Sunday, March 4, 2018

DRAMA REVIEW: DOSA



Tajuk Drama: DOSA
Tayangan: Astro First
Harga: RM19.08 untuk tayangan 10 hari
Terbitan: Astro, Arie Zaharie Production & Capitol Entertainment Production (Indonesia)
Arahan: Ifa Isfansyah
Pelakon:
  • Ashraf Sinclair
  • Remy Ishak
  • Hisyam Hamid
  • Datuk M.Nasir
  • Shenty Feliziana
  • Reuben Elishama
  • Daniella Sya
  • Roy Marten
  • Maudy Koesnaedi
  • Hannah Al Rashid
  • Tegar Satrya

Sinopsis

Kisah tentang Fuad anak sulung kepada Latif yang diberi tugas oleh bapanya untuk menjaga keselamatan adik-adiknya (Farid, Farhad and Fara). Mereka berempat telah dilatih bersilat sejak dari kecil lagi. 

Kedatangan Arian telah mengubah kehidupan mereka. Fara bertemu Arian dan dia merasakan ada sesuatu rahsia kenapa Arian datang mencari abangnya Fuad. Bila Arian pulang ke Indonesia, Fara nekad untuk menjejakinya di sana. Malangnya dia diculik. Apa rahsia disebalik penculikan Fara? Berjayakah Fuad menyelamatkan adiknya.

"Siapkan beg, kamu perlu cari Fara sampai jumpa." - Latif

Antara dendam dan pengampuanan - DOSA





Pendapat saya

Bila kita perlu membayar sesuatu, pasti kita mengharapkan produk yang berkualiti, setimpal dengan harga yang telah dibayar. Jadi, drama ini memang berbaloi untuk dibeli dan ditonton. Sesungguhnya, telah lama kita tidak melihat hasil karya sebegini, ada isi, lakonan yang mantap dan yang paling penting tidak ada yang nak control cantik atau handsome. 

Paling geram watak Remy Ishak (Farid), pergh!!! menyakitkan hati betul dari awal sampai akhir. Degil, keras kepala dan pemarah telah ditonjolkan dengan begitu baik oleh Remy. 

Marco, bos Gerbang Utara. Satu perkara yang aku suka, dia ditonjolkan suka dengan sastera. Suka membaca buku. Ini memang sifat yang bagus, malangnya dia jahat. Sangat jahat dan tidak ada hati perut. Matlamat dia cuma satu untuk menguasai Gerbang Utara secara total. Mungkin sebab sifat dia yang suka membaca, menjadikan dia bijak dalam mengatur strategi. 

Fighting scene dalam drama ini memang hebat, membabitkan 22 koreografi persilatan. Watak Fara ni memang dahsyat, banyak aksi lawan antara Fara dengan geng Gerbang Utara. Dia nampak tangkas dan pantas. Walaupun pada awalnya dia perlu diselamatkan, tapi selepas berjaya lari dari geng Gerbang Utara Fara menjadi sebahagian dari pasukan untuk menewaskan Marco.

Lagi satu, drama ini menunjukkan kesan buruk bila pemimpin yang sepatutnya menjaga hak rakyat telah menerima rasuah. Kesanya, kejahatan susah untuk dibendung, yang baik terus ditindas tanpa pembelaan sewajarnya.  

Selepas berakhir drama 8 episod ini saya rasa akan ada sambungan. Saya tidak mahu nyatakan kenapa, sebab akan jadi spoiler nanti. Unexpected twist dalam drama ini menjadikan jalan cerita lebih menarik dan mengujakan. 

Sekiranya anda mencari kelainan dalam drama melayu, ini adalah pilihan yang terbaik. Tonton dan rasainya sendiri.



Lagu tema drama DOSA di Astro First
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia