Friday, December 14, 2012

Segmen Review Sesama Blogger

Salam semua,

Dalam sibuk - sibuk promosi dan meraih undi untuk peraduan iphone 5 gadjet impian, saya jumpa satu segmen menarik di blog PuanBee yang diberi nama "Segmen Review Sesama Blogger". Menarik untuk disertai.

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan kepada PuanBee semoga berjaya untuk contest iphone5 gadjet impian



MYLIFEMYPRIMARYPLAN.BLOGSPOT.COM

Blog ini mula didaftarkan di blogspot pada bulan Januari 2012. Semuanya bermula bila saya bertukar kerja di tempat baru di Petaling Jaya. Asalnya kerana bosan, memang betul kerana bosan. Maklumlah mula kerja baru mesti tidak sibuk sangat lagi. Banyak masa terluang, penat baca semua manual sistem yang ada dan sampai sudah tidak tahu mahu buat apa lagi. 

Satu hari kawan cadangkan saya, "apa kata ko tulis blog". Saya fikirkan sejenak, macam menarik. Kemudian saya tanya kepada dia, macam mana nak mula buat blog. Dia cadangkan saya mula dengan blogspot atau wordpress, katanya semua dah ada tinggal tulis entri saja. 

Entri pertama saya "blur + bosan" ditulis pada 19 Januari 2011. Bila dibaca semula, nampak sangat menulis ikut perasan saja. Tak ada tapisan dan editing untuk entri pertama. 

Blog saya lebih kepada cerita peribadi, kisah hidup saya sebagai seorang pelajar hujung minggu, juga banyak entri bila saya masuk giveaway atau peraduan. Sekali sekala diselitkan entri informasi yang saya baca di surat khabar, majalah atau internet.

Kenali Kimmie:-

Nama panggilan di ruang maya: Kimmie / Rosezha
Umur: Kalau ikut tahun dah masuk 29 tahun
Tarikh lahir yang unik: 31.12.1983
Pekerjaan: Application Support / Pelajar hujung minggu (MBA)
Facebook / Twitter: KimmieMylife / @rose_zha



Blog PuanBee.com sudah agak lama saya kenali. Blog ini antara blog terawal yang saya jumpa, blog yang berkisarkan kisah kekeluargaan, drama, movie dan isu semasa (mungkin ada lagi yang saya tertinggal). Lagi satu, saya rasa puanbee ini sangat suka dan minat dengan iphone, sebab itu beliau sertai peraduan iphone 5 gadjet impian ni. :)

Walau pun saya tidak pernah bersemuka dengan pemilik blog ini, tapi kemesraan beliau dapat dirasai melalui komen - komen di blognya. 



Pertama kali singgah di blog ini, saya rasa suka sebab susun atur diblog yang kemas, latar belakang berwarna putih yang menyenangkan pandangan mata. Blog mempunyai kategori yang jelas seperti isu semasa, hiburan, kerjaya (menarik kategori ini), resepi dan sukan. Saya doakan blog ini akan terus berkembang maju di masa hadapan.

Cuma saya tidak jumpa cara untuk menghubungi pemilik blog (ruangan contact). Mungkin ada mana - mana pengiklan yang berminat untuk meletakkan iklan di blog ini tidak tahu bagaimana untuk menghubungi pemiliknya. 


” Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com  , Pondokkecil.com ,  Servis Tempahan Design  ,Anarm.net  , PaPaMifz.com , Ciklaili.com  ”


Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
selamat berjaya
aktiviti yang bagus untuk memperkenalkan blog
tapi aku memang lemah dalam segmen macam ni
hehe
My recent post Perlawanan Akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2012
1 reply · active 641 weeks ago
sambil join boleh kenal - kenal dengan blogger lain kan :)
memang best sebenarnya segmen kenali blogger..
bagus utk eratkan silaturahim sesama blogger...

Gd luck sis
My recent post IPHONE 5 GADGET IMPIAN
1 reply · active 641 weeks ago
tu la...kenal di alam maya :)
Kalau lahir Jan 84 umo kita sebaya :0
Kagum dengan Kimmie sambung MBA secara separuh masa/hujung minggu ye :D

Kita kenal dari blog Denaihati kan, masa tu MJ ingatkan Kimmie ni lelaki, then lepas dah lawat blog baru tau perempuan.. ;)
My recent post iPhone 5 gadget impian
1 reply · active 641 weeks ago
hehehe....MJ muda lagi rupanya. :)
Selamat berjaya menyertai segmen ulasan blog anjuran Puan Bee.
My recent post Membidik lagi di Bandar Hilir Melaka
1 reply · active 641 weeks ago
Terima kasih :)
Terima kasih kimmie , bee pun rasa kimmie suka iPhone hehe .. bee ucapkan kmiie berjaya juga di dalam contest gadjet impian kali ni ..

Umur bee sama Mj , salam kenal-kenalan ...link ada di sidebar dah , tunggu je masa pengumuman hadiah yek

p/s : naka baca entri pertama kimmie
My recent post Day 2 : Pengalaman di Gambang Waterpark .. boleh la …
1 reply · active 641 weeks ago
Suka tu memang suka PuanBee....macam best je tengok PuanBee pakai iphone 4s tu. :)
salam kimmie,

kakak sikit rupanya dari hanie...

gudluck ye... sy pun nak join segmen puanbee ni ;)
salam ziarah. found ur blog link from puanbee blog. i lke ur simple blog arrangement ^__^
senang2 singgah di blog saya yea :)
My recent post Apa Ada Dengan Telur Goreng

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia