Friday, November 13, 2015

Kongsi Ilmu: V.I.P di akhirat

Assalamualaikum.

Hari ini alhamdulillah berpeluang menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan di pejabat saya. Dalam masa hampir 2 jam itu banyak ilmu yang sangat bermanfaat telah dikongsikan. Tetamu undangan yang sudi berkongsi ilmu itu ialah Ustaz Al Amin. Beliau selalu ke udara di radio IKIM FM. Tajuk ceramah beliau hari ini ialah V.I.P di akhirat.

Antara inti pati ceramah beliau yang sempat saya catat dan saya cuba kongsikan sebaik mungkin dengan anda semua.Kita sebagai manuasia dan hamba Allah S.W.T akan melalui 5 fasa sebelum sampai ke akhirat dan apakah amalan - amalan yang perlu kita lakukan sepanjang di dunia yang akan membantu kita menjadi V.I.P di akhirat kelak.

1) Fasa Alam kubur
2) Fasa Padang Mahsyar
3) Fasa Timbangan Amalan
4) Fasa Titian Siratulmustakim
5) Syurga / Neraka
  • Sepanjang kehidupan kita di dunia ini, carilah pahala dan amalan - amalan yang kekal manfaatnya
  • Sebagai contoh - selalu bersedekah, wakaf kan harta benda ke jalan Allah S.W.T
  • Mendidik anak menjadi seorang yang soleh dan solehah. Semoga apabila kita tidak ada lagi di dunia ini mereka akan mendoakan kita. 
  • Selalu mengamalkan / membaca surah Al-Mulk. Akan menjadi peneman dan penerang kubur kita.
  • Selalu bertaubat - menyesal dengan dosa-dosa lalu.
  • Terdapat 7 golongan yang akan dilindungi oleh Allah S.W.T. Semoga kita menjadi salah seorang dalam 7 golongan ini iaitu:
  1. Pemimpin yang adil
  2. Orang yang suka ke rumah Allah (Masjid)
  3. Orang yang ikhlas berkawan - bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah
  4. Orang yang ikhlas bersedekah
  5. Orang yang rajin bangun solat malam (tahhajud)
  6. Orang yang menitiskan air mata kerana menyesal dengan dosa-dosanya
  7. Orang yang meninggalkan maksiat
  • Setiap amalan kita akan ada 5 saksi iaitu Allah, malaikat, manusia, anggota badan dan makhluk - makhluk lain.
  • Setiapnya akan menjadi saksi, mulut akan dikunci dan tidak boleh berkata - kata
  • Kita perlu sentiasa bertaubat untuk menghapuskan dosa - dosa. Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Taubat adalah jalan untuk melenyapkan dan meminta pengampunan dari Allah S.W.T
  • Selalu menghadiri majlis ilmu, berzikir kerana ianya dapat membantu kita di sana kelak
  • Antara amalan yang dapat membantu kita melalui titian ini ialah solat. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita perlu menjaga solat 5 waktu dengan sempurna dan memperbanyakkan solat sunat.
  • Wakaf
Diharap sedikit perkongsiaan ini dapat memberi manfaat. Segala yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan sekiranya ada kesilapan datang dari kekhilafan saya sendiri. Mohon maaf andai ada yang tersalah, sekadar perkongsian dan untuk ingatan diri sendiri juga.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia