat yg sama, tapi hampir setahun masing-masing dah beralih arah bekerja di tempat lain. So agak susah untuk berjumpa, hanya berhubung melalui email atau facebook. So this is my happiest moment this year..:)

Giveaway dari Yanmieonline.com



hari ni aku nak buat entry untuk memberikan sedikit pandangan kepada blog Yanmieonline.com. Aku sebagai blogger amatur sebenarnye rasa segan sebab aku mmg kurang pengetahuan dlm dunia blog ni. Nak bagi pendapat pulak dekat blog otai...hehehhe malu rasanye. Harap pandangan aku diterima. Ini sempena giveaway yg dianjurkan oleh kak yan...puan empunya blog.

Aku rasa blog kak yan dah menarik, loading pun laju (faktor penting supaya pembaca tak tunggu lama), cuma bila aku mengodek-godek blog ni, aku rasa sedikit kesulitan utk mencari entry-entry popular atau entry-entry lama. So kalau kak yan boleh buat link atau ruang search ke utk mencari entry-entry yg terdahulu, aku rasa sgt membantu.

Tu je lah pandangan aku, harap diterima...peace :)



Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

KWSP - pengeluaran pendidikan

Aku nak berkongsi cara-cara untuk buat pengeluaran pendidikan KWSP. Minggu lepas aku buat permohonan pengeluaran pendidikan untuk bayar yuran. Perkara-perkara yg penting ialah seperti di bawah:-

1) Surat tawaran daripada IPTA (salinan asal dan photostat)
2) Kad pengenalan (salinan asal dan photostat - depan belakang)
3) Surat pengesahan pendaftaran daripada IPTA (asal)
4) Resit bayaran yuran (salinan asal dan photostat)
5) Transkrip (salinan asal dan photostat)
6) Borang pengeluaran boleh didapati daripada cawangan kwsp
7) Salinan buku bank (bank mana kita nak kwsp masukkan duit tu)


Semua salinan tidak perlu disahkan, akan disahkan oleh pegawai kwsp. Masa nak hantar borang, kita perlu pergi ke kaunter semak dokumen. Kat kaunter ni pengawai2 akan semak semua dokument, kalau semua ok, baru kita boleh ke kaunter seterusnye untuk hantar borang permohonan. Hari tu aku buat kejap je kalau semua dokumen lengkap. Tengok ramai orang atau tak, kalau tak ramai 1/2 jam dah boleh siap.

Untuk maklumat lebih lengkap korang boleh pegi ke website "maklumat lengkap".

Lagi satu maklumat tambahan, cawangan kwsp jugak ada yang buka pada sabtu pertama dan ketia setiap bulan. Untuk negeri selangor cawangan yang buka ialah ( Bangunan KWSP, Jalan Gasing), (KWSP Shah Alam).

Cawangan KWSP

Wednesday, October 26, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

Berita Harian Online | Penunggang motosikal kurang berhemah

Berita Harian Online | Penunggang motosikal kurang berhemah

Ni aku nak share dgn korang semua, aku rasa salah satu sebab kemalangan jalan raya kat malaysia ni yelah sebab sikap kita sendiri. Aku selalu ingatkan diri sendiri, pandu dgn hati-hati, bykkan bersabar ketika memandu dan jgn pentingkan diri sendiri. Kadang2 rasa nak marah jugak, bila kita tengah memandu, tiba-tiba ada kereta lain yang potong atau masuk depan kita ikut suka hati, signal pun tak bagi. Pada aku, kalau mmg nak masuk, dan dah rasa macam mengejut je kan masuk depan kereta org, silalah bagi signal, sbb aku rasa signal tu mampu sejukkan hati pemandu...signal tu tanda kita hormat kat pemandu lain, minta kebenaran nak masuk. Jadi takde la marah sangat pemandu tu. Lagi satu mcm surat yg encik ni tulis kat berita harian, penunggang motosikal pun jangan lah lain masa bawak motor tu. Aku rasa sama ada pemandu kereta, lori, bas atau penunggang motosikal semua kena jaga sikap masing-masing. Kena berhati hati barulah kemalangan dapat dielakkan. Tak kira macam mana kerajaan buat kempen pun, kalau sikap kita semua tak berubah..aku rasa kadar kemalangan akan terus meningkat.

Jadi kita sebagai manusia yang berakal, sepatutnya jadilah manusia yang sebetulnya. Aku mengingatkan diri sendiri jugak. Sama - sama ingat mengingati.

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Aku cuma nak bagitau bagi sapa2 yg nak try cari duit sampingan...mungkin berminat nak join ChurpChurp ni...korang dapat reward klu tolong promote apa2 promotion yg ada kat web ni....so nak tau lebih lanjut...sila la klik link ni...

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?

Sunday, October 23, 2011

sabtu pertama sebagai student semula

salam, semalam secara rasminye aku jadi student semula. Kelas pertama diminggu pertama, bermulalah perjalanan baru utk aku sebagai part time student. Aku ambik MBA, harapan semoga aku boleh belajar, dapat tambah pengetahuan utk memajukan diri aku dan jugak membantu memajukan keluarga dan negara. Kadang2 mmg kita rasa, kita mcm x de sumbangan , tp sebenarnya setiap dari kita yg hidup kat dunia ni ada gunanya dan ada sumbangan tersendiri, sama ada kita sedar atau tak je. So kelas akan berlangsung selama 14 minggu utk semester ni. So setiap sabtu dr kul 8.30pg sampai 6.30ptg. So lepas ni takde lagi agenda lain pd hari sabtu, hari ahad je free utk aktiviti2 lain....hehehehehe. Setiap perkara yg kita buat perlukan pengorbanan, so jgn takut untuk berkorban utk sesuatu yg labih baik di masa depan ok. Doakan aku terus kuat utk menjalani hidup sebagai seorang student dan pekerja. Moga aku dpt tumpukan perhatian dan bagi sepenuh comitment utk kedua-duanya.


~~Life is beautiful~~

Thursday, October 20, 2011

Do you have the HATI to help?

Do you have the HATI to help?: HATI.org.my is a non-profit web-portal on Malaysian charities, non-profit NGO's and underprivileged communities. The portal acts as a

Have u heard of 7 cheeses in 1 pizza? WHOA!! That’ll be a whole lot going on in ur mouth!

Have u heard of 7 cheeses in 1 pizza? WHOA!! That’ll be a whole lot going on in ur mouth!

Tuesday, October 18, 2011

kesibukan hari selasa

hari ni aku cuti, dlm kepala otak aku ni mcm2 tempat aku nak pegi. so aku kuar rumah cam biasa kul 7.30pagi. Destinanasi pertama, isi minyak kereta dulu...RM30...beli air kotak dan roti (breakfast). Pastu aku terus ke U, hajat di hati nak ambik surat EPF..utk pengeluaran pendidikan, so kena dptkan surat dr U utk buktikan kita dah register kat situ.so bermulalah kesibukan hari selasa aku.Korang baca dulu, apa yg terjadikan aku, pastu bolehlah simpulkan apa pengajaran yg dpt dr cite ni.Aku ke pusat pengajian siswazah, tanya staff kat situ dekat mana aku boleh ambil surat pengesahan pendaftaran utk submit ke EPF. Org pertama aku jumpa ckp , 'Oh, dekat kaunter tingkat atas'. Ok , terima kasih. Aku pun naik ke atas, jumpa org kat kauter, pas tu diorg ckp 'Eh bukan kat sini, kat jabatan bendahari.' Ok...takpe...aku pun naik kete ke jabatan bendahari, takde parking pulak, 3 kali aku pusing, tak de parking jugak. Biasalah pagi2 org masuk opis, so mmg susah nak dpt parking. Pas tu aku tgk jam dah kul 9.05am, aku ada interview kul 10 kat cyber, dah la tak biasa area cyber tu, so aku ambil keputusan, nnt pas interview aku dtg balik, dgn harapan interview tu abis awal. Aku pun terus ke cyber, ikut sign board, ikut landmark yg diberi, alhamdulilah, jumpa tmpt tu tanpa sesat. Register kat guard, then g lobby register lg dan tunggu org dtg ambik aku. Tunggu...tunggu...tunggu...15 min jugak lah aku tunggu. Akhirnya muncul lah org yg dinanti,  dia bwk aku utk ambik test (data analysis) utk 1 jam. Pas tu dia ckp..klu aku dlm shortlisted, baru diorg akan panggil interview. Ok..done satu part. So aku kembali ke misi mendptkan surat EPF tu. Kali ni aku terus ke jabatan bendahari, org kat kauter ckp, naik tingkat 3. Smpi tingkat 3, org kat situ ckp, diorg x buat utk student master. Aik??? pelik bin ajaib...abis tu sapa yg buat. Aku pun call balik PPS, dia ckp...kat sana tp tingkat 5. Then aku g balik sana, tp tgk bangunan x de pun tingkat 5, aku ke kauter lg sekali, tnanya akak tu, akak tu ckp 'Adik, bangunan ni setingkat je, adik tak tgk ke dr luar, mcm mana akak nak ajar adik cam ner nak naik tingkat 5. Naik tingkat 3 pun akak tak tau mcm mana....hahahha..' akak tu dah gelakkan aku....Aku pun join gelakkan diri sendiri...apalah nak jadi ....betul jugak ckp akak tu...bangunan setingkat mana ada tingkat 5...Aish....mcm mana leh buat kesilapan yg x sepatutnye ni. So aku ke jabatan bendahari lg sekali, naik tingkat 5...tp mcm pelik je...tulis kat situ jabatan pendaftaran. confirm salah lagi ni, tak pe...masuk dan tanya lg.....dan mmg sah salah. Akhirnya aku call lg sekali, then akak yg jwb tu tanya, awk kat mana ni sebenarnya, aku ckp la aku kat jabatan bendahari,...akak tu ckp...kitaorg kat fakulti ekonomi, tingkat 5. Owh...akhirnya baru jumpa...smpi sana dah 12.40....nasib baik smpt. Tunggu la surat tu siap...kul 1.05 akhirnya aku dpt surat tu.. Seterusnya aku rush utk second interview kat PJ....interview kul 2...smpt tak ni...dgn harapan jln x jem.Aku smpi lewat 5 min....buruk la reputasi....smpi2 terus diberi test..1jam 1/2. Dah siap test baru ada interview...so 4.30 baru la habis. Ingat nak balik rumah...pas tu baru perasan yg perut aku dah berdengang sayang....lagu kelaparan...tak mkn pun tgh hari tadi. So terus ke destinasi utk jln2 cari mkn. Dah la hujan.....tp alhamdulilah....dpt mknan..terus balik rumah. Itulah perjalanan aku utk hari ni...mmg memenatkan, tp mission completed. Walau apa pun result dr 2 interview ni...aku tak kisah, yg penting aku dah mencuba dan melakukan sebaik mungkin. Tapi yg paling penting, apa yg jd kat aku hari ni....byk pengajarannye.

:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia