Saturday, March 24, 2018

MOVIE REVIEW : KL SPECIAL FORCE


TAJUK: KL SPECIAL FORCE

TERBITAN: SKOP PRODUCTIONS, DAMOFA PRODUCTIONS & VIPER STUDIO


SINOPSIS

KL SPECIAL FORCE - mengisahkan skuad elite polis yang berdepan cabaran dalam menumpaskan kumpulan perompak yang bergelar Geng Anarkis. Pasukan ini diketuai oleh Roslan bersama 2 orang kanannya Kelvin dan Raj. Kemunculan Zul yang dimasukkan ke dalam pasukan Roslan telah menimbulkan kucar-kacir. Zul seorang pegawai polis yang bertindak mengikut gerak hatinya. Tidak mahu mengikut rancangan yang diatur oleh Roslan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan perasaan curiga antara Zul dan Roslan. Masing-masing merasakan ada tali barut dalam skuad elite itu, menyebabkan semua operasi mereka bagi memberkas Geng Anarkis gagal.


PENDAPAT SAYA

Apa yang menarik tentang movie ini?

  • Dari awal kita telah berjaya dikelirukan oleh jalan cerita. Siapa sebenarnya dalang yang membantu Geng Anarkis sehingga rompakan mereka berjalan lancar tanpa sebarang serang balas dari pihak polis. 
  • Tingkah laku Roslan berjaya menimbulkan keraguan, sama ada dia sebenarnya bersekongkol dengan Asyraff (Geng Anarkis) atau tidak. Apabila Zul muncul, kekeliruan ini makin bertambah. Dalam otak saya, sudah mula mengumpulkan bukti untuk cuba meneka siapa antara mereka yang jahat sebenarnya.
  • Cerita yang bergerak pantas. Plot setiap cerita tidak meleret dengan dialog yang tidak membantu. Dalam masa 15 minit pertama, kita dah boleh nampak siapa target Geng Anarkis. Persoalannya, kenapa Damofa Bank? kenapa Roslan? Apa perkaitan mereka?
  • Letupan, letupan dan letupan. Anda memang tidak akan tertidur la, cerita ini padat dengan aksi tembak menembak, letupan dan aksi kejar mengejar. 
  • Filem ini secara tidak langsung mengingatkan saya kepada movie New Policy Story. Kenapa? Rompakan bersenjata, topeng badut, gelak jahat dan sasaran mereka polis. Elemen ini agak serupa dengan filem Jackie Chan itu. Namun, jangan risau. Permulaan sahaja, kemudian kita akan nampak sisi cerita yang berbeza.
  • Dialog pegawai polis dalam KL SPECIAL FORCE ini amat berbeza dengan filem kepolisan lain terbitan Skop Production. Anda akan nampak kelainan yang ketara.
  • Lakonan Datuk Rosyam Nor yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau seperti Bruce Wills dalam movie Died Hard je. Lagi satu, ok saya agreed, Fattah Amin tak kayu dalam filem ini. Mungkin Fattah kena pelbagaikan watak yang dia bawa, so baru kita nampak di mana kelebihannya. Yelah, sebelum ini banyak melakonkan watak yang romatik je kan.




Apa yang boleh diperbaiki dalam movie ini?

  • Saya sebagai seorang penonton merasakan sesebuah filem yang baik akan mampu membuat kita percaya tentang apa yang berlaku. Penonton tidak akan ada rasa seperti "betul ke boleh jadi macam tu?". Contoh, seawal filem ini bermula, telah ada persoalan, macam mana jip tu boleh berada dalam bank yang dirompak? Adakah saya seorang yang terlalu berfikir? Saya pun tidak pasti, tapi itulah yang saya rasa.
  • Geng Anarkis digambarkan sebagai penjenayah yang mempunyai taktik yang sangat bijak. Namun, dalam filem ini, kita tidak nampak apa strategi yang mereka gunakan. Jika anda pernah lihat filem The Italian Job, anda akan nampak apa yang perompak itu lakukan sebelum mereka pergi merompak. Begitu juga filem Dhoom, ada kajian dan penelitian yang dijalankan. Seperti yang kita ketahui, bank adalah sebuah organisasi kewangan dan sistem keselamatan mereka tidak akan mudah diceroboh begitu sahaja. 
  • Di sini,  kebolehan dan kepakaran perompak perlu dipamerkan untuk membuat penonton percaya keberkesanan strategi mereka. Saya membayangkan, markas Geng Anarkis ini akan kelihatan hebat dan sophisticated kerana mereka pasti akan menggunakan teknologi dalam merangka strategi, sayangnya itu tiada. Strategi mereka cuba memastikan polis tidak ada di kawasan berdekatan dengan bank yang mereka akan rompak. Jadi kelicikkan geng ini tidak digambarkan secara jelas. Jika dilihat pada gadget yang mereka gunakan, tidak ada kesan WOW.
  • Unit Special Force tidak nampak seperti satu unit elite. Kejadian rompakan bank telah berlaku berkali-kali, jadi sebagai pasukan penyiasat pasti ada bukti atau clue yang dikumpul bagi membantu mereka mengesan strategi perompak. Saya mengharapkan ada perkembangan yang akan mengikat perhatian penonton untuk terus mengetahui kesudahannya. 
  • Cliff hanger antara setiap babak penyiasatan agak kurang memberangsangkan. Dalam cerita ini, satu-satu perkara yang ditunjukkan adalah footage CCTV. Tidak ada bukti atau sisi lain penyiasatan yang ditonjolkan. Jika ianya dapat ditunjukkan, filem ini akan jadi lebih menarik. Secara tidak langsung penonton dapat memahami skop kerja polis dan bagaimana satu kes jenayah itu disiasat.
  • Saya ada lagi satu cadangan, pada scene akhir ketika Asyraff, Zul dan tunangnya (Tania Hudson) di kepung oleh anggota polis. Ketika proses rundingan tersebut, saya menjangkakan ada twist di mana Tania Hudson mampu membuat sesuatu, cubaan menyelamatkan diri maybe



KESELURUHAN

Skop Production mempunyai formula untuk menghasilkan filem-filem box office. Dah lama saya tidak menonton filem melayu di panggung. Kali terakhir adalah movie Tombiruo (Oct 2017). Cuma jika jalan cerita diperkemaskan lagi, filem ini pasti lebih boom!

Mesej yang dapat kita lihat dalam filem ini ialah:
  • Jenayah perlu dibenteras.
  • Rasuah akan menghancurkan keharmonian sesebuah negara. 
  • Hidup dalam dendam, hati tidak akan tenang.
  • Setiap negara ada undang-undang. Menghukum kesalahan mengikut cara sendiri bukan pilihan yang tepat dan bijak. Gunakan saluran yang betul.
  • Gunakan kebijaksanaan pada kebaikan bukan kejahatan

Jadi tonton sendiri filem ini di pawagan berdekatan anda. Rasai dan alami sendiri penangan KL SPECIAL FORCE. Citarasa kita tidak sama, pandangan kita juga berbeza. 

Next nak tengok movie #leechongwei.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia