PERTAMA KALI INGIN MENYEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE? SILA IKUT LANGKAH DI BAWAH.
1) Anda perlu membuat pendaftaran i-Akaun di mana-mana KIOS KWSP atau anda boleh menghubungi KWSP ditalian 03-89226000.
2) Anda perlu mengaktifkan i-Akaun ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran.
3) Selepas mendaftar anda akan menerima ID dan kata laluan sementara melalui SMS
4) Sila ke laman web KWSP untuk mengaktifkan i-Akaun anda.
5) Masukkan ID dan kata laluan sementara yang anda terima. Kemudian klik 'Login'.
6) Skrin "Terma dan Syarat" akan dipaparkan. Pilih "Setuju" dan klik "Seterusnya"
7) Anda akan dibawa ke skrin untuk menukar ID dan kata laluan sementara.
8) Pilih frasa rahsia (security word) dan klik "Seterusnya"
9) Paparan skrin menunjukkan pengaktifan telah berjaya.
10) Anda boleh login menggunakan ID dan password yang baru tadi untuk ke i-akaun anda.
*Anda boleh klik pada link "Panduan Login Kali Pertama" untuk melihat langkah terperinci
SEMAK PENYATA SECARA ONLINE
- Setelah pengaktifan i-Akaun berjaya, anda boleh login ke akaun anda untuk melihat maklumat berkaitan pencaruman, pengeluaran dan penyata tahunan.
- i-Akaun hanya akan memaparkan penyata tahunan untuk 2 tahun sahaja. Sekiranya anda inginkan penyata yang lebih lama, anda boleh ke kaunter KWSP yang berhampiran.
- Di i-Akaun juga, anda boleh melihat jenis-jenis pengeluaran yang anda layak. Apabila anda login, klik pada bahagian pengeluaran. Akan terpapar jenis pengeluaran dan amount yang layak untuk dikeluarkan.