Saturday, January 27, 2018

MOVIE REVIEW: ALONG WITH THE GODS: THE TWO WORLD


Tajuk Filem: 
Along With the Gods: The Two World
Pengarah: 
Kim Yong-Hwa
Cerita Asal: 
Joo Ho-Min
Pelakon: 
Ha Jung Woo
Cha Tae Hyun
Ju Jin Hoon
 Kim Hyang Gi






Sinopsis: 

Kisah tentang kematian seorang anggota bomba Kim Ja Hong (lakonan Cha Tae Hyun) afterlife. Setiap roh  akan melalui 7 perbicaraan dalam masa 49 hari sebelum boleh dilahirkan semula. Gang-rim (lakonan Ha Jung Woo) adalah kapten kumpulan yang akan mengiringi Ja Hong melalui 7 perbicaraan ini. Dia dibantu oleh Haewonmak (Ju Ji Hoon) dan Duk Chun (Kim Hyang Gi).

Komen saya:

Semalam, saya berpeluang menonton filem ini di TGV Sunway Piramid. Pada awalnya setelah saya menonton thriller, saya merasakan filem ini akan ada banyak magic dan perkara yang tidak masuk akal. Saya juga terfikir apakah intipati yang ada dalam filem sebegini. Mungkin hanya imaginasi dan hiburan semata-mata. Setelah habis menonton, saya rasa berbaloi, saya rasa duit yang dibayar untuk harga tiket tidak merugikan malah saya rasa ingin menontonya sekali lagi. 

Kisah yang amat menarik, penuh emosi dan pengajaran. Pastikan anda yang bercadang untuk menonton filem ini, sila bawa tisu. Cerita dimulakan dengan kematian Ja Hong, dan gelagat Haewonmak dan Duk Chun memperkenalkan diri mereka sebagai guardian Ja Hong. Kelakar dan bersahaja. Jika anda pernah melihat lakonan Ju Ji Hoon dalam Prince Hours begitulah dia dalam movie ini sinis dan tidak ada perasaan. Duk Chun pula sangat comel dan dia sangat gembira kerana Ja Hong mendapat tiket insan mulia. Jadi dia merasakan laluan mereka untuk 7 perbicaraan ini akan lebih mudah. Mungkin tidak akan ada dakwaan untuk yang perlu mereka bela.

Namun pihak pendakwa tidak akan melepaskan Ja Hong dengan mudah kerana sekiranya mereka berjaya mendakwa insan mulia, kebarangkalian untuk naik pangkat sangat tinggi. Dalam perjalanan mereka menempuh 7 mahkamah ini bermacam-macam halangan terpaksa mereka tempuh. Kemunculan syaitan dari neraka mengganggu perjalanan mereka. Siapa pula di kalangan keluarga Ja Hong yang mati dan menjadi roh yang berdendam. Gang-rim terpaksa ke dunia manusia untuk menyiasat dan mendamaikan roh tersebut. Sekiranya gagal, pasti perkara buruk bakal berlaku kepada roh Ja Hong.

Satu lagi yang sangat menarik ialah special effek dalam movie ini. Babak di mana batu terapung kelihatan sangat real di mata saya. Anda kena tengok sendiri baru tahu. Jadi ini adalah sebuah filem yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Mesej tentang kasih sayang antara keluarga sangat jelas dan mengharukan. Saya mendengar esak tangis penonton lain dalam panggung ketika kisah ini hampir tiba di penghujung. Pastikan anda membawa tisu, kerana ia akan diperlukan nanti.

Selamat menonton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia