Wednesday, February 3, 2016

Marah!! Kenapa itu terjadi kepada kita

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat dengan anda semua tentang marah. Kenapa kita marah, naik angin dan macam mana kita nak kawal kemarahan daripada memberi kesan kepada orang lain.


Marah ini sebenarnya salah satu sifat yang tidak disukai Allah. Bila marah kita akan lupa tentang segala - galanya. Lupa bersopan, mengeluarkan kata - kata nista, tidak fikirkan perasaan orang lain. Sedar atau tidak, bila perasaan marah itu hilang, baru rasional kita sebagai manusia kembali. Mula rasa menyesal dengan tindakan semasa kita marah.


Marah itu salah satu hasutan syaitan. Dalam Islam, kita disuruh mengambil wudhu sekiranya kita berasa marah. Insya Allah, hati akan tenang semula bila kita mengingati Allah S.W.T.

Ada juga sesetengah orang menyatakan, saat - saat pertama ketika perasaan amarah itu datang, sekiranya kita mampu mengendalikan dengan baik, maka keadaan akan lebih terkawal.

Perasan tak, kalau seseorang tengah marah, kalau orang tu diam je maksudnya dia tengah cuma mengawal kemarahan. Ada orang yang marah terus naik tangan. Maksudnya memang dia tidak boleh kawal dah tu perasaan tersebut.




Dalam kehidupan seharian memang banyak cabaran dan dugaan yang kadang kala boleh mengundang kemarahan. Apa yang kita boleh lakukan sentiasa berfikiran positif, sabar dan tenang menghadapinya.

Semoga kita semua boleh mula belajar mengawal kemarahan dan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

Jumpa lagi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia