Tuesday, May 22, 2012

Bakal menghadapi peperiksaan

Salam semua,

Lama sudah meninggalkan blog ini tanpa sebarang entri baru. Semua masa yang ada digunakan untuk bekerja, menyiapkan tugasan dan membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Masa begitu cepat berlalu, tanpa disedari kita sudah hampir masuk ke bulan june 2012. Terasa seperti baru semalam memasuki tahun 2012. Banyak yang dirancang untuk tahun ini masih belum dilaksanakan.

Semasa menulis entri ini, saya berada di McD Jalan Pahang, menunggu kedatangan ahli kumpulan untuk berkumpul dan menyiapkan projek kami yang terakhir. Harap semuanya berjalan lancar.

Semoga saya dapat kembali aktif menulis blog setelah tamatnya peperiksaan pada 26 & 27 May nanti. Ada cuti untuk 2 minggu.

Akhir kata sehingga kita bertemu lagi, jangan lupakan saya ye...sebab dah lama tidak berjalan - jalan ke blog anda semua.

Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia