Assalamualaikum semua.
Lama saya tidak menulis entri baru. Sibuk ke sana sini, buat itu buat ini, lupa blog sekejap. Tengah rehat - rehat depan tv ni, teringat pulak nak kongsikan tip-tip pindah rumah. Maklumlah saya baru saja pindah rumah, so apa yang saya buat dan alami masih segar dalam ingatan.
1) Packing barang.
- Asingkan barang anda mengikut kategori - baju, barang kaca, buku, barang elektrik.
- Tandakan kotak atau letak label, supaya nanti senang nak cari barang
- Pastikan anda labelkan kotak yang mengandungi barang kaca. Penting untuk anda labelkan dengan jelas supaya barang kaca anda tidak pecah. Nanti nangis tak berlagu...heheheh
- Fokus pada satu bilik dahulu, contoh pack barang untuk bilik anda dahulu. Jadi barang tidak akan bercampur aduk.
- Kemas dapur paling akhir sekali.
- Di kediaman baru, un-pack barang dapur dahulu. Penting untuk pastikan kita boleh makan dan minum sambil bekerja untuk mengemas barang-barang yang lain.
- Oh ya, adalah lebih baik jika anda boleh sediakan satu special box. Anda boleh letakkan sedikit keperluan asas yang anda boleh terus guna bila tiba di rumah baru.
Oh ya, kalau anda masih mencari - cari di mana boleh dapatkan semua keperluan untuk packaging boleh ke website ini packagingmart. Semua ada di jual disini - boxes, bubble wrapping, tapes, stretch film dan macam - macam lagi.
2) Mover
- Buat tempahan lori untuk membawa barang anda ke tempat baru
- Banyak perkhidmatan yang ditawarkan sekarang. Saya telah memilih menggunakan thelorry
- Sila lihat quotation yang mereka beri dengan teliti, jika bersetuju baru buat pengesahan dan bayaran.
- Untuk makluman, thelorry ada menyediakan khidmat tambahan seperti tenaga kerja (yang tolong angkat barang), atau anda boleh langgan khidmat untuk membungkus barang-barang yang besar seperti katil, almari.
- Semua perkhidmatan tersebut ada harga yang ditetapkan, jadi jika rasa perlu boleh ambil, jika tidak boleh sewa lori sahaja.
3. Tarikh dan Masa
- Anda perlu tetapkan tarikh dan masa untuk berpindah. Biasanya jika anda tinggal di apartment, perlu dapatkan kebenaran dari pihak pengurusan.
- Seperti saya, ada borang yang perlu diisi beserta dengan maklumat lori dan driver.
- Di rumah baru juga saya perlu maklumkan kepada pengurusan bila saya nak pindah masuk.
- Ini kerana, mereka boleh sediakan parking untuk lori dan melihat kesesuaian tarikh tersebut supaya tidak menggangu jiran dan memastikan keselamatan terjamin.
4. TNB dan SYABAS.
- Pastikan anda telah menyelesaikan urusan bekalan elektrik dan air ke rumah baru anda.
- Pastikan ianya selesai sebelum anda pindah masuk.
- Sebelum pindah, boleh pergi check dulu untuk pastikan bekalan elektrik dan air telah tersedia.
- Kalau anda beli rumah sub-sale macam saya, boleh rujuk entri ini untuk cara-cara menukar nama pemilik.
5. LAIN-LAIN TIPS
- Pastikan rumah dalam keadaan bersih sebelum masuk. Seeloknya cuci dulu seluruh rumah sebelum anda angkut semua barang.
- Kalau rumah sub-sale macam saya, apa kata cat dulu sebelum masuk baru rasa macam rumah baru. Lagipun bila dah masuk baru nak cat, akan jadi leceh sikit sebab perlu alihkan semua barang yang ada dalam rumah.
- Kalau ada ASTRO, anda boleh request dengan mereka untuk pasangkan antena ASTRO anda dirumah baru. Oh ya, tapi anda perlu bawa sendiri piring ASTRO yang besar itu ke destinasi baru.
- Jangan lupa juga update maklumat anda (alamat baru) pada pihak yang berkenaan. Tidaklah nanti anda menghadapi masalah surat-surat tidak sampai ke alamat baru. Perkara ini selalu kita lupa, tapi bila surat penting tidak sampai, itu akan menjadi masalah kepada kita.
- Contohnya maklumat di syarikat insurance, bill handphone, bank akaun.
Harap tip-tips di atas dapat membantu anda yang sedang dalam rancangan untuk berpindah rumah.
~Kimmie~
~Kimmie~