Assalamualaikum.
Hari ni nak berkongsi cerita tentang satu konvensyen yang telah saya hadiri semalam (05 March 2016). Konvensyen ini berlangsung selama satu hari saja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Kawan saya yang mendaftar untuk sertai kemudian beliau dapat satu seat percuma. Jadi saya dijemput untuk menyertainya. Program ini diadakan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dengan kerjasama GPTD, DBP, PNM, Kong Zi Institute, IDFR, KarangKraf dan Sinar Harian.
1) En. Chen Zhong - "A few Glimpse Into Chinese Culture"
2) Prof. Yusuf Lio Baojun - "Pengembaraan Cheng Ho di Alam Melayu"
3) Prof Madya Dr. Mat Rofa Bin Ismail - "Pengaruh Taman China dalam Masyarakat Melayu - Islam"
4) Dr. Poey Tiang Peow - "Sejarah Asimilasi Cina Muslim dengan Melayu Muslim di Tanah Melayu"
5) Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan - "Islam di China, Cabaran Masa Kini"
Selain daripada mendengar pembentangan kertas kerja dari pada ahli - ahli panel yang dijemput, terdapat juga aktiviti - aktiviti lain yang disediakan di luar dewan. Antaranya Pameran Manuskrip Melayu yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara.
Replika Hikayat Hang Tuah yang dipamerkan oleh Perpustakaan Negara.
"Naskhah ini disalin pada tahun 1282 H (1865M). Hang Tuah adalah seorang
pahlawan Melayu yang terkenal dengan kegagahan dan keberaniannya serta
sikap taat setainya pada raja. Hikayat ini mengisahkan peristiwa - peristiwa
yang berlaku dari pertengahan abad ke-14 sehingga Belanda menakluki Melaka
pada tahun 1614. Manuskrip ini mendapat pengiktirafan daripada World Register
, Memory of the World pada tahun 2001."
Replika Manuskrip 'Pamor Keris'
Terdapat banyak lagi replika manuskrip yang dipamerkan antaranya Misa Melayu, Hukum Kanun Melaka, Syair Siti Zubaidah dan ada beberapa lagi.
Apakah itu Manuskrip Melayu?
Manuskrip Melayu ialah karya yang bertulis tangan dalam tulisan Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal kurun ke-16 sehingga awal kurun ke-20. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan, undang - udang, ketatanegaraan serta azimat dan petua.
Sumber daripada Perpustakaan Negara Malaysia.