Tuesday, December 27, 2016

carousell - Jual Preloved item anda di sini

Assalamualaikum semua.

Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang satu apps yang menarik - carousell. Dalam rumah kita, almari ke mesti ada barang, baju atau apa - apa benda yang kita tak nak guna. Nak buang sayang sebab masih elok kan. Jadi apa kata, barang dan baju yang masih dalam keadaan baik kita jual dengan harga yang murah.

carousell ni macam car boat sell juga, tapi ni jualan di alam maya. Mudah sangat apps ni, ambik gambar, masukkan detail seperti keadaan barang, harga dan kemudian jual! Mudah kan.





1) Download carousell apps di Google Play



2) Register account - guna akaun Facebook atau guna email anda. Mana - mana yang anda suka.




3) Ini adalah homepage selepas anda register account. Jangan lupa sila klik pada link yang carousell hantar ke alamat email untuk validation.




4) Untuk mula menjual barang - barang anda, klik pada 'sell' dan masukkan semua detail seperti di bawah. Jangan lupa ambil gambar cantik - cantik barang yang hendak dijual itu.



5) Tetapkan cara bagaimana barang yang dijual akan dihantar kepada pembeli. Anda boleh memilih untuk "meet-up" atau "delivery". Anda juga boleh berbincang dengan pembeli anda cara mana yang lebih mudah dan mengurangkan kos. 

6) Klik pada "List my item" dan barang anda sedia untuk dijual.



7) Pembeli yang berminat dengan barang anda akan menghantar mesej menggunakan fungsi yang ada di carousell apps ini. 

8) Anda sebagai penjual akan mendapat notis di email apabila ada mesej dari potential customer.

9) Bayaran pula, pembeli akan transfer duit ke akaun bank penjual. Semua bukti seperti resit perlu diberikan kepada penjual. 

Satu yang saya ingin ingatkan di sini, urusan jual beli ini adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Ini bermakna, anda perlu pastikan harga adalah atas persetujuan bersama dan bayaran telah dibuat oleh pembeli.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Malaysia