Sunday, February 21, 2016

SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT

Assalamualaikum.

Lama benar dah saya tak buat entri baru. Sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik bongsu saya. Perjalanan majlis berjalan lancar dan semua sudah selesai pada 8-Feb-2016 yang lalu. Alhamdulillah.

Bergambar bersama - sama pengantin baru.

Tengok ramai orang datang, terima kasih kerana memeriahkan majlis.




Majlis kenduri kahwin kami buat secara gotong royong dengan orang kampung dan saudara mara. Masa macam ni lah dapat berkumpul beramai - ramai, bekerjasama dan beramah mesra. Maklumlah jarang dapat bertemu, masing - masing sibuk dengan urusan kerja. Riuh rendah rumah wan bila semua balik. :)


Majlis akad nikah diadakan sebelah malam pada 7-Feb-2016 (Ahad) lepas Solat Isyak. Alhamdulillah sekali lafaz adik saya sah menjadi isteri kepada Irwan Shah bin Mohamed. 



Pasangan pengantin tiba tepat pukul 12.30 tengah hari

Adik ipar saya ni orang Temerloh je, dekat la kan dan kerja pun di Temerloh. Adik saya pula, sebelum kahwin dapat tawaran kerja di Akademi LHDN di Bangi Selangor. Nampaknya diorang terpaksa berjauhan lah lepas kahwin. Sorang di Temerloh, sorang di Selangor.

Pelamin bertemakan warna putih dan hijau.



Kek Pengantin.


Menu kenduri hari tu simple saja:

1) Kari Daging
2) Sayur Labu
3) Sambal Perut
4) Acar timun
5) Sambal belacan
6) Ulam - ulaman
7) Air Sirap
8) Cendol

Menu Makan Pengantin pula:

1) Ayam Golek masak percik
2) Ikan Talapia Goreng Masak Merah
3) Sayur Labu
4) Buah - buahan 
5) Puding Kastrad

Sayangnya saya lupa ambik gambar. Lebih sedih gambar yang diambil dalam kamera abang saya habis terdelete oleh anak dia. Tak sengaja...nak buat macam mana. Jadi tak banyak gambar yang boleh saya kongsikan.



Bakal pengantin masa hadapan....hahahaha.


Maaflah, lambat betul saya nak siapkan entri ni, mana sibuk dengan kenduri kahwin belah keluarga kami. Kemudian balik bekerja 3 hari, sibuk selesaikan kerja-kerja yang ada di pejabat. 

Kemudian balik semula ke kampung untuk menghadiri majlis sebelah lelaki pula pada 13-Feb-2016 yang lalu.




SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA JODOH INI BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia