Sunday, November 15, 2015

Lesen Memandu hampir tamat tempoh. Perbaharui segera.

Assalamualaikum,

5 tahun lepas, saya telah renew lesen memandu untuk tempoh 5 tahun. Alkisahnya....selepas 5 tahun saya hampir lupa yang lesen memandu akan tamat tempoh pada hujung bulan november ini. Bahaya juga renew lama - lama, nasib baik teringat nak check dompet. Hai...banyaknya yang nak kena renew bulan November ni. Lesen, road tax dan insurance kereta, semua kena renew sekali gus. 

Disebabkan dah takde masa nak ambik cuti untuk ke Pejabat Pos atau ke JPJ, jadi saya pilih untuk renew lesen di atas talian. Bagus juga ada MYEG, telah memudahkan urusan saya. Hanya perlu register account di website MYEG dan pilih perkhidmatan apa yang hendak anda lakukan.



Selain dari renew lesen, banyak lagi perkhidmatan lain yang di tawarkan di MYEG antaranya:
  • Renew road tax
  • Renew insurance
  • Semak saman traffik
  • Bayar zakat
  • Renew permit
  • Renew working permit untuk maid
Mudah kan, semua dihujung jari anda. Cuma kalau anda inginkan lesen yang baru (cantik ada gambar semua tu), perlulah ke JPJ atau Pejabat Pos. Kalau renew online ni dapat lesen yang laminate tu je...hehehe.




Oklah, saya harap anda semua tak lupa macam saya. Nanti free je kena saman dengan Encik Polis Traffik. Lepas ni tarikh tamat akan jatuh pada tarikh hari lahir. Jadi senang sikit nak ingat kot...:).

Pastikan lesen memandu anda belum tamat tempoh ya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia