Salam semua,
Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang sifat -sifat manusia dari pada pemerhatian saya. Pernah atau tidak anda melihat perangai manusia yang bila kita lawan atau tengah, mereka akan terus memberontak untuk melakukannya. Paling senang kita ambil contoh anak - anak kecil, bila si ibu berkata " Adik jangan panjat, Adik jangan berlari", mereka tidak akan menghiraukannya, malah makin menjadi - jadi. Lagi mahu memanjat, lagi mahu berlari.
Dulu masa kecil, saya pelik kalau mak saya suruh lagi saya buat perkara yang salah tu, automatik tidak jadi buat, mak saya akan cakap " Buat la ..buat..buat". Terus terhenti, dalam hati berkata - kata "Eh..kenapa mak tak marah? Kenapa mak suruh buat?". Ini masa kecil la, sekarang dah tak perlu macam ini...hehehe.
Ada lagi satu kejadian di mana kawan saya minta belanja makan. Seingat saya peristiwa ini masih lagi berlaku sehingga sekarang. Biasa lah bila berkawan - kawan kadang - kadang kita akan bergurau minta belanja kan. "Eh..jom belanja aku makan". Semudah itu, tapi biasanya saya kalau memang duit cukup - cukup je memang minta maaf lah, tak dapat nak belanja makan. Jadi bila jawapan saya mengecewakan mesti akan kedengaran kata - kata sayu dr kawan. Ini situasi biasa, rasanya ramai yang pernah mengalami situasi macam ini.
Apa yang sedikit luar biasa bila, situasi yang sama seperti diatas, tapi menerima jawapan yang berbeza dari saya, "Ok..jom aku belanja". Maka terkelip -kelip mata kawan itu, seperti tidak percaya dan mula lah menolak pula pelawaan saya.
Ini cuma pendapat saya, manusia memang ada satu konsep yang berbeza dalam perkara sebegini, bila tidak dapat akan rasa kecewa, marah dan ingin memberontak. Bila diberi, disuakan rasa seperti tidak perlu pula.
Contoh situasi lain seperti:-
1. Bila orang selalu dengan kita, kita rasa rimas, bila orang tu takde, kita rasa ada sesuatu yang tidak cukup.
2. Bila mak marah, ingat mak tak sayang kita, tapi bila mak tak marah rasa macam something wrong saja.
3. Bila kerja banyak rasa macam "Eh takde orang lain ke nak suruh buat kerja", bila tidak ada kerja rasa macam "Aku ini macam tak berguna saja".
Kadang - kadang saya akan duduk bertenang dan cuba muhasabah diri sendiri, apa sebenarnya yang saya inginkan. Apa pendapat anda tentang semua situasi diatas? Ianya psikologi manusia, atau emosi manusia saja. Apa kata lelaki kacak dan perempuan cantik di luar sana.
"Too much thinking make you paranoid"
p/s: dulu pernah bercita - cita untuk masuk dalam bidang psikologi untuk jadi kaunselor, nampaknya hanya tinggal satu cita - cita sahaja.