Sunday, November 15, 2015

Drama Pilihan: Kau,Aku,Kita

Assalamualaikum.

Di hari minggu yang berbahagia ini, mesti ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat - rehat di rumah sambil meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Jadi hari ini saya ingin berkongsi tentang sebuah drama yang tengah hangat di tayangkan di TV3 setiap hari rabu & khamis pukul 9 malam. Sebuah lagi adaptasi dari novel "Kau,Aku, Kita" karya Orkid Edyliyne.


Apa yang menarik tentang drama ini ialah kisah tentang 2 individu  berlainan jantina yang mempunyai nama yang sama. Anda pernah jumpa siapa - siapa yang sama nama macam anda? Kalau sama jantina tu ok lagi lah kan...ini berlainan. Seorang lelaki, seorang perempuan tapi nama sama "Iman Firdaus". Pelik kan, adakah ini satu kebetulan atau takdir Allah yang menemukan mereka.

Iman Firdaus (Aus) - seorang lelaki, pelakon popular, ramai peminat tetapi dikawal sangat ketat oleh bapanya. Sangat digilai oleh seorang pelakon wanita (Ku Wafa).

Iman Firdaus (Iman) - seorang perempuan, kematian ibu dan bapa dan tidak mempunyai apa - apa. Memikul tanggungjawab membesarkan adik - adiknya dan terperangkap dengan hutang arwah bapanya.

Drama komedi romantik ini diterbitkan oleh JS Pictures dan sudah pun mula di tayangkan di TV3 bermula 28 October 2015. Watak Aus dilakukan oleh Syarul Rizwan manakala watak Iman dipegang oleh Janna Nick. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Kuza, Shamsul Ghau Ghau, Isey Titan dan ramai lagi.


OST drama ini "Kau Bagai Udara" nyanyian Bahrian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia