Sunday, November 15, 2015

Drama Pilihan: Kau,Aku,Kita

Assalamualaikum.

Di hari minggu yang berbahagia ini, mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat - rehat di rumah sambil meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Jadi hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah drama yang tengah hangat di tayangkan di TV3 setiap hari rabu & khamis pukul 9 malam. Sebuah lagi adaptasi dari novel "Kau,Aku, Kita" karya Orkid Edyliyne.


Apa yang menarik tentang drama ini ialah kisah tentang 2 individu  berlainan jantina yang mempunyai nama yang sama. Anda pernah jumpa siapa - siapa yang sama nama macam anda? Kalau sama jantina tu ok lagi lah kan...ini berlainan. Seorang lelaki, seorang perempuan tapi nama sama "Iman Firdaus". Pelik kan, adakah ini satu kebetulan atau takdir Allah yang menemukan mereka.

Iman Firdaus (Aus) - seorang lelaki, pelakon popular, ramai peminat tetapi dikawal sangat ketat oleh bapanya. Sangat digilai oleh seorang pelakon wanita (Ku Wafa).

Iman Firdaus (Iman) - seorang perempuan, kematian ibu dan bapa dan tidak mempunyai apa - apa. Memikul tanggungjawab membesarkan adik - adiknya dan terperangkap dengan hutang arwah bapanya.

Drama komedi romantik ini diterbitkan oleh JS Pictures dan sudah pun mula di tayangkan di TV3 bermula 28 October 2015. Watak Aus dilakukan oleh Syarul Rizwan manakala watak Iman dipegang oleh Janna Nick. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kuza, Shamsul Ghau Ghau, Isey Titan dan ramai lagi.


OST drama ini "Kau Bagai Udara" nyanyian Bahrian.


Friday, November 13, 2015

Kongsi Ilmu: V.I.P di akhirat

Assalamualaikum.

Hari ini alhamdulillah berpeluang menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan di pejabat saya. Dalam masa hampir 2 jam itu banyak ilmu yang sangat bermanfaat telah dikongsikan. Tetamu undangan yang sudi berkongsi ilmu itu ialah Ustaz Al Amin. Beliau selalu ke udara di radio IKIM FM. Tajuk ceramah beliau hari ini ialah V.I.P di akhirat.

Antara inti pati ceramah beliau yang sempat saya catat dan saya cuba kongsikan sebaik mungkin dengan anda semua.Kita sebagai manuasia dan hamba Allah S.W.T akan melalui 5 fasa sebelum sampai ke akhirat dan apakah amalan - amalan yang perlu kita lakukan sepanjang di dunia yang akan membantu kita menjadi V.I.P di akhirat kelak.

1) Fasa Alam kubur
2) Fasa Padang Mahsyar
3) Fasa Timbangan Amalan
4) Fasa Titian Siratulmustakim
5) Syurga / Neraka
  • Sepanjang kehidupan kita di dunia ini, carilah pahala dan amalan - amalan yang kekal manfaatnya
  • Sebagai contoh - selalu bersedekah, wakaf kan harta benda ke jalan Allah S.W.T
  • Mendidik anak menjadi seorang yang soleh dan solehah. Semoga apabila kita tidak ada lagi di dunia ini mereka akan mendoakan kita. 
  • Selalu mengamalkan / membaca surah Al-Mulk. Akan menjadi peneman dan penerang kubur kita.
  • Selalu bertaubat - menyesal dengan dosa-dosa lalu.
  • Terdapat 7 golongan yang akan dilindungi oleh Allah S.W.T. Semoga kita menjadi salah seorang dalam 7 golongan ini iaitu:
  1. Pemimpin yang adil
  2. Orang yang suka ke rumah Allah (Masjid)
  3. Orang yang ikhlas berkawan - bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah
  4. Orang yang ikhlas bersedekah
  5. Orang yang rajin bangun solat malam (tahhajud)
  6. Orang yang menitiskan air mata kerana menyesal dengan dosa-dosanya
  7. Orang yang meninggalkan maksiat
  • Setiap amalan kita akan ada 5 saksi iaitu Allah, malaikat, manusia, anggota badan dan makhluk - makhluk lain.
  • Setiapnya akan menjadi saksi, mulut akan dikunci dan tidak boleh berkata - kata
  • Kita perlu sentiasa bertaubat untuk menghapuskan dosa - dosa. Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Taubat adalah jalan untuk melenyapkan dan meminta pengampunan dari Allah S.W.T
  • Selalu menghadiri majlis ilmu, berzikir kerana ianya dapat membantu kita di sana kelak
  • Antara amalan yang dapat membantu kita melalui titian ini ialah solat. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita perlu menjaga solat 5 waktu dengan sempurna dan memperbanyakkan solat sunat.
  • Wakaf
Diharap sedikit perkongsiaan ini dapat memberi manfaat. Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan sekiranya ada kesilapan datang dari kekhilafan saya sendiri. Mohon maaf andai ada yang tersalah, sekadar perkongsian dan untuk ingatan diri sendiri juga.


Thursday, November 12, 2015

Kombinasi 5 watak dalam 1 buku

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin berkongsi lagi tentang buku R.A.M. Kepada peminat - peminat beliau mesti mengetahui tentang buku 'MAGIS'. Buku ini menggabungkan 5 watak utama dari 5 novel beliau yang sebelumnya. Jadi sebelum baca buku 'MAGIS' anda perlu habiskan dulu buku - buku yang berkaitan dengan 5 watak tersebut.

Watak - watak tersebut ialah:

1- Carlos dalam buku Mandatori
2- Mikhail dalam buku Mikhail
3- Ejim dalam buku Tombiruo
4- Saifuddin / Laksamana Sunan dalam buku Sunan
5- Ryu dalam buku Hatiku Di Harajuku



Daripada 5 watak ini maka terhasillah sebuah lagi kisah thriller dalam 'MAGIS'. Saya belum habis baca lagi buku ni. Jadi belum tahu apa kesudahhannya....masih dalam mood suspen.


Buku ini mengisahkan pengembaraan 5 watak ini ke satu dimensi lain. Setiap watak mempunyai cerita mereka yang tersendiri dan akhirnya bagaimana mereka berjumpa dan berjuang bersama - sama demi meneruskan kehidupan. Apa kesudahannya....apa kata anda baca dan alaminya sendiri.

Sampai jumpa lagi!!


Tuesday, November 10, 2015

Buku Pilihan:Terbaru - Sunan Cinta Nan Sakti

Assalamualaikum semua,

Buku terhangat bagi peminat - peminat R.A.M dan saya merupakan seorang daripadanya. Senyum lebar bila dah berjaya dapatkan buku ini. Lama tunggu buku ni keluar, sekarang dah ada dalam gengaman. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah ...baca!!!!! 


Ok, kepada sesiapa yang tidak mengetahui, buku SUNAN ini ada 8 buah semuanya. Sebuah cerita thriller epik yang banyak mengabungkan unsur - unsur keagamaan, cinta, kemanusiaan dan sejarah. 




Tajuk - tajuk dalam siri ini untuk rujukan anda, mana tahu ada yang berminat nak pergi cari dan baca kan.
1- Bagaikan Puteri
2- Cinta Sang Ratu
3- Hijab Sang Pencinta
4- Cinta Sufi
5- Sutera Bidadari
6 - Sunan Musafir
7 - Sunan Nanggroe Sang Kembara



Sinopsis buku terbaru untuk tatapan anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia