Tuesday, February 8, 2011

kisah dulu-dulu...

semalam seharian aku berpikir, apa aku nak buat, sbb office masih dlm mood CNY. Ramai staff yg masih bercuti, aku mmg bosan tahap kritikal la...so aku pun mengenang kembali kisah2 lampau masa aku masih kecik2. Aku ni bukan budak yg aktif sgt, dr kecik mmg suka memerhatikan tingkah laku orang. Aku ingat dulu, masa aku kecik lg, tgk jiran sebelah rumah isap susu dlm botol, masa thn 80-an tu terutama budak2 kampung cam aku, tak isap susu botol, isap susu badan. Aku punya lah teringin sgt, mintak dgn mak, padahal masa tu aku dah besar jugak, dlm 4 thn, mana ada aku isap susu dah, tp sbb nmpk jiran aku tu, aku jd teringin, aaaiiiiii jenuh la mak aku nak kena belikan botol susu pulak, pas tu dia buat air milo letak dlm botol susu tu. Hahahahahaha.....bila aku dah dpt botol susu tu, aku duk lepak bawah pokok rambutan, dok tgk jiran aku tu...sambil aku menikmati air milo dlm botol...ala2 nak tunjuk botol susu baru sebenarnyer...isk tak hape2 je. Lg satu dulu masa aku kecik2, mak aku buka kedai runcit kat kg, so ada la satay ikan...aku suka giler dgn satay ni, so aku dgn abg aku akan g ambik satay ni dr kedai, bwk lari kat dapur dan makan bawah meja....baik punya port. Jap lg mak aku tgk satay tu mcm kurang je...siaplah aku dgn abg aku. Siapkan telinga je ye...get ready nak kena piyat. Rupa satay tu mcm dlm gmbr ni:-

bila dikenangkan zaman kecik dulu, mmg seronok, mcm2 jugak la yg aku buat, dulu klu musim buah, balik sekolah je terus panjat pokok rambutan, aku mmg sgt sukakan buat rambutan. Balik dah tak ingat nak makan nasi, terus cari buah rambutan, masa sekolah rendah ok lah, tp bila dah masuk sekolah menengah mak aku dah siap sound 'dah besarpanjang tu jgn duk panjat pokok je'...erm....so kenalah kurangkan aktiviti yg menyeronokkan ni. Bukan setakat pokok rambutan, pokok manggis pun aku panjat. Atas bumbung rumah pun aku pernah panjat, berkelah kat atas bumbung, giler happening...ni idea abg aku lah, kita org nak nyorok, sbb ada org sedara dtg rumah, so termpat paling ideal ialah atas bumbung, so panjat siap bawah payung sbb panas. Hahahaha.....


sekadar gambar hiasan..

Aku dulu mmg geng dgn abg aku, sbb beza umor kitaorg cuma 2 thn, so mmg boleh geng. Lagipun akak2 aku semua dah besar, beza umor jauh sgt, so tak leh nak geng.

kamcing...lebih kurang cam ni la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia