Wednesday, January 1, 2014

Hari Pertama di tahun 2014

Assalamualaikum.

Hari ini merupakan hari pertama di tahun 2014. Kebanyakkan negeri di Malaysia bercuti hari ini, begitu juga saya...bercuti...tapi masih bekerja dari rumah. Rajin betul rasanya....tapi begitulah. Report - report penting masih perlu disiapakan, supaya semua berjalan lancar esok hari. 

Sudah lama benar saya tidak menulis di blog saya ini, sudah lama saya tinggalkan blog ini usang seperti tidak bertuan. Mungkin ada orang yang datang semasa saya meninggalkan blog ini, tapi mesti mereka kecewa kerana tidak ada entri baru di sini. Berlalu meninggalkan blog saya dan mungkin tidak datang lagi selepas itu.

Hari pertama di tahun 2014, saya tergerak hati untuk menulis sesuatu, mungkin tentang sesuatu yang terlintas di fikiran. Kadang - kadang, menulis mampu meluahkan lebih dari kata - kata. Kadang kala, bila bersuara, kita tidak mampu meluahkan apa yang sepatutnya. Atau mungkin apa yang di katakan di salah erti oleh orang yang mendengar. 

Macam - macam perkara terjadi dalam kehidupan kita, keluarga, kawan - kawan dan secara keseluruhannya negara kita. Saya membaca, cuba mengambil tahu, cuba menyelami setiap pendapat yang di lontarkan, cuba mencari rasional di setiap apa yang kita semua cakap dan luahkan. Bagaimana pun, memang susah untuk kita faham dan puaskan hati semua orang. Jadi kita cuma perlu menjadi diri sendiri, dan cuba menyelesaikan masalah yang kita lalui dengan cara kita sendiri. Mungkin cara kita tidak sama, tapi ianya mungkin berkesan dengan diri kita dan cara hidup kita. Apa yang paling penting, cara itu tidak melanggar ajaran agama kita.

Sekadar berkongsi apa yang saya rasa dan sedang mencari semula rentak untuk aktif semula di blog saya ini. Moga saya mampu untuk terus menulis di blog ini dengan tulisan yang lebih bermanfaat. Akhir kata, selamat bercuti dan manfaatkan cuti anda untuk sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling.


Walaikumsalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia