Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, akhirnya saya berjaya bayar semua hutang PTPTN. Rasa seperti satu ketul batu besar telah berjaya dialihkan dari atas kepala. Kurang satu comitmment setiap bulan, sekali lagi syukur ke-hadrat Allah yang telah memudahkan semua urusan. Misi seterusnya, habiskan bayar hutang beli kereta...insya allah...akan dipermudahkan.
Untuk peminjam - peminjam PTPTN yang mungkin tidak tahu, sekiranya anda menyelesaikan baki tertungga sebelum 31 March 2015, anda akan diberi diskaun 20%
Langkah - langkah yang perlu dilakukan:-
1. Sila isi borang ini - http://eform.ptptn.gov.my/ borang-digital/sahbaki.cfm
2. Anda boleh pilih sama ada bayaran secara tunai atau KWSP
3. Bawa borang ini ke mana - mana kauter PTPTN dan mereka akan mengeluarkan penyata baki akhir selepas diskaun 20%.
4. Sekiranya anda memilih untuk membayar secara tunai, anda boleh terus membuat bayaran di kaunter atau anda boleh membayar mengunakan online banking.
5. Kemudian anda dikehendaki email resit tersebut kepada pegawai PTPTN yang berkenanan.
Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran menggunakan pengeluaran KWSP, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan.Dokumen ini diperlukan semasa anda menghantar permohonan ke KWSP. PTPTN hanya akan mengeluarkan surat rasmi, dan anda sendiri yang perlu menguruskan permohonan tersebut dengan pihak KWSP.
Anda boleh baca FAQ ini untuk mendapatkan lebih penjelasan.
Disebabkan masa sudah suntuk, saya rasa sesiapa yang ingin mendapatkan diskaun ini boleh memilih membuat bayaran secara tunai kerana pembayaran melalui KWSP akan mengambil masa - macam dah tak sempat je sebab tinggal lagi 9 hari sahaja.