Saturday, August 1, 2015

MNP - Mobile Number Portability: Pengalaman saya

Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi dengan saya. Hari ni saya ingin berkongsi pengalaman dalam MNP. Siapa pernah buat MNP?
Anda tahu apa itu MNP?

Sebagai pengguna talian telepon di Malaysia, mungkin istilah MNP agak asing kerana ianya istilah yang digunakan oleh orang - orang dalam industri telekomunikasi. Untuk pengguna seperti kita, anda mungkin pernah melakukannya dimana anda nak tukar service provider tapi nak maintain number yang sama.

MNP bermaksud Mobile number Portability yang mana memberi kebebasan kepada pengguna untuk bertukar kepada service provider yang lain dan pada masa yang sama mengekalkan numbor sedia ada. Service ni dah ada di Malaysia sejak 2008 (kalau tidak silap saya). Saya pun dah bertukar service provider sebanyak 3 kali.

Kelebihannya, kita tak perlu bagi tahu kawan - kawan nombor baru bila kita tukar service provider. Kalau dulu, bila tukar je..kena inform kawan-kawan. Orang pun pening, asyik tukar nombor je, leceh kan.



Kenapa saya tukar Penyedia Perkhidmatan (Service Provider)?

1- Coverage - sebenarnya setakat ini saya tak jumpa lagi mana - mana telco yang coverage dia betul-betul menyeluruh. Negara kita masih lagi dalam peringkat membangun dan masih ada lagi tempat - tempat yg belum ada coverage. Jadi masalah ini bergantung kepada pengguna, di mana mereka selalu berapa. Saya rasa ini salah satu sebab kenapa orang ada 2,3 nombor.

2 - Caj tersembunyi - yang ini saya paling tak suka, sebab kita seperti digunakan untuk sesuatu perkhidmatan yang tidak pernah kita minta. Sebagai contoh, kita menerima SMS / MMS promosi berkaitan produk atau service dari pihak ketiga melalui penyedia perkhidmatan. Bila bill bulanan sampai, kita dicaj kerana menerima SMS/MMS ini.

Ini adalah 2 sebab utama kenapa saya tukar penyedia perkhidmatan. Anda pula bagaimana? 

Monday, March 23, 2015

BUKU PILIHAN SAYA: TOMBIRUO 'PENUNGGU RIMBA'

Assalamualaikum,

Saya telah memutuskan untuk membuat satu ruangan di blog saya untuk berkongsi buku - buku pilihan saya. Sebagai entri pembukaan, saya nak berkongsi sebuah buku thriller karya novelis terkenal - Ramlee Awang Murshid - Tombiruo Penunggu Rimba.


Synopsis buku:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda.
Empat nama telah disenaraikan.
Nama kelima telah disingkirkan.
Dua belas pembunuhan kemudian dilakukan.
Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana
nafsu, wang, kuasa dan dendam!
Dan setelah 30 tahun,
mereka dipertemukan untuk mengatur semula
episod hidup yang penuh ngeri.

Tombiruo - kisah tentang 2 individu, Amiruddin dan Ejim. Kisah hidup yang berbeza, mereka tidak pernah bertemu tetapi mempunyai ikatan yang mereka sendiri tidak pernah tahu. Seorang hidup sebagai manusia normal manakala seorang lagi hidup di dalam hutan belantara.

Ketentuan Allah itu sangat luar biasa, hanya DIA telah mengatur segalanya tanpa pengetahuan hambanya. Kita sebagai manusia terlalu kerdil untuk memahami, tetapi percaturan ALLAH itulah yang terbaik. Ikuti kisah hidup Amiruddin dan Ejim dalam novel thriller ini. Ianya sebuah cerita yang tidak akan mengecewakan anda.

Sunday, March 22, 2015

Akhirnya....saya berjaya bayar semuanya.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, akhirnya saya berjaya bayar semua hutang PTPTN. Rasa seperti satu ketul batu besar telah berjaya dialihkan dari atas kepala. Kurang satu comitmment setiap bulan, sekali lagi syukur ke-hadrat Allah yang telah memudahkan semua urusan. Misi seterusnya, habiskan bayar hutang beli kereta...insya allah...akan dipermudahkan.



Untuk peminjam - peminjam PTPTN yang mungkin tidak tahu, sekiranya anda menyelesaikan baki tertungga sebelum 31 March 2015, anda akan diberi diskaun 20%


Langkah - langkah yang perlu dilakukan:-

2.  Anda boleh pilih sama ada bayaran secara tunai atau KWSP
3.  Bawa borang ini ke mana - mana kauter PTPTN dan mereka akan mengeluarkan penyata baki akhir selepas diskaun 20%.
4. Sekiranya anda memilih untuk membayar secara tunai, anda boleh terus membuat bayaran di kaunter atau anda boleh membayar mengunakan online banking.
5. Kemudian anda dikehendaki email resit tersebut kepada pegawai PTPTN yang berkenanan.

Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran menggunakan pengeluaran KWSP, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan.Dokumen ini diperlukan semasa anda menghantar permohonan ke KWSP. PTPTN hanya akan mengeluarkan surat rasmi, dan anda sendiri yang perlu menguruskan permohonan tersebut dengan pihak KWSP. 

Anda boleh baca FAQ ini untuk mendapatkan lebih penjelasan.

Disebabkan masa sudah suntuk, saya rasa sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun ini boleh memilih membuat bayaran secara tunai kerana pembayaran melalui KWSP akan mengambil masa - macam dah tak sempat je sebab tinggal lagi 9 hari sahaja.

Saturday, March 21, 2015

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak berkongsi tentang percutian saya bersama keluarga abang - abang saya di Melaka. Percutian singkat semperna cuti sekolah, saya pun sibuk nak ikut sekali. Dah lama rasanya tak pergi jalan - jalan. Ini adalah kali ke-2 saya berjalan - jalan di Melaka. Nama je orang Malaysia...baru kali ke-2 sampai Melaka. Macam lah jauh sangat kan. Kali pertama saya ke Melaka masa saya tingkatan 4, ikut rombongan sekolah. Melaka dah berubah banyak, macam - macam ada. 

Pintu Masuk - Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Harga tiket boleh tengok kat sini Melaka Wonderland Ticket Price. Untuk masuk ke sini, parking RM5 dikenakan sekali masuk - ni masa cuti sekolah.Masuk saja dah nampak banyak replica dinasour...hehehe....excited je budak - budak ni, tak sabar nak main air.

Ada banyak juga permainan air kat sini, ada donat, ada yg macam tepi pantai tu, tak tahu lah apa nama dia, jom tengok gambar kat bawah:



ini donut besar....hehehehe





Yang lain ni saya pun tak tahu apa nama permainannya...tapi seronok lah kan, budak - budak main air, berjam - jam tak nak naik. 


Pelampung pun ada untuk disewa, RM15 gunalah selama yang mampu.Untuk main permainan memang kena ada pelampung lah kan.


Cuma budak kecik ni sorang je susah sangat nak ajak main air. Berkepit je dengan mak dia....hehehehe...anak mak dia ni. Lepas abg-abgnya dah main air 2-3 jam baru dia nak turun main air sekali.


Ok, untuk destinasi seterusnya, kita sambung dalam next entri ye.

W'salam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia