Friday, March 30, 2012

Seminar WordPress: Akademi DenaiHati

Salam semua,

Saya guna blogspot, kenapa saya buat entri pasal wordpress ini, mesti ada yang tertanya - tanya. Sebenarnya nak berkongsi informasi kepada siapa - siapa yang berminat untuk menghadiri seminar wordpress anjuran Akedemi DenaiHati. Info lanjut sila baca maklumat di bawah:




SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPAT Hotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH 14 – 15 April 2012
MASA 9 Pagi – 6 Petang
YURAN RM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350    (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)


Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:


  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.




Saya berminat hendak pergi seminar ini, tapi tidak ada kesempatan sebab ada kelas hari sabtu. Sedih, tapi tak pe...apa kata anda yang lain pergi menyertai seminar ini. Pendaftaran sebelum 5 April 2012 dapat harga murah. Sangat berguna untuk blogger - blogger baru yang ingin menggunakan platform wordpress. Kalau dapat pergi seminar ini mungkin lebih berkeyakinan untuk menghasilkan blog yang lebih mantap dan baik.

5 entri terbaik dari DenaiHati

Salam semua,

Hari ini saya akan menyenaraikan 5 entri terbaik dari blog DenaiHati. Senarai ini berdasarkan google search. Jom kita tengok entri terbaik dari DenaiHati:-

1. Gangguan Bekalan Air  193,000

2. Semak Keputusan SPM 278,000

3. Seminar Wordpress Produk Baru Akademi Denaihati , 302,000

4. Ramalan Tarikh Pilihan Raya Umum ke 13, 209,000

5. Apa yang perlu dibuat setelah berada di tempat pertama google search    21,200,000


Jom ramai - ramai teka 5 entri terbaik dari DenaiHati.

Akademi Denaihati akan menganjurkanSeminar Blog WordPress Pertama pada 14-15/4/2012 cepat daftar sebelum terlambat“.

Thursday, March 29, 2012

Pendapat: Apa sebenarnya yang kita mahu?


Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang sifat -sifat manusia dari pada pemerhatian saya. Pernah atau tidak anda melihat perangai manusia yang bila kita lawan atau tengah, mereka akan terus memberontak untuk melakukannya. Paling senang kita ambil contoh anak - anak kecil, bila si ibu berkata " Adik jangan panjat, Adik jangan berlari", mereka tidak akan menghiraukannya, malah makin menjadi - jadi. Lagi mahu memanjat, lagi mahu berlari. 

Dulu masa kecil, saya pelik kalau mak saya suruh lagi saya buat perkara yang salah tu, automatik tidak jadi buat, mak saya akan cakap " Buat la ..buat..buat". Terus terhenti, dalam hati berkata - kata "Eh..kenapa mak tak marah? Kenapa mak suruh buat?". Ini masa kecil la, sekarang dah tak perlu macam ini...hehehe.

Ada lagi satu kejadian di mana kawan saya minta belanja makan. Seingat saya peristiwa ini masih lagi berlaku sehingga sekarang. Biasa lah bila berkawan - kawan kadang - kadang kita akan bergurau minta belanja kan. "Eh..jom belanja aku makan". Semudah itu, tapi biasanya saya kalau memang duit cukup - cukup je memang minta maaf lah, tak dapat nak belanja makan. Jadi bila jawapan saya mengecewakan mesti akan kedengaran kata - kata sayu dr kawan. Ini situasi biasa, rasanya ramai yang pernah mengalami situasi macam ini.

Apa yang sedikit luar biasa bila, situasi yang sama seperti diatas, tapi menerima jawapan yang berbeza dari saya, "Ok..jom aku belanja". Maka terkelip -kelip mata kawan itu, seperti tidak percaya dan mula lah menolak pula pelawaan saya. 

Ini cuma pendapat saya, manusia memang ada satu konsep yang berbeza dalam perkara sebegini, bila tidak dapat akan rasa kecewa, marah dan ingin memberontak. Bila diberi, disuakan rasa seperti tidak perlu pula. 

Contoh situasi lain seperti:-

1. Bila orang selalu dengan kita, kita rasa rimas, bila orang tu takde, kita rasa ada sesuatu yang tidak cukup.
2. Bila mak marah, ingat mak tak sayang kita, tapi bila mak tak marah rasa macam something wrong saja.
3. Bila kerja banyak rasa macam "Eh takde orang lain ke nak suruh buat kerja", bila tidak ada kerja rasa macam "Aku  ini macam tak berguna saja".

Kadang - kadang saya akan duduk bertenang dan cuba muhasabah diri sendiri, apa sebenarnya yang saya inginkan. Apa pendapat anda tentang semua situasi diatas? Ianya psikologi manusia, atau emosi manusia saja.  Apa kata lelaki kacak dan perempuan cantik di luar sana.

"Too much thinking make you paranoid"

p/s: dulu pernah bercita - cita untuk masuk dalam bidang psikologi untuk jadi kaunselor, nampaknya hanya tinggal satu cita - cita sahaja.

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday 22: Lelaki Kacak dan Fire Drill








Monday, March 26, 2012

Lelaki Kacak mesti cuba aktiviti Water Rafting

Salam semua,

Siapa lelaki kacak yang pernah buat aktiviti yang kacak ini - water rafting? Sila angkat tangan tinggi tinggi. Anda memang kacak. Kalau anda rasa ingin melakukan aktiviti yang mencabar, apa kata cuba aktiviti ini. Saya sudah boleh merasai keseronokkan aktiviti ini. Terus rasa kekacakkan telah bertambah kerana ingin melakukan aktiviti lasak ini.

Jom tonton video ini untuk merasai keseronokkannya.

                

Terdapat beberapa sungai di Malaysia yang boleh anda pilih untuk melakukan aktiviti ini seperti Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru, Sungai Singoh di Gerik Perak, Slim River di Perak, Sungai Kampar di Gopeng Perak, Sungai Padas dan Sungai Kiulu di Sabah.

Untuk melakukan aktiviti ini, minimun mesti ada 4 orang dalam satu kumpulan dan umur 10 tahun ke atas. Untuk had umur, bergantung kepada sungai mana yang anda pilih, atas faktor - faktor keselamatan. Selain berseronok, keselamatan juga perlu diutamakan. 

Jika anda lelaki kacak, apa kata cuba aktiviti ini nanti ye. Bawa sekali semua lelaki kacak yang lain bersama anda untuk merasai pengalaman ini.

Maklumat lanjut tentang aktiviti ini, sila lawati WaterRaftingMalaysia



Segmen: Bloglist April - Mei bersama Jebat

Salam semua,

Jom kita menyertai segmen bloglist bersama Jebat. Sangat senang, rugi kalau tidak menyertainya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah:

1. Buat entri ringkas tentang segmen ini
2. Tampalkan banner segmen ini di entri tersebut
3. Link kan entri anda dengan entri asal di blog Jebat
4. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri tersebut di blog Jebat.
5. Siap.



Tarikh tutup segmen ini pada 31.03.2012 (11.59pm). 

Sunday, March 25, 2012

Santai: Bersiar di Kuala Gandah

Salam semua,

Masa cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi berjalan - jalan di Kuala Gandah untuk melihat gajah secara dekat. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah menunggang gajah, mandi bersama gajah, bergambar dengan gajah dan melihat - lihat gajah.

Kuala Gandah terletak di Lanchang, Pahang. Sekiranya anda menggunakan lebuh raya pantai timur, untuk ke sini anda perlu exit di Tol Lanchang. Dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.

Maklumat Lanjut: myelephants







Sungguh besar hasrat dihati,
Ingin menyunting bunga ditaman,
Sungguh besar binatang ini,
Inilah Gajah nama diberikan.


Thursday, March 22, 2012

Santai: Team Lunch di Restoran Kokopelli

Salam semua,

Hari ini entri santai tentang sebuah tempat makan yang menarik. Saya pergi makan tengah hari tadi untuk Team Lunch. Tempat makan yang di maksudkan ialah Restoran Kokopelli di Petaling Jaya.

Setiap 3 bulan company beri duit belanja untuk makan tengah hari bersama - sama team. Untuk mengeratkan tali persaudaraan antara satu sama lain. Setiap orang dapat budjet RM30, jadi hari ini, kami telah memilih Restoran Kokopelli yang terletak di SS 14 Petaling Jaya.

Restoran ini sebenarnya sebuah lot rumah banglo yang telah diubah suai menjadi restoran dalam taman. Masa mula - mula nak cari restoran ini memang susah. Bukan apa GPS dah tunjukkan restoran itu ada di sekitar kawasan, tapi kami masih tidak nampak signboard restoran ini. Rupanya terselindung di sebalik rimbunan pokok - pokok tersebut.

Menu - menu di restoran ini lebih berkonsepkan Western Food. Ada pasta, sandwich, stick dan ada juga nasi. Menu nasi hanya ada satu saja yang diberi nama 'Rice of the Day'. Setiap hari menu nasi adalah berbeza. Nak tahu apa saya makan, erm...nyum...nyum...jom tengok gambar dibawah:



Menu yang saya makan tengah hari tadi: Roast Chicken (RM25.90)


Hiasan dalaman restoran ala - ala Inggeris.


Minum Ais Lemon Tea (RM4.90)



Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday 21 - Sama dan serupa tak?

Tuesday, March 20, 2012

Jawapan untuk Top Brand Tahun 2011

Salam semua,

Semalam saya buat entri bertanyakan apakah top brand untuk tahun 2011 dan jawapannya adalah Coca Cola. Untuk melihat senarai penuh 100 top brand tahun 2011 anda boleh ke webside InterBrand. Saya pun dapat tahu dari pensyarah yang mengajar subjek marketing, jadi kongsikan dengan anda semua. 

Tahniah kepada 3 orang yang berjaya menjawab dengan betul, seperti yang dijanjikan, saya letak link ke blog anda di sidebar blog saya. Moga backlink ini dapat membantu sesapa kita. Tiga orang yang bertuah itu ialah:-



Bukan apa, saya selalu saja menerima, tapi tidak pernah memberi, rasanya kena mula memberi sesuatu kepada orang lainkan. 

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger


Salam semua,

Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu berita gembira. Seorang blogger wanita telah baik hati menganjurkan satu lagi program referral untuk 100 blogger terawal yang mendaftar. Bagaimana untuk menyertainya? Sangat mudah anda hanya perlu membuat satu entri bertajuk "Wang Tunai RM5000 untuk Blogger" di blog anda. Anda juga hanya perlu follow Twitter atau LIKE FB atau daftar email di Feedburner. 

Jadi kawan - kawan, apa kata kita sama - sama menyokong program sebegini. Tidak ada apa yang merugikan, jadi jangan tunggu lagi, nanti terlepas menjadi 100 orang yang terawal. 

Hidup untuk memberi dan MamaMurai pun ada juga program sebegini.

Monday, March 19, 2012

Informasi: 20 top brand tahun 2011.

Salam semua,

Bertemu lagi di hari Isnin yang berbahagia ini. Hari ini ingin berkongsi dengan anda semua  top global brand pada tahun 2011. Mungkin ada di antara anda telah mengetahuinya dan mungkin juga ada yang tidak tahu. Jadi saya paparkan sebagai perkongsiaan bersama. 



1)              
2) IBM                   
3) MICROSOFT    
4) GOOGLE          
5) GE (GENERAL ELECTRIC)
6) MCDONALD
7) INTEL
8) APPLE   - tahun 2010 di tangga ke 17
9) DISNEY
10) HP
11) TOYOTA
12) MECERDES
13) CISCO
14) NOKIA - tahun 2010 di tangga ke 8
15) BMW
16) GILLETTE
17) SAMSUNG - tahun 2010 di tangga ke 19
18) LV - tahun 2010 di tangga ke 16
19) HONDA - tahun 2010 di tangga ke 20
20) ORACLE - tahun 2010 di tangga ke 22



Cuba anda teka, apakah top brand tahun 2011? Rasanya ramai yang tahu kan...tulis jawapan anda di bawah ye. 3 orang yang jawab dengan tepat, saya letak link blog anda di side bar untuk sebulan..ok.

Friday, March 16, 2012

Santai: Pejabat anda ada ke memo macam ini?






Ada ke memo macam ini di pejabat anda? Saya belum pernah jumpa lagi memo macam ini depan mata. :)


Wednesday, March 14, 2012

Informasi: Apakah jenis darah anda?

Salam semua,

Masa saya menaip entri ini, saya masih lagi berada di pejabat disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan. Kerja saya tidak susah sebenarnya, schedule job lepas tu tunggu sampai siap. Nampaknya hari ini tak begitu baik sebab job ini berjalan dengan sangat lambat, bayangkan dari pagi tadi dalam pukul 11 saya run, sampai sekarang masih belum siap. Hampir 8 jam telah berlalu. Jadi sambil - sambil menunggu, saya cuba mencari maklumat tentang jenis darah. Kenapa saya mencari maklumat ini, mari saya kongsikan.

Dua minggu lepas, saya telah melakukan pemeriksaan kesihatan, periksa jenis darah, kadar kolestrol, BMI, kadar lemak dan tekanan darah. Kebetulan di tempat saya belajar (UKM Kampus KL), ada pemeriksaan kesihatan percuma. Jadi kita rebutlah peluang yang ada depan mata. Alhamdulilah keputusan pemeriksaan saya baik, tiada apa - apa yang berlebihan. Cuma semua mesti dijaga, kalau sekarang baik, jika tidak dijaga lama - lama akan mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri.

Dalam banyak - banyak keputusan pemeriksaan itu, ini kali ke-2 saya dapat mengesahkan saya mempunyai jenis darah A-. Jadi saya pun berminat untuk mengetahui apakah kelebihan dan kekurangan orang yang mempunyai jenis darah A- ini. Saya pergi ke web Pusat Darah Negara dan menjumpai satu aplikasi untuk mengetahui jenis darah apa yang sesuai untuk kita terima atau kepada golongan mana kita boleh derma darah kita. Hasilnya seperti dibawah.

Jenis Darah saya = A-


Kemudian, saya mencari maklumat dan penjelasan lain tentang darah A- ini. Saya jumpa banyak maklumat di wikipedia. Maaf saya memang tidak pandai untuk mengolah semua fakta dari wikipedia, takut jadi lain pula maksudnya. Maklumat penuh mengenai jenis - jenis darah boleh di baca di sini. Dulu masa sekolah, satu perkara yang saya sangat ingat tentang kumpulan darah ialah kumpulan darah O merupakan penderma universal, iaitu boleh menderma kepada semua jenis kumpulan darah yang lain.

Bagaimanapun, kumpulan darah O hanya boleh menerima dari kumpulannya sahaja. Jika anda berada dalam kumpulan darah O, maka anda hanya boleh menerima darah dari kumpulan O sahaja. Macam saya, saya berada dalam kumpulan darah A(-ve). Jadi saya hanya boleh menderma kepada orang yang berada dalam kumpulan jenis A sahaja (A -ve / A+ve). Bagaimana pun, saya hanya boleh menerima jenis darah A-ve sahaja. Kalau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis darah, boleh baca di sini 'Jenis Darah'.



Darah jenis apa pun boleh guna Celcom LG Prada ini, dan lagi satu korang kena tahu KakakAngkat korang darah jenis apa. Penting mana tahu kalau jadi apa - apa kat dia nanti.

Wordless Wednesday 20 - Cukup tak ni

Tuesday, March 13, 2012

Coretan hati

Salam sejahtera saya hulurkan,
Harap disambut dengan riang,
Sudah beberapa hari kesepian,
Harap idea akan datang.

Bila idea mula kekeringan,
Berbagai bahan bacaan ditatap,
Bermacam berita kedengaran,
Berita pagi ini paling menyentap.

Siapa sangka siapa menduga,
Tidak ada juga yang mengharapkan,
Siapa sangka, nasibnya begitu derita,
Telah dibakar tidak sempat diselamatkan.

Kita yang membaca merasainya deritanya,
Keluarga yang menanggung apa tah lagi,
Kita di sini hanya mampu mendoakannya,
Keluarga Adik Dirang tabah menghadapi.

Segala teka teki terjawab kini,
Adik yang hilang kini ditemui,
Sungguh sedih rasa dihati,
Adik ditemui sudah tidak bernyawa lagi.

Masih ada manusia durjana,
Kejam hati tiada belas kasihan,
Moga tenang adik disana,
Kami semua pasti mendoakan.

Apa yang diinginkan dalam kehidupan,
Oleh orang yang bergelar manusia,
Apa saja sanggup dilakukan,
Orang lain menjadi mangsa.

Cukup rasanya setakat ini,
Coretan saya untuk kali ini,
Cukup sedih rasa dihati,
Coretan ini sekadar berkongsi.

Friday, March 9, 2012

My Pinky Moments

Salam Semua,

Saya sertai pertandingan lagi....jom baca seterusnya.


Dalam banyak - banyak gambar,
Gambar ini banyak warna pink,
Gambar memori masa raya tahun 2010,
Kebetulan 2 orang abang saya berbaju melayu pink,
Jarang jumpa orang lelaki yang boleh pakai warna pink,
Tapi ok je kan, takde lah nampak pelik pun baju melayu pink color.



Gambar anak sedara yang serba pink dari atas ke bawah,
Tengah tunggu nak pergi ke rumah pengantin perempuan,
Tema di rumah kami warna hijau sebenarnya,
Tapi dia memang sangat sukakan warna pink,
Jadi tak nak pakai baju warna lain selain pink,
Takpelah jadi yang paling menyerlah dalam rombongan itu.




Jom meriahkan contest ini,
Hadiah pun lumayan,
Hanya perlu kongsikan Pink Moment Anda,
Tarikh Tutup penyertaan pada: 31 March 2012. 


Pink untuk perempuan,
Biru untuk lelaki,
Tapi walau apapun kan,
Dua-dua warna menarik hati.


Pesanan Penting: Kalau anda suka dengan gambar pink moments saya ini, jangan lupa LIKE di FB Eyriqazz 


"Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com danMadammondoq.com ditaja bersama HazmanFadzil.Com , Alyzafisol.com , Blogr.my , Sharidawati.blogspot.com dan Enveeus.Com"

Santai: Pantun Orang Kaya

Selamat Pagi kawan semua,
Mulakan hari dengan baca Kosmo,
Siapa individu paling kaya,
Itulah Carlos Slim dari Mexico.

KLMU ingin beri iPhone 4S..Macam mana??

Pagi hari suasana ceria,
Bila sudah selesai makan,
Pengasas Microsoft tempat kedua,
Bill Gates memang orang kaya.

Ramai sudah datang kerja,
Suasana mula berubah ceria,
Siapa pula di tempat ketiga,
Warren Buffett dari Amerika.

Hotlink BAGUS..Apa itu??

Pagi sabtu kelasku di KL,
Belajar sampai rasa penat,
Penjual barang mewah masih kekal,
Bernard Arnoult dari Perancis di tempat keempat.

Boleh jumpa ramai kawan disini...jom terjah

Dalam senarai yang dikeluarkan,
Ada juga wanita muda yang kaya,
Dapat hasil dari menjual pakaian,
Sara Blakely itulah namanya.

Capture the best moment of your life!

Ramai betul orang kaya,
Nilai asset berbilion dolar,
Mark Zuckerberg pun ada juga,
Pengasas facebook yang glamer.

Jangan anda rasa dan sangka,
Rakyat Malaysia tiada yang kaya,
Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhary tidak dilupa,
Di tangga ke-344 beliau berada.

Habis sudah idea dicari,
Untuk buat pantun ini,
Kalau ingin tahu lagi,
Sila buka Kosmo Online sendiri.

Thursday, March 8, 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com



Salam semua,

Pembaca setia blog ini mesti tahu saya suka join giveaway, terutama  yang senang macam ini. Syarat - syarat penyertaan seperti di bawah: 

1) Buat entri bertajuk "MegaGiveAway by Penmerah.com"
2) Like fanpages PenMerah[dot]com
3) Copy banner dan linkkan ke entri GA Penmerah.com
4) Tag 3 orang kawan

Siapa yang bertuah...ialah hikariee, kakyong dan nienasofea. Anda yang lain pun nak sertainya boleh, jomlah meriahkan lagi giveaway yang senang dan banyak hadiah untuk dimenangi.


Santai: The Lorax





Sebuah lagi filem animasi 3D yang bertemakan muzikal komedi sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Cuti sekolah yang menjelang tiba minggu depan, jadi kalau ada rancangan ingin membawa anak - anak dan keluarga menonton wayang mungkin boleh pilih filem ini sebagai santapan.

Mengikut sumber di wikipedia, filem ini diadaptasi dari buku cerita kanak - kanak Dr. Seuss The Lorax. Apa yang saya suka tentang filem animasi ini ialah imej janaan komputer yang sangat cantik dan seakan - akan hidup. Pergerakkan setiap watak juga smooth dan nampak real.


Sedikit sinopsis tentang filem ini:-

"Filem ini berkisar tentang Ted Wiggins seorang kanak - kanak berusia 12 tahun yang tinggal di Thneed - Ville yang mana dihuni selain dari masyarakat, tetapi juga objek - objek buatan. Ted cuba untuk merealisasikan impian kawannya Audrey yang ingin melihat pokok sebenar "real tree". Nenek Ted menyuruhnya bercakap dengan Once-ler dan dia mendapat tahu bahawa bandar tempat dia tinggal telah ditutup dari dunia luar yang merupakan tanah terbiar dan tercemar. Once-ler bersetuju untuk menceritakkan kepada Ted bagaimana rupa sebenar pokok. Bagaimana kisah selanjutnya dan apa yang akan Ted lakukan untuk merealisasikan impian Audrey? Apa kata kita saksikan sendiri filem ini. "

Filem ini seperti biasa sebuah filem imaginasi yang penuh dengan warna warni, ceria dan bila tengok iklan di TV macam menarik. Kalau berkesempatan mungkin saya pergi tengok, kalau tak tunggu download version je boleh..:D

Watak - watak dalam filem ini dipegang oleh:-

Zac Efron as Ted Wiggins
Taylor Swift as Audrey
Danny DeVito as the Lorax
Ed Helms as the Once-ler

Mula ditayangkan : 8 March 2012



Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday 19 - Pernah jumpa tak?


Tuesday, March 6, 2012

Santai: Pantun Masa Cuti

Sumbangan untuk keluarga arwah adik faris nur daniel

Mentari terbit membawa cahaya,
Indah sekali bila dilihat,
Hari ini hari selasa,
Saya sedang berehat - rehat.

Terdengar bunyi burung berkicauan,
Riang sungguh rasa dihati,
Duduk di kampung tenang dan aman,
Rasa mahu terus duduk disini.

Hari makin panas terik,
Baju yang basah kering jadinya,
Hilang rasa jerik pekik,
Bunyi kereta di kota raya.

Anda Pengemar Coklat..cuba baca ini.

Walaupun Astro ada dirumah,
Tapi tiada siaran menarik dinanti,
Cuti sehari dua rasa nak ditambah,
Tapi pulang nanti kerja pasti menanti.

Esok sudah mula bekerja,
Maknanya cuti sudah tamat,
Moga esok bertemu semula,
Pantun masa cuti dah tamat.

Seperti ChurpChurp tapi lebih mudah

Saturday, March 3, 2012

Tengah cari rumah...mari pergi ke MAPEX 2012

Salam semua,
Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Moga berbahagia di samping keluarga tersayang. Jadi apa program cuti hari minggu anda. Jika anda tidak ada apa - apa rancangan yang menarik apa kata pergi ke pameran hartanah di Mid Valley - MAPEX 2012.

Maklumat berkaitan dengan pameran seperti berikut:-

Tarikh   : 2/3/3012 - 4/2/2012
Masa    : 10 pagi - 9 malam
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre (Level 3)

Memang banyak syarikat -syarikat perumahan menawarkan rumah - rumah menarik untuk pilihan anda. Terdapat juga wakil dari pihak bank, jabatan kerajaan, KWSP dan lain - lain agensi yang menyertai pameran ini.

Lokasi perumahan yang di tawarkan antaranya Puchong, USJ, One South (dekat dengan tol sungai besi), Damansara, Sungai Buloh, Kajang dan Putrajaya / Cyberjaya. Terdapat juga lokasi di luar Selangor seperti projek perumahan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor. 




Saya sudah pergi semalam, masa nak cari tempat letak kereta memang cabaran, semua parking kat Mid Valley telah penuh, pusing hampir satu jam baru dapat parking. Ingatkan pergi hari jumaat, tengah hari tak lah ramai orang, rupanya penuh parking di sana.

Jadi jika anda ada masa apa kata pergi ke pameran ini, mana tahu jumpa rumah yang berkenan di hati dan menepati ciri - ciri yang anda cari. 

Maklumat lanjut: REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia)



Bersiar - siar di Tanjung Aru,
Singgah sebentar bermain air,
Begitu banyak rumah idamanku,
Sehingga hati hampir cair.


Friday, March 2, 2012

Santai: Pantun Hari Jumaat

Salam semua,

Hari ini ingin berkongsi dengan anda semua, beberapa pantun untuk santapan :)

isnin selasa dan rabu,
nama hari macam lagu,
hari yang paling ditunggu,
tentulah jumaat hari penghulu.

isnin tiba ramai tak suka,
selasa juga nasib serupa,
kalau jumaat menjelang tiba,
pasti ramai tersenyum gembira.

Anda Pengemar Coklat..cuba baca ini.

seminggu ada tujuh hari,
setiap hari mood berbeza,
sudah lama kita menanti,
hari jumaat akhirnya tiba.

bila jumaat menjelang tiba,
pelbagai rancangan telah dicipta,
apa yang penting bagi saya,
esok sabtu kelas tetap ada.

Seperti ChurpChurp tapi lebih mudah

hari jumaat tetap ditunggu,
walaupun kelas setiap sabtu,
setelah penat bekerja seminggu,
jumaat tiba sangat membantu.

bila khamis menjelang tiba,
hati mula berbunga - bunga,
jumaat datang membawa gembira,
bermakna esok cuti menjelma.

hari jumaat sungguh mulia,
penghulu kepada hari yang lain,
jika masih ada yang suka,
akan ku pantun untuk kalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia