Monday, September 1, 2014

Iklan Merdeka 2014

Assalamualaikum.

Hari ini saya cuma ingin berkongsi iklan - iklan yang telah diterbitkan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57. 

Iklan yang menarik dan memberikan maksud yang mendalam. Sesuai dengan tema kemerdekaan tahun ini "Malaysia....Di Sini Lahirnya sebuah cinta".

Mari hayati bersama - sama makna disebalik iklan - iklan ini. Semoga ianya dapat meningkatkan lagi semangat patriotik kita kepada negara tercinta - Malaysia.











Saturday, August 30, 2014

31 August 2014 :Hari Kemerdekaan Ke - 57

Assalamualaikum W.B.T

Tepat pukul 12 tengah malam ini, masuklah kita ke tarikh yang penuh sejarah - 31 August 2014. Pada hari dan tarikh yang sama 57 tahun lalu, nenek moyang kita semua telah berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai kemerdekaan yang kita kecapi hari ini. Segala jerih perih mereka berbaloi apabila laungan keramat itu kedengaran. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! - dilaungkan di Dataran Merdeka pada 31 August 1957 oleh Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Pertama Malaysia.


Salah satu lagu yang sangat significant dengan Hari Kemerdekaan, nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.




31 August 2014 merupakan tahun ke 57 sambutan kemerdekaan negara kita Malaysia. Tahun ini tema kemerdekaan "Malaysia....Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Harap kemerdekaan, keamanan dan perpaduan di dalam negara kita dapat dikekal dan dikuatkan lagi oleh generasi muda. Semoga generasi muda hari ini mampu menjadikan Malaysia semua negara merdeka yang lebih baik dan akhirnya menjadi negara yang lebih maju di masa akan datang. 



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!. Sama - sama juga kita hayati lagu tema sempena bulan kemerdekaan tahun ini.

Wednesday, August 27, 2014

Kehilangan

Assalamualaikum w.b.t

Begitu lama saya tidak menulis sesuatu di blog ini. Walaupun sebenarnya, saya masih ingin berkongsi cerita dengan anda semua. Bila dah lebih 8 jam sehari menghadap laptop di pejabat, tak sanggup lagi rasanya nak sambung menghadap laptop di rumah kecuali dalam keadaan memerlukan.

Banyak perkara yang telah berubah sepanjang tahun 2014. Perubahan yang melibatkan keluarga sendiri, sahabat handai , masyarakat dan juga negara kita. Kita hanya mampu merancang tapi segalanya ketentuan dari Allah S.W.T. Pasti perancangan dari Allah itu lebih baik dari perancangan kita seorang hamba-NYA. Insya Allah, pasti ada sesuatu yang lebih baik, hikmah dari apa yang telah berlaku. Kita sebagai hamba-NYA perlu terus berusaha dan menerima segala yang berlaku dengan redha.

Kehilangan....itu merupakan perkara yang sangat memeritkan, sangat menyedihkan dan sangat menduga sejauh mana kita mampu menghadapi dugaan dari-NYA. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tidak ada siapa yang akan lebih memahami apa yang dihadapi selain dari diri sendiri. Hanya pada Allah kita menyerah dan berdoa agar kita mampu melalui dugaan ini dengan tenang.

Peristiwa yang sama pernah terjadi pada 29 April 1999....kehilangan seorang insan yang bergelar 'Ayah'. Mungkin masih terlalu muda untuk memahami erti kehilangan, perkara itu dirasakan berlaku dengan sangat cepat. Hidup diteruskan seperti biasa, melalui hari - hari dengan kenangan lalu. Tidak sempat untuk berbakti membalas jasanya. Hanya doa yang mampu dikirimkan setiap hari, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Bila sekali lagi diduga, kehilangan seorang lagi ahli keluarga - kakak yang telah lama bersama - sama. Kakak yang sentiasa bertanya, mengambil berat kini tiada lagi disisi. Terasa kosong, tiada yang dapat mengisi kekosongan itu. Saya sebagai adik begitu terasa, apatah lagi anak dan suaminya. Moga mereka diberikan kekuatan untuk menempuhi dugaan ini.

Tidak juga disangka, perkara yang sama terjadi lagi, walaupun bukan dikalangan ahli keluarga sendiri, tapi pemergian mereka tetap dirasai. Bagaikan mengerti perasaan mereka yang kehilangan ahli keluarga tersayang. Hanya sendiri yang memahami perasaan itu, begitu sukar untuk diungkapkan dengan kata - kata tidak juga mampu digambarkan dengan tulisan. Hanya mampu berdoa semoga mereka semua tabah dan sabar dalam menghadapi liku - liku hidup yang masih panjang tanpa orang yang dikasihi.

Al-Fatihah untuk arwah ayah (Ahmad B. Hussain), arwah kakak (Rusiah Bt Ahmad), arwah pak cik Abdul Wahid dan untuk semua mangsa - mangsa trajedi MH17, MH370 dan GAZA

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah S.W.T dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman.


Saturday, May 31, 2014

Maleficent - akhirnya menjadi milikku

Salam Semua,

Sangat teruja, akhirnya dapat juga tiket filem 'Maleficent' ni. Tak sangat pulak boleh dapat free giff sekali - jam dan t-shirt. Walaupun t-shirt tu memang tak muat la dengan saya, kecik sangat sizenya. Nak bagi kat sapa pun tak tahu lagi.




Jom layan trailer filem ni..tak sabar nak pergi tengok. Lakonan Angelina Jolie


Wednesday, April 9, 2014

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Saya tidak tahu kenapa, pagi ini terasa sayu dihati, teringatkan arwah kakak saya yang telah pergi dijemput Allah sudah lebih 2 bulan. Tanggal 28 Januari 2014, dia menghembuskan nafanya yang terakhir. Tidak disangka dia akan pergi dahulu meninggalkan kami semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman.

Ajal, maut semua ditentukan oleh Allah S.W.T, tidak kira usia, tempat, masa. Sekiranya sudah sampai ajal, kita tetap akan dijemput, tidak ada apa yang dapat menghalangnya. Semoga kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya.


Rabbani: Pergi Tak Kembali

Setiap insan, pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana, akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas didada
Lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal
pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama
Nasib di sana
Baikkan atau sebaliknya

Amalan dan taqwa
Jadi bekalan
Sejahtera bahgia
Pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit
Seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf
Tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah
Segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiirng doa dan airmata
Yang pergi takkan kembali lagi

Friday, April 4, 2014

Hot Air Ballon 2014

Salam, entri ini cuma nak share sikit gambar yang sempat diambil masa pergi Hot Air Balloon minggu lepas. Sayangnya tak dapat naik belon panas ni, erm...kalau tak mesti menarik pengalaman itu.






Darth Vader - tak dapat nak ambik muka dia


Motor paling besar akhirnya berjaya dikembungkan...hehehe


#PRAYFORMH370

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1435H (12 Rabiul Awal Tahun Gajah)  bersamaan dengan 14 Januari 2014.


Mari kita banyak - banyak berselawat keatas Rasulullah S.A.W. Semoga kita akan menjadi umatnya yang bertaqwa dan sentiasa berada di lantasan yang benar.



Friday, January 10, 2014

Wira WML9036 - kereta ini telah dicuri


Salam semua,

Entri ringkas pagi ini, saya ingin mewar-warkan, kereta wira kawan saya no plat WML9036 telah dicuri di seksyen 7 Shah Alam pagi semalam. Sekiranya ada sesiapa pernah melihat kereta ini, sila laporkan di balai polis berhampiran anda. 

Kerjasama anda saya ucapkan terima kasih.


Monday, January 6, 2014

Renew Passport - Sila Datang Awal.

Salam semua,

Seperti yang ramai ketahui, kita perlukan passport bila ingin ke luar negara. Saya ini bukan jenis yang selalu berjalan ke luar negara. Maklumlah, bukan tuntutan kerja yang memerlukan saya untuk selalu ke negara orang. Kali terakhir saya keluar dari Malaysia kalau tak salah pada tahun 2012, pergi ke Jakarta. Jadi passport saya memang dah lama tamat tempoh.

Kali ini, bila mula merancang untuk bercuti ke negara lain, jadi perkara pertama yang perlu dilakukan ialah perbaharui passport. Sebenarnya ada perkhidmatan online untuk memperbaharui passport, tetapi perkhidmatan ini tidak dapat digunakan untuk sementara waktu. Ada pengumuman di website Imigresen, jadi saya perlu ke mana - mana cawangan Jabatan Imigresen yang berhampiran. Ada beberapa cawangan yang dibuka pada sabtu dan ahad untuk kemudahan kita semua. Jadi saya telah ke cawangan kelana jaya, yang paling hampir dengan rumah saya sekarang. 


Saturday-Sunday : 8.00 am - 1.00 pm
  • Negeri Sembilan Immigration Office: Seremban
  • Selangor  Immigration Office: Shah Alam,Kelana Jaya, Kajang, Pelabuhan Klang
  • Pulau Pinang  Immigration Office: Seberang Jaya
  • Sarawak  Immigration Office: Kuching, Miri
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya  Immigration Office: Pejabat Pasport Presint 15
Sumber dari laman web Jabatan Imigresen Malaysia.

Apa yang hendak saya beritahu ialah, saya ini rupanya sangat naif orangnya. Saya sangkakan sampai pukul 7.30 pagi masih lagi awal, tidak perlu beratur panjang, tapi apa yang terjadi sangat mengejutkan saya. Sampai saja di cawangan kelana jaya, barisan sudah panjang, sudah melewati beberapa buat kedai dan sudah lebih 100 orang beratur menunggu pintu dibuka. Saya tergelak sendirian, dan terdetik dalam hati " ingat aku sorang je ke nak pergi oversea". 

Pengajarannya, sila pergi awal untuk sebarang urusan di jabatan kerajaan dan jangan ingat kita seorang saja yang ada urusan, orang lain pun ada juga. 

Info untuk renew passport:
1. Sila bawa kad pengenalan (tidak perlu salinan)
2. Gambar 2 keping - latar belakang putih
3. Duit secukupnya untuk membuat bayaran.
    2 tahun - RM100
    5 tahun - RM300

***Pengalaman dan pengajaran dalam hidup***


Sunday, January 5, 2014

"Quotes" - untuk permulaan tahun 2014

Salam semua

Selamat hari ahad dan selamat berhujung minggu. Bermula 1 Jan 2014, penduduk negeri Johor sudah mula mengalami perubahan untuk cuti hujung minggu mereka. Johor telah menukar cuti hujung minggu kepada jumaat dan sabtu, bermakna hari ahad mereka akan mula bekerja dan bersekolah. 

Hari ini cuma nak berkongsi beberapa inspirational quotes yang saya baca dalam surat khabar The Star semalam. Jom baca, fahami dan selami untuk peringatan dan motivasi buat diri sendiri.






Wednesday, January 1, 2014

Hari Pertama di tahun 2014

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari pertama di tahun 2014. Kebanyakkan negeri di Malaysia bercuti hari ini, begitu juga saya...bercuti...tapi masih bekerja dari rumah. Rajin betul rasanya....tapi begitulah. Report - report penting masih perlu disiapakan, supaya semua berjalan lancar esok hari. 

Sudah lama benar saya tidak menulis di blog saya ini, sudah lama saya tinggalkan blog ini usang seperti tidak bertuan. Mungkin ada orang yang datang semasa saya meninggalkan blog ini, tapi mesti mereka kecewa kerana tidak ada entri baru di sini. Berlalu meninggalkan blog saya dan mungkin tidak datang lagi selepas itu.

Hari pertama di tahun 2014, saya tergerak hati untuk menulis sesuatu, mungkin tentang sesuatu yang terlintas di fikiran. Kadang - kadang, menulis mampu meluahkan lebih dari kata - kata. Kadang kala, bila bersuara, kita tidak mampu meluahkan apa yang sepatutnya. Atau mungkin apa yang di katakan di salah erti oleh orang yang mendengar. 

Macam - macam perkara terjadi dalam kehidupan kita, keluarga, kawan - kawan dan secara keseluruhannya negara kita. Saya membaca, cuba mengambil tahu, cuba menyelami setiap pendapat yang di lontarkan, cuba mencari rasional di setiap apa yang kita semua cakap dan luahkan. Bagaimana pun, memang susah untuk kita faham dan puaskan hati semua orang. Jadi kita cuma perlu menjadi diri sendiri, dan cuba menyelesaikan masalah yang kita lalui dengan cara kita sendiri. Mungkin cara kita tidak sama, tapi ianya mungkin berkesan dengan diri kita dan cara hidup kita. Apa yang paling penting, cara itu tidak melanggar ajaran agama kita.

Sekadar berkongsi apa yang saya rasa dan sedang mencari semula rentak untuk aktif semula di blog saya ini. Moga saya mampu untuk terus menulis di blog ini dengan tulisan yang lebih bermanfaat. Akhir kata, selamat bercuti dan manfaatkan cuti anda untuk sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.


Walaikumsalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia