Saturday, February 27, 2016

Lawatan ke Kota Mahsuri, Langkawi

Assalamualaikum.

Saya baru balik dari bercuti di Langkawi semalam. Ini adalah pengalaman pertama saya ke Pulau Langkawi, Kedah. Orang lain dah berkali - kali pergi, saya baru pertama kali sampai. Alhamdulillah.

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya melawat Kota Mahsuri di Langkawi Kedah. Saya pergi masa bukan masa cuti, jadi tidaklah sibuk sangat dan pelawat pun kurang.

Pintu Masuk ke Kota Mahsuri

Harga Tiket Masuk: 
RM10 (dewasa)
RM5 (kanak-kanak)


Mungkin ada generasi sekarang yang tidak tahu tentang "Lagenda Mahsuri". Jadi tempat ini sangat elok untuk dilawati bagi memahami tentang lagenda yang mashyur ini. Di sini ada dipaparkan cerita apa yang terjadi pada zaman tersebut dan sebab kenapa Mahsuri telah dibunuh.

Terdapat replika - replika patung yang dipamerkan bagi menceritakan keadaan pada masa itu.

"MAHSURI BINTI PANDAK MAYAH - Mahsuri telah dihukum bunuh pada 1235 hijrah bersamaan dengan 1819 masihi akibat dari fitnah dan irihati. Semasa menerima hukuman beliau bersumpah -Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama 7 keturunan."


Makam Mahsuri


Selain daripada peninggalan sejarah tentang Lagenda Mahsuri, di sini juga turut dibina rumah - rumah kediaman orang dulu - dulu. Antaranya rumah Penghulu Dato' Seri Kerma Jaya. Terdapat pelbagai alat -alat muzik, peralatan - peralatan lama, lukisan - lukisan di pamerkan di ruang rumah ini. Di sini kita dapat melihat dan mempelajari sejarah pada masa tersebut.




Antara peralatan yang digunakan di dapur pada zaman dahulu.



Anda kenal alat ini? Kukur kelapa tradisional

Meriam pun ada dipamerkan disini.




Tempayan zaman dahulu, di tanam sebahagiannya ke dalam tanah.

Lembing merupakan senjata pada zaman tersebut.

Jadi memang tidak rugi datang melawat ke sini, belajar tentang sejarah Langkawi dan mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Semoga Langkawi terus maju dan makmur dan kita sebagai manusia tidak patut rasa iri hati dan dengki semasa manusia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia