Monday, February 29, 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE



Assalamualaikum semua.

Saya dalam proses untuk dapatkan senarai terbaru blog. Jadi bila nak blog walking senang sikit kan. Untuk membolehkan anda masuk dalam bloglist saya senang saja. Anda cuma perlu ikut langkah dibawah:

1) Tolong 'LIKE' page facebook saya. Klik je Like button tu, senang kan.

2) Follow salah satu daripada berikut:


  • Twitter (@kimmie2713)
  • Instagram (@rose_zha)
  • Google +
  • Google Friend Connect
3) Buat satu entri dengan tajuk "SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA   KIMMIE". Jangan lupa letak banner di atas dalam entri anda nanti.


Lepas tu, tinggalkan link entri anda dalam ruangan komen ya. Boleh saya pergi melawat pulak blog anda nanti.

Tempoh segmen ini dari 1 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016

Saya akan pilih 20 blog berdasarkan entri mereka yang menarik. Blog ini akan saya masukkan dalam bloglist saya.

Sekian terima kasih.

Sunday, February 28, 2016

SENARAI PESERTA SEGMEN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE

Assalamualaikum semua.

Saya rasa sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih banyak - banyak kepada semua yang sudi menyertai segmen bloglist saya ini. First time buat dan berharap dapat sambutan yang mengalakkan.



Kepada yang belum join, boleh tengok cara - caranya di sini.


Berikut adalah senarai peserta yang telah menyertai segmen ini.

7) http://misskitty12.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
8) http://akhalilah.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
9) http://atharu.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
10) http://akubukaninnocent.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
11) http://greennyworldland.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
12) http://atieratyra.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
13) http://anakpakcikazwar.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
14) http://darihatimissmulan.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
15) http://theonlygirl98.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
16) http://jombercontest.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
17) http://erinndryana.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
18) http://sweetsmelodypinky.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
19) http://akuainkausiapa.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
20) http://www.kisahpondokkecil.com/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
21) http://huhahuhajerr.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
22) http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
23) http://alyasygsanda.blogspot.com/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
24) http://imashue.blogspot.my/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
25) http://www.dramaticuniq.com/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama-kimmie.html
26) http://www.sayidahnapisah.com/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html
27) http://www.sheilainspire.com/2016/02/segmen-pencarian-bloglist-2016-bersama.html



Senarai peserta akan diupdate dari semasa ke semasa

Saturday, February 27, 2016

Lawatan ke Kota Mahsuri, Langkawi

Assalamualaikum.

Saya baru balik dari bercuti di Langkawi semalam. Ini adalah pengalaman pertama saya ke Pulau Langkawi, Kedah. Orang lain dah berkali - kali pergi, saya baru pertama kali sampai. Alhamdulillah.

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya melawat Kota Mahsuri di Langkawi Kedah. Saya pergi masa bukan masa cuti, jadi tidaklah sibuk sangat dan pelawat pun kurang.

Pintu Masuk ke Kota Mahsuri

Harga Tiket Masuk: 
RM10 (dewasa)
RM5 (kanak-kanak)


Mungkin ada generasi sekarang yang tidak tahu tentang "Lagenda Mahsuri". Jadi tempat ini sangat elok untuk dilawati bagi memahami tentang lagenda yang mashyur ini. Di sini ada dipaparkan cerita apa yang terjadi pada zaman tersebut dan sebab kenapa Mahsuri telah dibunuh.

Terdapat replika - replika patung yang dipamerkan bagi menceritakan keadaan pada masa itu.

"MAHSURI BINTI PANDAK MAYAH - Mahsuri telah dihukum bunuh pada 1235 hijrah bersamaan dengan 1819 masihi akibat dari fitnah dan irihati. Semasa menerima hukuman beliau bersumpah -Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama 7 keturunan."


Makam Mahsuri


Selain daripada peninggalan sejarah tentang Lagenda Mahsuri, di sini juga turut dibina rumah - rumah kediaman orang dulu - dulu. Antaranya rumah Penghulu Dato' Seri Kerma Jaya. Terdapat pelbagai alat -alat muzik, peralatan - peralatan lama, lukisan - lukisan di pamerkan di ruang rumah ini. Di sini kita dapat melihat dan mempelajari sejarah pada masa tersebut.




Antara peralatan yang digunakan di dapur pada zaman dahulu.



Anda kenal alat ini? Kukur kelapa tradisional

Meriam pun ada dipamerkan disini.




Tempayan zaman dahulu, di tanam sebahagiannya ke dalam tanah.

Lembing merupakan senjata pada zaman tersebut.

Jadi memang tidak rugi datang melawat ke sini, belajar tentang sejarah Langkawi dan mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Semoga Langkawi terus maju dan makmur dan kita sebagai manusia tidak patut rasa iri hati dan dengki semasa manusia.

Thursday, February 25, 2016

1MalaysiaGRIP

Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang satu program daripada HRDF untuk dimanfaatkan oleh kita semua. Ada ada dengar tentang "1MalaysiaGRIP"?





1MalaysiaGRIP adalah program latihan yang dianjurkan oleh kerajaan di bawah Human Resource Development Fund (HRDF) untuk memberi peluang kepada pekerja - pekerja meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang kepakaran sama ada IT, Pengurusan, Kewangan dan berbagai - bagai lagi. 


Anda boleh lihat senarai latihan yang disediakan di sini. Sekiranya anda berminat untuk menyertainya, anda boleh download borang permohonan di sini. Kemudian isikan maklumat yang diperlukan dan dapatkan cop daripada HR di tempat anda bekerja.

Cop atau pengesahan daripada HR tempat anda bekerja penting. Ini adalah kerana program ini hanya dibuka kepada ahli - ahli berdaftar di bawah HRDF sahaja.

Bila dah siap isi borang permohonan, boleh scan copy bersama IC dan satu salinan slip gaji ke penyedia latihan yang anda telah pilih.

Jadi jangan tunggu lama - lama, kalau berminat sila buat permohonan dengan segara.

Sunday, February 21, 2016

Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ



Assalamualaikum.

Ada satu lagi segmen bloglist menarik daripada blog DRAMATIC UNIQ. Jom kita join ramai - ramai. Syarat penyertaan mudah sahaja seperti dibawah:

1.  Follow blog Dramatic Uniq
2.  Add blog Dramatic Uniq dalam bloglist kalian
3.  Copy banner ini dan buat entry khas di blog anda dengan tajuk 
Segmen Bloglist Mac 2016 Bersama DRAMATIC UNIQ
4.  Tinggalkan URL entry anda tu di ruangan komen entry ini sahaja.
5.  Tarikh tutup : 29 Februari 2016

SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT

Assalamualaikum.

Lama benar dah saya tak buat entri baru. Sibuk menguruskan majlis perkahwinan adik bongsu saya. Perjalanan majlis berjalan lancar dan semua sudah selesai pada 8-Feb-2016 yang lalu. Alhamdulillah.

Bergambar bersama - sama pengantin baru.

Tengok ramai orang datang, terima kasih kerana memeriahkan majlis.




Majlis kenduri kahwin kami buat secara gotong royong dengan orang kampung dan saudara mara. Masa macam ni lah dapat berkumpul beramai - ramai, bekerjasama dan beramah mesra. Maklumlah jarang dapat bertemu, masing - masing sibuk dengan urusan kerja. Riuh rendah rumah wan bila semua balik. :)


Majlis akad nikah diadakan sebelah malam pada 7-Feb-2016 (Ahad) lepas Solat Isyak. Alhamdulillah sekali lafaz adik saya sah menjadi isteri kepada Irwan Shah bin Mohamed. 



Pasangan pengantin tiba tepat pukul 12.30 tengah hari

Adik ipar saya ni orang Temerloh je, dekat la kan dan kerja pun di Temerloh. Adik saya pula, sebelum kahwin dapat tawaran kerja di Akademi LHDN di Bangi Selangor. Nampaknya diorang terpaksa berjauhan lah lepas kahwin. Sorang di Temerloh, sorang di Selangor.

Pelamin bertemakan warna putih dan hijau.



Kek Pengantin.


Menu kenduri hari tu simple saja:

1) Kari Daging
2) Sayur Labu
3) Sambal Perut
4) Acar timun
5) Sambal belacan
6) Ulam - ulaman
7) Air Sirap
8) Cendol

Menu Makan Pengantin pula:

1) Ayam Golek masak percik
2) Ikan Talapia Goreng Masak Merah
3) Sayur Labu
4) Buah - buahan 
5) Puding Kastrad

Sayangnya saya lupa ambik gambar. Lebih sedih gambar yang diambil dalam kamera abang saya habis terdelete oleh anak dia. Tak sengaja...nak buat macam mana. Jadi tak banyak gambar yang boleh saya kongsikan.



Bakal pengantin masa hadapan....hahahaha.


Maaflah, lambat betul saya nak siapkan entri ni, mana sibuk dengan kenduri kahwin belah keluarga kami. Kemudian balik bekerja 3 hari, sibuk selesaikan kerja-kerja yang ada di pejabat. 

Kemudian balik semula ke kampung untuk menghadiri majlis sebelah lelaki pula pada 13-Feb-2016 yang lalu.




SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA JODOH INI BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT!!!



Friday, February 5, 2016

Cuti panjang 4 hari - apa aktiviti anda?

Assalamualaikum semua,

Saya rasa ramai yang gembira dengan cuti panjang 4 hari bermula esok sampai selasa sempena CNY. Mesti ramai yang dah plan aktiviti untuk dilakukan sepanjang cuti 4 hari ini.

Mungkin ada yang sambung cuti kot....hehehehe.


Saya memang bakal sibuk kerana adik saya bakal berkahwin pada tanggal 8-Feb-2016 ini. Jadi memang sibuk buat persiapan. Nak kenduri kan, macam - macam nak kena buat.

Jadi saya akan lewat sikit mengupdate blog, update senarai peserta untuk segmen bloglist tu nanti.

Saya minta maaf ya....nanti saya kongsikan gambar - gambar sepanjang persiapan dan kenduri berlangsung.


Doakan majlis ini berjalan lancar ok, terima kasih semua.


Thursday, February 4, 2016

EPF contribution 8% atau 11%

Assalamualaikum.

Pada minggu lepas, seperti yang telah diketahui umum, PM telah mengumumkan pengurangan kadar berkanun caruman syer pekerja daripada 11% kepada 8%. Ianya diumumkan semasa pembentangan semakan penyesuaian semula Bajet 2016.


Hari ini HR syarikat saya telah mengeluarkan memo berkaitan dengan perkara ini. Kami sebagai pekerja boleh mengisi BORANG KWSP 17A (KHAS2016) sekiranya ingin mencarum melebihi kadar berkanun.


Borang boleh didapati di laman web KWSP.


Kadar berkanun untuk syer majikan masih sama, tiada perubahan. Sekiranya anda tidak mengisi borang ini, bermakna anda setuju syer pekerja anda dikurangkan kepada 8% bermula pada caruman March 2016 sehingga Disember 2017.

Pilihan di tangan anda, buatlah pilihan yang bijak :). Saya sudah....anda bagaimana?




Maklumat yang diperlukan senang sahaja:

1) No Ahli KWSP
2) No Kad Pengenalan
3) Nama Penuh
4) Tandatangan
5) No majikan (boleh dapat dari borang EA tahun lepas)
6) Nama majikan
7) Dapatkan pengesahan daripada majikan.






GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER


Blog arwendanish nak bagi free voucher MBO Cinema. Voucher ini boleh redeem tiket wayang dan makanan sekali. Seorang pemenang akan dapat 2 tiket.  1 tiket bernilai RM16. 

Nak join GA ni pastikan area tempat anda ada MBO Cinema ok!hehe 

Voucher ini luput pada 31/3/16  



Syarat penyertaan: 

1) Follow blog arwendanish.blogspot.com 
2) LIKE page @projekbloggerutara 
3) Follow IG: el_darwena 
4) Follow IG: @projekbloggerutara 
5) Copy & Paste Entry ini & PUBLISH ke Blog korang 
6) Komen & masukkan link entry korang di sini 
7) 5 Pemenang akan diumumkan 

Tarik tutup penyertaan pada 10/2/16


Wednesday, February 3, 2016

Marah!! Kenapa itu terjadi kepada kita

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi pendapat dengan anda semua tentang marah. Kenapa kita marah, naik angin dan macam mana kita nak kawal kemarahan daripada memberi kesan kepada orang lain.


Marah ini sebenarnya salah satu sifat yang tidak disukai Allah. Bila marah kita akan lupa tentang segala - galanya. Lupa bersopan, mengeluarkan kata - kata nista, tidak fikirkan perasaan orang lain. Sedar atau tidak, bila perasaan marah itu hilang, baru rasional kita sebagai manusia kembali. Mula rasa menyesal dengan tindakan semasa kita marah.


Marah itu salah satu hasutan syaitan. Dalam Islam, kita disuruh mengambil wudhu sekiranya kita berasa marah. Insya Allah, hati akan tenang semula bila kita mengingati Allah S.W.T.

Ada juga sesetengah orang menyatakan, saat - saat pertama ketika perasaan amarah itu datang, sekiranya kita mampu mengendalikan dengan baik, maka keadaan akan lebih terkawal.

Perasan tak, kalau seseorang tengah marah, kalau orang tu diam je maksudnya dia tengah cuma mengawal kemarahan. Ada orang yang marah terus naik tangan. Maksudnya memang dia tidak boleh kawal dah tu perasaan tersebut.




Dalam kehidupan seharian memang banyak cabaran dan dugaan yang kadang kala boleh mengundang kemarahan. Apa yang kita boleh lakukan sentiasa berfikiran positif, sabar dan tenang menghadapinya.

Semoga kita semua boleh mula belajar mengawal kemarahan dan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

Jumpa lagi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia