Assalamualaikum.
Hari ini cuti, jadi berkesempatan ke salah satu cawangan ASNB di Temerloh. Dah hampir 2 tahun tidak kisah tentang akaun ASB. Baru tahu yang mereka sudah tidak menggunakan buku lagi.
"ASNB dah online lah"
Jadi, dah alang-alang di cawangan mereka, terus bertanya apa yang perlu dilakukan untuk mendaftar akaun online ini.
Mudah saja rupanya. Apa yang penting, anda perlu pastikan maklumat nombor telefon anda telah dikemaskini dalam sistem mereka. Jika belum, anda boleh ke mana-mana cawangan untuk mengemaskini maklumat ini.
Jangan risau, tidak perlu beratur panjang, di cawangan ASNB ada kiosk yang disediakan. Masukkan saja MyKAD anda > buat pengesahan cap jari > maklumat akaun anda akan dipaparkan. Terus, anda boleh kemaskini maklumat di situ juga.
Setelah itu, anda boleh mendaftar akaun online ini seperti langkah - langkah di bawah:
1. Lawati website myASNB. Klik "Daftar di sini".
2. Baca keterangan di bawah, klik "continue"
3. Baca Terma & Syarat, tandakan [/] dan klik "Setuju"
4. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan pilih satu produk ASNB yang anda ada. Klik "Seterusnya"
5. Kemudian, anda akan dibawa ke skrin seterusnya. Anda akan menerima kod TAC 6-digit di telefon bimbit anda. Pastikan 4 digit terakhir yang dipaparkan adalah nombor telefon bimbit anda. Jika bukan, anda perlu mengemaskini dahulu di cawangan ASNB atau ejen.
Jika betul, klik "Permintaan TAC', dan masukkan kod yang diterima dan klik "seterusnya"
6. Masukkan ID pengguna, email dan semua maklumat yang diminta seperti di bawah.
*Pastikan ID pengguna anda adalah gabungan abjad dan nombor
*Setelah semua selesai diisi, klik 'TAMAT'
*Notifikasi di bawah akan dipaparkan menunjukkan pendaftaran anda telah berjaya.
*Kata laluan sementara juga diberikan.
*Terus "Log Masuk" ke akaun anda dan tukar kata laluan tersebut.
KELEBIHAN MENDAFTAR DENGAN PORTAL myASNB
- Anda boleh menggunakannya untuk menambah pelaburan. Tidak perlu lagi ke cawangan ASNB atau ejen berdaftar
- Anda boleh menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
- Anda boleh kemaskini maklumat peribadi anda. Tidak perlu lagi pergi ke cawangan
Pendaftaran ini dibuka untuk semua pemegang akaun yang berumur 18 tahun ke atas dan telah mendaftar nombor telefon bimbit di cawangan ASNB dan ejen berhampiran.
SELAMAT MENDAFTAR!!!