Saturday, December 17, 2016

Crazy about books!!! BigBadWolf is the answer.

Assalamualaikum semua.

Siapa dah pergi BigBadWolf!!!! Angkat tangan...hehehehe.

Fuh....serius ramai orang dan yang paling penting serius banyak buku dan memang murah. 

Seperti tahun - tahun sebelumnya, BigBadWolf diadakan di MIECC@The Mines Shopping Mall.

Acara ini berlangsung dari 9-Dec-2016 sehingga 19-Dec-2016 dan apa yang paling penting....ianya dibuka 24 jam. Non-stop...anda boleh pergi bila-bila masa. 





Saya pergi hari Khamis hari tu pukul 9 malam. Ingatkan takde lah ramai sangat orang, tapi jangkaan saya salah. Boleh tahan ramai juga pengunjung. Cuma mungkin kurang sedikit dari hari sabtu atau ahad.

Saya balik lebih kurang pukul 11.30 mlm dan percaya atau tidak, ramai lagi orang berpusu - pusu datang.

Satu perkara yang kita boleh nampak, rakyat Malaysia ramai yang sukakan buku. Semua peringkat umur boleh datang sebab semua jenis buku pun ada.

Buku kanak - kanak, remaja, dewasa, buku masakan, bibliografi, ekonomi, motivasi, novel cinta, novel thriller dan macam - macam lagi lah.





Peminat Maze Runner, boleh dapatkan set lengkap siri ni disini. Hanya RM40 sahaja. Murah kan!!!






Banyak buku yang berharga RM12, RM10 dan RM8. Jadi, kalau siapa - siapa belum pergi boleh lah ke sini. Masih sempat lagi, hari terakhir pada 19-Dec-2016. 

Nak tahu lebih detail pasal acara ini boleh tengok di website rasmi BigBadWolf2016.


MAP to MIECC THE MINES

Comments (2)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Belum berpulang pergi lagi tetapi sekarang sudah mula baca buku fizikal. Dahulu mengadap ebook sahaja. :)
My recent post MAHA 2016 catat sejarah terima 3.7 pengunjung
1 reply · active 431 weeks ago
takpe...tak sempat tahun ni, tahun depan ada lagi. sekarang dah banyak event berkaitan buku. salah satu cara menggalakkan rakyat Malaysia membaca.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia