Monday, January 2, 2012

Perancangan tahun 2012


Salam semua,

Kita sudah berada di hari ke-2 ditahun 2012. Sebagai entri pembukaan tahun ini, saya ingin berkongsi perancangan untuk membangunkan lagi blog "mylifemyprimaryplan". 

Sunday, January 1, 2012

Hari - hari terakhir di tahun 2011

Salam semua,

Tahun 2011 sudah berlalu, kini tiba tahun 2012. Semoga tahun 2012, saya akan lebih rajin lagi berblog dan berkenalan dengan lebih ramai blogger. 3 hari terakhir di tahun 2011, saya ingin kongsikan dengan anda semua:


29.12.2011 - Pergi makan tengah hari bersama rakan - rakan sejawat di Restoran Italiannies di Sunway Pyramid. Setiap 3 bulan, syarikat tempat saya bekerja ada memperuntukkan RM30 seorang untuk belanja makan tengah hari. Jadi penutup tahun 2011 kami semua memilih untuk makan di Restoran Italiannies. Sedap juga menu yang saya pilih ini. Set makanan tengah harinya ada roti sebagai starter, salad dan main menu.

Shrimp Linguine dan salad segar.


30.12.2011 - Makan tengah hari di Restoran Korea di Amcorp Mall. Kawan - kawan seperjuangan di pejabat telah bermurah hati belanja makan tengah hari, sempena hari jadi saya esok (31.12.2011). Terima kasih kepada Joyce, Ayu dan Kerol.

Kimchi Soup - set lengkap untuk makan tengah hari.

31.12.2011 - Sabtu seperti biasa akan menghadiri kelas terakhir untuk tahun 2011. Hari ini sebenarnya agak istimewa kerana merupakan tarikh kelahiran saya. Jadi setelah tamat kelas, saya ke Mid Valley bertemu dengan kawan - kawan yang sudi meraikan hari ini bersama saya.


seronoknya...terima kasih kawan - kawan


tiket wayang sekarang dah pakai barcode, jadi scan je untuk masuk.



Kek ke-2 sempena hari jadi saya....terima kasih kepada kakakku dan keluarga

Penutup tahun 2011 yang mengembirakan. Semoga tahun 2012 membawa lebih lagi kegembiraan dan kebahagian dalam hidup saya. Mengenali dunia blog sepanjang 2011 membawa berbagai erti baru dalam hidup saya. Selamat Tahun Baru 2012...semoga anda semua terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.

Saturday, December 31, 2011

5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011




Survey berbayar dari PaidViewPoint

Salam semua,

Satu lagi inesitif menarik daripada blog Denaihati  yang sangat bertepatan dengan slogan blog ini iaitu "Hidup untuk memberi" . Segmen "5 blog paling kerap dilawati 2011" pernah dianjurkan oleh Denaihati sekitar bulan March 2011, masa tu aku kurang aktif berblog, jadi memang tak menyertainya. Sempena tahun 2011 yang hampir ke penghujungnya, Denaihati sekali lagi membuka segmen ini untuk semua blogger - blogger menyenaraikan 5 blog yang paling kerap dilawati. 

Tujuan segmen ini dipetik dari blog Denaihati:

"Tujuan utama projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER yang besar dan MEMBERI PENGHARGAAN kepada BLOG paling kerap dilawati tanpa perlu memaksa rakan blogger mengundi. Bayangkan kalau ada lebih 1000 rakan blogger Malaysia dan Indonesia memilih 5 blog paling kerap dilawati pasti kita akan mengetahui blog mana yang menjadi kesukaan rakan blogger sepanjang 2011 secara semulajadi bukan secara paksa melalui undian atau klik LIKE Facebook."

Friday, December 30, 2011

Salah ke jawapan saya?

Salam semua,

Hari ini ingin berkongsi satu cerita yang baru sahaja terjadi kepadaku petang tadi. Alkisahnya, petang tadi selepas habis waktu bekerja, saya bergegas ke Kelana Jaya untuk pergi ke Maybank. Bukan apa, untuk membuat bayaran pinjaman kereta yang perlu dibayar sebelum 1 hari bulan. Setelah selesai dengan urusan pembayaran, maka perutku berasa lapar, maklumlah waktu itu sudah hampir pukul 7 malam. 


Jadi sebelum pulang ke rumah, saya bercadang untuk membungkus apa - apa makanan yang menarik yang ada di sekitar itu. Pilihan yang ada, agak banyak seperti McDonalds, Restoran Mamak, JM Beriani House, Subway dan beberapa lagi restoran lain. Hati tertarik untuk pergi ke Subway, erm...menarik juga kalau bungkus sub of the day "Chicken Slice" hanya pada harga RM7.50. Ok, keputusan diambil dan terus berjalan menuju destinasi.

Agak bernasib baik kerana tidak ramai pelanggan di waktu yang dah hampir maghrib ini. Terus meminta pesanan dan sampai di kaunter bayaran, saya pun mengeluarkan not RM10. Tiba - tiba cashier itu berkata " tak de duit kecil ke kak? ". Saya pun membelek duit dalam dompet dan berkata " takde lah". Cashier berkata lagi "duit seringgit seringgit ke? ada?", saya menjawab "Ada, tapi tak cukup". Cashier tersebut telah menggelakkan saya. Saya cuma senyum saja. Dalam hati terfikir "salah ke jawapan aku bagi??"

Anda semua rasa, salah ke jawapan yang saya bagi?

Subway Chicken slice ni dah selamat masuk dalam perut saya...
sedap...nyum...nyum


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia