Salam semua,
Masa cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi berjalan - jalan di Kuala Gandah untuk melihat gajah secara dekat. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini ialah menunggang gajah, mandi bersama gajah, bergambar dengan gajah dan melihat - lihat gajah.
Kuala Gandah terletak di Lanchang, Pahang. Sekiranya anda menggunakan lebuh raya pantai timur, untuk ke sini anda perlu exit di Tol Lanchang. Dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.
Maklumat Lanjut: myelephants
Sungguh besar hasrat dihati,
Ingin menyunting bunga ditaman,
Sungguh besar binatang ini,
Inilah Gajah nama diberikan.